Showing posts with label Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong. Show all posts
Showing posts with label Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong. Show all posts

Sunday, September 20, 2015

MCA Kukuhkan Kedudukan

Kedudukan sahsiah MCA semakin diusahakan pertambahan kerusi bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi semakin menampakkan perkembangan memberansangkan di seberang Laut China Selatan di Negeri Bawah Bayu; Sabah.

Minat dan usaha ke arah itu lantaran berlakunya persempadanan baru bagi kawasan Pilihan Raya yang hangat dibincangkan dan bakal disaksikan di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Begitulah kenyataan yang disuarakan YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA yang juga merupakan Pengerusi MCA Negeri Sabah.

Dr. Wee memaklumkan, "MCA Sabah tidak menghadkan pengaruhnya di dalam sempadan politik sediada. Malahan akan meminta pertambahan kawasan termasuk kerusi Parlimen bagi membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa di sini," selepas uparacara perasmian Konvensyen MCA Negeri oleh Presidennya, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai tadi. 

MCA akan terus berusaha untuk memenangi kerusi kerusi DUN Luyang dan Kepayan. DUN Luyang dimenangi YB Tn Dr.Hiew King Cheu dari DAP yang kemudiannya menyertai MCA. Bagi Dr. Wee, Sabah dan Sarawak adalah obor harapan yang perlu dijaga kerana ia kekal menerap semangat harmoni di kalangan pelbagai etnik.

Perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak perlu dicontohi semua rakyat Malaysia, berbeza dengan perhimpunan yang boleh diintepretasikan sebagai perhimpunan perkauman yang hanya memudarat dan mencetus jurang antara kaum yang terbina sekian lama.

"Kerajaan Negeri dan rakyat di kedua-dua buah negeri berkongsi aspirasi yang sama. Mereka saling menghormati di antara satu dengan yang lain. Pandangan dan pemikiran yang baik akan membantu kukuhkan parti manakala berburuk sangka akan merosakkan parti dan dijadikan bahan jenaka." tambah Wee sambil berpesan kepada ahli MCA agar tidak bercakaran sesama sendiri.






Monday, August 17, 2015

Tak Perlu Nama Low Yat 2 - Wee Ka Siong



Isu Low Yat begitu mendapat tempat di kalangan pembaca dan masyarakat dewasa ini. Ini lantaran beberapa insiden susulan ketegangan kaum yang memaparkan pelbagai kisah "penipuan, pergaduhan penangkapan dan pertuduhan".

Lebih menarik lagi, perbualan di dalam kumpulan tertutup media sosial, turut menghangatkan keadaan apabila, seorang Ketua Bahagian UMNO dipanggil untuk soal siasat dan dikenakan jaminan polis.

Terbaru Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; YB Datuk Seri Ismail Yaakob telah mencadangkan sebuah pusat runcit IT untuk diusahakan peniaga-peniaga Melayu sahaja di Aras 3, Bangunan MARA, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur di dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aildil Fitri di tempat yang sama.

"MCA menyokong penuh peranan Majlis Amanah Rakyat (MARA) membantu meningkatkan taraf keusahawanan perniagaan Bumiputera," begitu kata YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri selepas melancarkan program untuk pengusaha kecil dan sederhana (SME) anjuran Sekratariat Kemajuan Usahawan Malaysia pada 13hb Ogos lalu. 

Walaupun demikian, Dr. Wee tidak bersetuju penggunaan nama diubah sebegitu rupa "Low Yat 2" memandangkan ia adalah sinonim nama seorang ahli perniagaan dan pemilik premis sediada.

"Saya telahpun menyatakan sokongan tidak berbelah bagi usaha MARA dalam mempertingkatkan usahawan Bumiputera. Namun mengguna nama itu di premis baru hanya untuk peniaga Melayu adalah tidak sesuai." tambah Wee apabila mengulas cadangan yang dibuat Ismail Sabri yang berkemungkinan "diambil luar konteks" oleh sebuah portal berita.

"Keadaan terbaik adalah - tidak memprofilkan mana-mana kaum untuk berniaga dalam usaha menarik pelanggan. Andai saya seorang tukang jahit dan 90% daripada pelanggan saya adalah Melayu, saya pasti akan membuka kedai di kawasan majoritinya adalah Melayu. Anda tidak boleh memaksa pelanggan untuk datang mengunjungi kedai anda." katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Dr Wee menggesa SME tempatan perlu bersedia menghadapi saingan dengan pelaksanaan Masyarakat Ekonomi Asean (AEC) pada 1hb Jan, 2016.

Dengan perlaksanaan AEC, tiada lagi sekatan di dalam pasaran terbuka di antara 10 negara ASEAN. 

"Golongan SME perlu mengambil peluang di dalam pasaran yang lebih luas dengan kependudukan seramai 650 juta orang. Anda tiada pilihan tetapi perlu menghadapi persaingan di dalam pasaran yang luas itu. Jika lambat dan leka, peluang akan terlepas dari genggaman." tegas Datuk Wee.

Thursday, July 09, 2015

Get Well Rested and Speedy Recovery @weekasiongmp

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong yang kelihatan lebih kurus dan sedang berehat setelah menjalani rawatan kesihatan telah dikejutkan dengan kunjungan beberapa pemimpin tertinggi MCA di hospital, di mana beliau sedang mendapatkan rawatan, pagi tadi.

Beliau telah menjalani satu pembedahan pada 26hb Jun yang lalu dan dijangka akan kembali bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di penghujung bulan Julai. Datuk Wee begitu tekun sepanjang PilihanRaya Kecil Permatang Pauh dalam usaha mengembalikan kepercayaan masyarakat Tionghua kepada Barisan Nasional (BN), namun BN kerana beberapa isu yang perlukan penekanan yang lebih serius oleh kepimpinan BN Negeri mahupun BN Pusat.

Presiden MCA, Dato Seri Liow Tiong Lai dan isteri yang baru kembali dari luar negeri atas urusan pentadbiran kementerian tidak melepaskan peluang menziarahi Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA. Tidak terkecuali, Datin Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA dan Tan Sri Kuan Peng, Bendahari Agung MCA dan pemimpin MCA yang lainnya turut melapangkan masa untuk menziarahi dan secara tidak langsung meniupkan semangat Dr. Wee segera cergas untuk bertugas.

Dr. Wee begitu terharu dan mengucapkan terima kasih di atas sikap prihatin rakan-rakan seperjuangan yang telah berkunjung dan memberikan sokongan sepanjang beliau terlantar di hospital, terutamanya kunjungan Presiden parti yang kedua kali di dalam kesibukan jadual tugasnya.

Penulis ingin katakan, "Get well rested and speedy recovery Datuk Wee".

Wednesday, June 24, 2015

Talak Tiga Tapi Masih Bersama???


Bila difikirkan ada kebenaran yang disebut oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong. Pertama kali ketika penulis mengikuti kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang lepas. “Kita berasa pelik apabila komponen parti yang sering bercerai talak tiga dengan tapi masih tidur sekatil dan sebantal." Kini selepas tamat Muktamar PAS baru-baru ini di Kuala Selangor, ternyata, sikap kahwin cerai seperti keluarga 69 pula, PAS dibuang, PASMA pula menjadi pengganti. 

“Lebih menghairankan apabila Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk mengadakan perbincangan selepas ada pihak yang ingin bersama, sedangkan DAP rapat dengan PasMa dan PAS pula sudah bergaduh dengan DAP”.

Begitulah ucapan Timbalan Presiden MCA, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong yang menambah bahawa PR sudah semakin bercelaru dan terpesong jauh daripada landasan perjuangan sebenar.

Dalam masa yang Ketua Pembangkang PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menafikan PR telah berkubur dan berusaha untuk 'salvage' maruah perikatan yang tidak henti-henti dengan drama yang amat sinis dan penuh kepalsuan.

Rakyat seharusnya berpandangan jauh dan dapat menilai sendiri, metode yang digunakan PR selama ini bertujuan mengabui mata penyokong dan sekadar mendapat undi untuk bersuara tanpa kesungguhan untuk membawa kebaikan.

“Perjuangan yang dilaungkan mereka sudah tidak tahu ke mana dan ikrar bersatu untuk mengubah pentadbiran Malaysia hanya tinggal sekadar janji manis untuk sedapkan halwa telinga pengundi,” katanya Wee.


Parti politik baharu yang dicadangkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk menyertai pakatan pembangkang akan menjadikan PR mengesahkan perpecahan dalaman parti PAS agak ketara. Lebih ketara lagi, mereka dianggotai golongan yang masih bersandiwara di istana pasir.

Dalam hal yang sama, masih kekal beberapa pemimpin PAS setelah berkuburnya PR, masih berdampingan DAP ...yang pasti agak sukar menerima kenyataan dan melepaskan kerusi jawatan dan kuasa.

Skim Pembiayaan PKS Kaum Cina DiLancarkan

Satu skim Pembiayaan PKS Kaum Cina telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak yang menawarkan pinjaman antara RM50,000 dan RM250,000. Buat pemohon kaum Cina, berita itu disambut baik dan sebagai bukti Kerajaan Malaysia menggotakan janji dan adil kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan Agama.

“Dana ini mendapat sambutan yang sangat baik tetapi itu tidak bermakna ia boleh diperolehi tanpa mengikut syarat yang telah ditetapkan, namun, kita akan membantu pemohon melengkapkan semua dokumen yang diperlukan. Kita ingin memastikan hanya mereka yang layak sahaja mendapat pinjaman ini bagi mengelak ‘non-performing loan’ yang tinggi,” berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong selepas merasmikan Kursus Kepimpinan Anggota Jawatankuasa Pusat, Pemuda dan Wanita MCA baru-baru ini.

Sejumlah 170 helai permohonan telah diterima, namun hampir separuh daripada permohonan tidak menyertakan dokumen lengkap untuk diproseskan permohonan mereka. 

Dana itu dijangka akan diagihkan kepada pemohon yang layak menjelang akhir tahun ini dan ia boleh dijadikan dana pusingan bagi skim ini pada masa akan datang. Satu jawatankuasa penilaian skim yang terdiri daripada pihak berkepentingan antaranya Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad, Sekretariat Pembangunan Usahawan Malaysia serta Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia akan memastikan proses penilaian dilaksanakan secara telus, begitu dimaklumkan Datuk Wee. 

Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang, MCA telah membentuk keanggotaan untuk 10,000 kader parti dari peringkat cawangan yang dilatih bagi memperkukuhkan lagi ideologi parti serta memperjelaskan peranan MCA dalam masyarakat berbilang kaum dengan kerjasama Barisan Nasional (BN). Seramai 5,400 orang kader telah dilatih melalui Sekolah Pengajian Politik MCA sehingga kini.

MCA nyata tegas dan bersungguh lantas membentuk Jawatankuasa PRU14 yang dipengerusikan Datuk Wee, Timb. Presiden parti dengan perbincangan bersama kesemua 85 Bahagian MCA yang perolehi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Tuesday, May 26, 2015

The Chinese Are Making A Return

The Chinese voters has begun to make a return and supports Barisan Nasional (BN).

YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong, MCA Deputy President has shared his views on the recent Rompin By-Election after delivering his speech to the Chinese communities in celebrating the "Mother's Day" in Seberang Jaya, recently.

Wee shares his confidence that the Chinese voters in Rompin with their significant numbers in Kuala Rompin, Bandar Rompin and Tanjung Gemuk has helped improved the performance compared to the previous election; ie the 13th General Election in 2013.

In Kuala Rompin, the majority has improved to 156 compared to 30 majority votes previously. Bandar Rompin, won with 36 votes versus a lost of 121 votes in year 2013. While in Tanjung Gemuk with 261 Chinese voters whom most are fishermen, previously attained 166 votes, now contributed 254 majority votes. The presence of the Chinese voters in the three Pusat Daerah Mengundi (PDM) are solid and a good sign that the Chinese voters are coming back despite their numbers are not big.

"Despite the pressure of Goods and Services tax (GST) issues and the low turn out of the voters, congratulations to BN is in order for winning the Rompin parliamentary seat", says Datuk Wee.

When asked, what will influenced the Chinese support towards the Permatang Pauh By-Election? Datuk Wee, expressed that Opposition will take advantage on GST issues. "We believe it is an issue to the rakyat and that happens to every Government that exercised GST. However we have to explain to the Rakyat the measures taken especially on the price hike." 

It is also believed some fail to differentiate profiteering by unscrupulous traders on GST and GST per se.

He further explains the excesses beyond the 6% are due to greed and these "traders" assumes their actions are valid. Rampant enforcement and legal action are in order to create awareness among the business communities of their wrong doings.

Failure to justify prices beyond the GST ruling, "unscrupulous or greedy traders" must serve their sentence.

Sunday, May 24, 2015

Wee Ucapkan Terima Kasih RMK 11

Bermula dari Rancangan Malaysia Pertama (1956 – 1960) di mana pembangunan negara dirancang sebegitu rupa agar sistematik dan teratur selepas merdeka. RMK 11(2016 -2020), dilihat bukan sahaja meletak Malaysia sebagai negara maju di samping rakyat berpendapatan per kapita yang lebih tinggi malahan bertamaddun holistik. 

Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK 11) adalah rancangan terakhir sebelum memasuki  era negara maju sebagai memberi tumpuan kepada pemba­ngunan untuk kesejahteraan rakyat menerusi pendekatan inklusif dan mengambil kira keperluan setiap lapisan masyarakat telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib. 

Pembentangan RMK 11 mendapat banyak maklum balas positif daripada pemimpin Kerajaan dan juga pembangkang. Antara yang terawal, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA turut mengulas dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri itu.

Beliau percaya negara dengan pembentangan tersebut telah merangka kerja dengan lebih menyeluruh sebagai usaha menuju Wawasan 2020. Di samping itu prihatin Perdana Menteri kepada Kampung Baru Cina melalui Program Skim Pinjaman Khas Kampung Baru Cina, satu usaha murni dan penghargaan kepada sumbangan komuniti Cina; membantu 607 penduduk Kampung Baru Cina bagi memulakan perniagaan. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam memastikan bahawa kebajikan serta kesejahteraan masyarakat Cina turut dilindungi. Ini membuktikan kepimpinan Perdana Menteri tetap mengambil berat tentang masyarakat Cina walaupun beliau terus dilabel seorang pemimpin yang 'rasis' oleh pihak Pembangkang. Tambahan lagi, semua usaha Kerajaan sedang menampakkan hasil apabila sokongan masyarakat Cina kepada BN telah meningkat dalam kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh. 

Ini membuktikan masyarakat Cina mula kembali menyokong BN dan yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri. RMK 11 untuk semua lapisan masyarakat. Perdana Menteri memastikan tiada golongan kaum dan Agama yang akan terpinggir. Ini diiltizamkan oleh Perdana Menteri dengan ucapan berikut:

"Justeru, saya menyeru kepada rakan-rakan yang setia, sekiranya kita bersabar, seandainya kita terus kukuhkan kepercayaan, juga keyakinan di dada, bertawakal kepada yang Maha Kuasa, kelak akan terbentanglah jalan keluar dan kemenangan buat kita. Begitulah, kita wajib menghitung doa dan berharap bahawa RMK 11 ini, akan disokong dan memanfaati semua lapisan."

Friday, April 24, 2015

ASEAN Pasaran Sebenar, kata Wee

Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Datuk Ir. Dr Wee Kah Siong baru-baru ini telah merasmikan forum Rise of ASEAN Conference and The 8th Global Entrepreneurs Roundtable 2015, menyampaikan hasrat Kerajaan Malaysia untuk melihat lebih banyak penglibatan sektor swasta membuat pelaburan dan sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara.

Datuk Dr Wee Ka Siong turut memaklumkan terkini pelaburan swasta menyumbang 64% daripada jumlah pelaburan berbanding pelaburan awam di Malaysia. Lantaran itu disasarkan 92% pelaburan swasta menjelang tahun 2020.

Forum yang seumpamanya bertujuan membina rangkaian dan meneroka ide-ide dalam meriahkan kebangkitan ekonomi Asean, telah dihadiri oleh beratus-ratus orang termasuk para pengusaha, pakar pembuat dasar dan pelabur dari 30 buah negara.

Pada tahun 2012, 45% daripada sebahagian besar pelaburan swasta telah dibelanjakan untuk aktiviti pengembangan syarikat. 0.2% perbelanjaan tersebut adalah untuk pembiayaan awal dan 5.45% diperuntukan untuk peringkat perkembangan syarikat-syarikat kecil. Pelaburan swasta telah berkembang 13.9% dari 2010 hingga 2014, berbanding dengan 3.1% daripada tahun 2007 hingga 2010.

Pada tahun 2012, 45% daripada sebahagian besar pelaburan swasta telah dibelanjakan untuk aktiviti pengembangan syarikat. 0.2% perbelanjaan tersebut adalah untuk pembiayaan awal dan 5.45% diperuntukan untuk peringkat perkembangan syarikat-syarikat kecil.

"Kawasan ini (ASEAN) akan menjadi destinasi pelaburan utama dari Asia dan Eropah dan potensinya adalah lebih besar daripada Kesatuan Eropah atau Amerika Utara”, para peserta ditekankan pentingnya negara-negara ASEAN sebagai ‘economic hotbeds’ pada jangkamasa terdekat oleh Dr. Wee.

Kestabilan politik serantau turut menyumbang pertumbuhan dan keperluan dengan kependudukan hampir 650 juta penduduk; sumber tenaga buruh ketiga terbesar di dunia selepas China dan India.

"Dengan keluaran dalam negara kasar gabungan (KDNK) sebanyak AS $2.4 tril (RM8.7 tril) pada tahun 2013, ia boleh menjadi yang keempat terbesar pada tahun 2050," kata Dr Wee lagi.

Sebagai penutup, Datuk Dr Wee telah mengajak peserta melihat senario yang lebih besar, "Marilah melihat di luar 30 juta pasaran Anda dan membuat 
ASEAN pasaran yang sebenar".

Sunday, April 19, 2015

MCA Membanting Usaha Di PRK P.044

PilihanRaya Kecil Parlimen Permatang Pauh (PRK P.044) akhirnya menjadi kenyataan dengan mantan Ahli Parlimen terpaksa akur, permohonannya ditolak DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Bagi MCA, ruang ini digunakan sebagai lapangan membuktikan gerakkerja pemulihan dan pengukuhan kepercayaan komuniti Cina terhadap MCA itu sendiri di dalam Barisan Nasional.

Pelancaran Bilik Gerakan PRK P.044, oleh Presiden parti; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai menzahirkan segala kekuatan dan usaha yang bersungguh-sungguh di dalam menghadapi PRK ini. Turut sama di pelancaran itu adalah kepimpinan MCA Negeri dan tempatan.

YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong; Timbalan Presiden yang juga memegang jawatan  sebagai Pengerusi Jawatankuasa MCA PRU14 telah turun melihatkan perkembangan Bilik Gerakan dan diberikan maklumat terkini MCA setempat dalam PRK P.044


Selari dengan menjadi parti kedua terbesar di dalam BN, permuafakatan dan kerjasama komponen bukanlah satu cakap-cakap kosong. MCA turun menggembeling tenaga bagi memastikan kemenangan BN dan dalam masa yang sama mengembalikan ‘undi’ masyarakat Cina di belakang Kerajaan Malaysia yang ditunjangi Barisan Nasional.


Suasana dan perkembangan politik terkini, memberikan ruang yang kondusif usaha parti BN mengukuhkan lagi peranan dan setiakawan parti kepada rakyat.

Sunday, April 05, 2015

Wee Anggap JJ Ibarat Abang

Lewat petang semalam seluruh negara dikejutkan dengan berita nahas yang mengorbankan nyawa, terutamanya seorang pemimpin yang kehilangannya amat dirasai.

Helikopter milik Ipoh Garden Berhad (IGB) yang dipandu Capt Cliff Fournier dengan bantuan co pilot, Ajdiana Baiziera telah terhempas pada jam 4.50 petang Sabtu di sebuah ladang getah berdekatan Kampung Pasir Baru, Semenyih, Kajang.

Nahas telah mengorbankan enam orang penumpang termasuk krew penerbangan seperti berikut:

1. Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis, ahli Parlimen Rompin
2. Datuk Tan Chin Nam, ahli perniagaan dari Kedah
3. Datuk Seri Azlin Alias, KSUS kepada YAB PM
4. Ajdiana Baiziera, pembantu juruterbang
5. Capt Cliff Fourneir, juruterbang dan
6. Mohd Raskan Seran, pengawal peribadi Tan Sri Jamaluddin

Pemergian mereka turut dirasai terutamanya, pemergian Tan Sri Jamaluddin Jarjis oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Timbalan President MCA

Dalam sebuah kenyataan oleh Wee, sejurus pengesahan dibuat....

"Saya berasa amat terkejut dan sedih sebaik menerima berita Tan Sri Jamaluddin Jarjis terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih.

Kali terakhir saya bertemu dengan Tan Sri Jamaluddin ialah ketika saya duduk di sebelahnya di majlis Akad Nikah anak Perdana Menteri di Sri Perdana pada 19 Mac lalu.

Kali terakhir saya berbual dengannya di telefon ialah pada 29 Mac lalu ketika saya menghadiri Persidangan Inter Parliamentary Union (IPU) di Hanoi.

Dalam perbualan telefon itu beliau berpesan beberapa strategi untuk menangani situasi politik terkini.

Beliau juga mengatakan mahu berjumpa minggu depan untuk membincangkan beberapa perkara yang mendesak berhubung projek PRIMA.

Tan Sri Jamaluddin yang saya kenali adalah seorang yang suka berjenaka tetapi pada masa yang sama tidak lokek berkongsi idea mengenai percaturan politik. Beliau, bagi saya ibarat seorang abang yang sentiasa memberi tunjuk ajar kepada adiknya.

Saya kali pertama mengenalinya dengan rapat apabila beliau menjadi Menteri MOSTI. Dari situ saya mengamati JJ sebagai seorang teknokrat yang berpengetahuan luas.

Sejak saya jadi Ahli Parlimen biasa, dari semasa ke semasa beliau memberi nasihat bagaimana untuk menjadi MP yang kritikal tapi konstruktif.

Semasa Rang Undang-Undang PR1MA dibentangkan kami berbincang tentang kandungan serta implikasi. JJ sedia mendengar dan meminda mana-mana yang munasabah.

Sejak setahun ini kami sering berbincang mengenai projek PR1MA di Johor, khasnya di kawasan parlimen Ayer Hitam.

Bagi saya pemergian beliau adalah satu kehilangan besar dalam dunia politik dan korporat.

Kepada keluarga Tan Sri Jamaluddin saya mengucapkan takziah dan berharap mereka tabah menghadapi ujian ini."

Sama-samalah Salam takziah diberikan kepada ahli keluarga mangsa nahas juga yang tersayang. Semoga tabah mengharungi pemergian yang turut sama dirasai Rakyat Malaysia amnya.

Wednesday, March 25, 2015

Penghargaan Buat MCA

YB Datuk Wee Ka Siong selaku Timbalan Presiden MCA dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Johor telah membangkit beberapa masalah yang dihadapi rakyat Johor termasuklah isu kenaikan cukai harta daerah Yong Peng yang melambung tinggi sehingga 7500%. Datuk Wee bertindak mensarankan agar semakan dibuat terhadap penilaian harta yang tidak munasabah ini di mana nilai harta di kawasan luar bandar lebih tinggi berbanding nilaian harta di bandar.

Keadaan jalan Air Hitam ke Gemas dipohon untuk baikpulih kerana terlalu banyak jambatan dan pembahagi di tengah jalan persekutuan yang telah mengakibatkan banyak kemalangan jiwa.

Aduan rakyat yang dikemukakan Datuk Wee kepada pihak yang berkaitan mendapat perhatian terus YAB MB Johor. Jelas sekali kepimpinan MCA di semua peringkat negeri Johor mempunyai hubungan baik dan peka dengan suara masyarakat Tionghua.


Lantaran kata-kata yang dituturkan YAB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin; Menteri Besar Johor dalam satu majlis bersama rakyat meraikan Tahun Baru Cina di Batu Pahatyang disambut tepukan gemuruh mengesahkan keadaannya.
"Maka sebenarnya, kita tidak memerlukan parti pembangkang kerana MCA boleh mewakili kaum Cina di negeri kita pada hari ini... "
Inilah transformasi MCA yang dikatakan apabila masyarakat Tionghua khususnya kembali semula kepada MCA. Peranan penting yang dimainkan setiap parti komponen BN terutama MCA, yang merealisasikan kerajaan negeri Johor terbentuk pada hari ini. YB MB juga diberi peluang untuk menilai dan melihat sendiri kekuatan masyarakat tionghua kepada MCA pada malam itu.

Sebagai menjawab permohonan Datuk Wee, YB MB telah sarankan kerajaan pusat perlu berikan pertimbangan wajar walaupun Johor dikategorikan sebagai negeri yang sudah membangun dan maju, lebih-lebih lagi terdapat ahli parlimen Johor yang menduduki di barisan kabinet Kerajaan Malaysia, maka sepatutnya permohonan untuk menaik taraf jalanraya persekutuan Air Hitam ke Gemas mendapat perhatian yang baik.

YB MB bersedia beri perhatian serius kepada apa yang sedang berlaku di Majlis Daerah Yong Peng apabila cukai harta melambung tinggi dan beliau berharap agar isu ini dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pada masa yang sama, YB MB meminta penduduk yang terjejas agar menyertai proses rayuan yang perlu dilalui di dalam melakukan penilaian semula cukai pintu dalam kawasan PBT.

Begitu juga dengan projek keretapi laju KL-Singpura yang bagi pandangan Datuk Wee akan memberikan limpahan ekonomi kepada penduduk tempatan. Kerajaan negeri Johor, tiada halangan laluan keretapi laju ini melalui mana-mana daerah asalkan penduduk tempatan bersetuju.

Jelas sekali permuafakatan antara kaum akan menentukan negeri Johor terus kekal berjaya, maju dan cemerlang, sebuah negeri yang paling kuat dan kukuh ekonominya dan ini adalah tanggungjawab semua rakyat Johor tanpa kira bangsa.

Sebagai parti yang mewakili kaum Tionghua, MCAlah parti politik yang sentiasa mampu membawa suara rakyat kepada kerajaan negeri. MCA dan kerajaan negeri tidak perlu tunggu hanya waktu pilihanraya untuk selesaikan masalah rakyat. Inilah kerjasama di antara parti-parti komponen BN yang sentiasa berganding bahu bagi memastikan rakyat terbela dan suara mereka diberi perhatian dan diambil tindakan. 

Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2015

Satu majlis pengiktirafan 10 individu cemerlang yang berusia dari 18 tahun hingga ke 40 tahun telah diadakan baru-baru ini pada 16hb Mac.

Anugerah Belia Cemerlang Malaysia (TOYM) 2015 merupakan satu pengiktirafan di atas pencapaian luar biasa seseorang individu dan sumbangan penting kepada masyarakat dalam pelbagai bidang oleh individu yang dicalonkan.
Pengerusi jawatankuasa penganjur Teoh Eng Kiat berkata pencalonan terbahagi kepada 10 kategori: ekonomi, politik, kepimpinan, kebudayaan, agama, sumbangan kepada kanak-kanak dan hak asasi manusia, khidmat sukarela, pembangunan saintifik, pembangunan diri dan inovasi perubatan.
"Sebagai usaha mengiktiraf sumbangan mereka kepada kepada golongan belia, JCI Malaysia akan meraikan TOYM pada satu majlis penganugerahan dan menyediakan platform untuk setiap penerima anugerah untuk membentangkan pencapaian peribadi masing-masing.

"...kisah penemuan, keazaman dan kepintaran mereka diyakini dapat memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk menjadi pemimpin yang lebih berketrampilan dan pembentukan masyarakat yang lebih baik," tambah Teoh.
Pelancaran Program Anugerah TOYM 2015 telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri; Yang Berhormat Datuk Ir.. Dr. Wee Ka Siong pada 16hb Mac yang lepas.

Antara penerima Anugerah TOYM sebelum ini termasuklah Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Datuk Sheila Majid, Datuk Michelle Yeoh, Prof Datuk Zaini Ujang, Tan Sri Mohamad Nadzmi Salleh dan Datuk Lee Chong Wei.
"Pengiktirafan ini bakal menjadi peransang kepada generasi muda Malaysia untuk memberi tumpuan membantu orangramai"...begitu kata Datuk Wee, Timbalan Presiden MCA.

Seramai 30 calon yang layak ke peringkat akhir akan diumumkan menjelang Ogos, manakala majlis penyampaian anugerah akan diadakan di Pulau Pinang.
Jika ANDA seorang yang menepati kriteria yang disebutkan, sila segera mencadangkan diri anda, organisasi berdaftar atau individu tersebut sebelum tamat tempoh pencalonan sebelum tarikh 31hb Mei 2105 melalui laman sesawang www.toym.my

Ulangtahun ke 66 Penuh Iltizam

66 merupakan angka yang membawa antara pengertian perjalanan yang lancar bagi kaum Tionghua. Frasa yang dekat dipercayai "kebahagiaan berkembar mengetuk pintu" memberi maksud yang amat baik, kerana kaum Tionghua percaya kepada perkara yang berpasangan. Tambahan pula disambut di dalam tahun Kambing mengikut Zodiak Cina mempunyai unsur dan karektor yang tersendiri.

Angka "'Double Six"' dalam tahun Kambing Jantan itu melambangkan tahun yang baik," kata Dato' Seri Liow Tiong Lai yang menerima tepukan gemuruh dari dewan bersejarah itu.

Angka 6 pada angka akhir itu mempunyai unsur "Api" dan "Yang" serta keperibadian "Dinamik, kemanusiaan, bertenaga, berkobar-kobar, berdaya usaha, suka mengembara, tidak mudah puas hati, berdaya saing, berkemahiran dalam memimpin, kuat, sepenuh jiwa raga, suka jenaka" di bawah Zodiak "Kambing" amat bermakna sekali.

Maka tidak hairanlah sambutan Ulangtahun ke 66 penubuhan parti Malaysian Chinese Association (MCA) bertempat di Dewan San Choon, Wisma MCA, Jalan Semarak, satu sambutan yang penuh pengertian dan penuh pengharapan.

Majlis yang disempurnakan oleh Presiden parti, Yang Berhormat Dato' Seri Liow Tiong Lai dihadiri lebih dari 2,500 anggota parti dari serata negara dengan tema "Merealisasikan Kesederhanaan, Membina Pragmatisme."
Ucaptama Presiden yang disampaikan Dato' Seri Liow turut menyentuh perkara-perkara semasa yang sedang dilanda dan dihadapi negara. Isu keganasan IS (Islamic State) yang semakin menular dan merupakan ancaman keselamatan, pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Hudud PAS dan agenda transformasi MCA diulaskan dengan penuh perhatian dari hadirin.
Walaupun terdapat perbezaan dan nada topik, namun yang jelas ia mempunyai halatuju yang satu; membentuk kestabilan semasa dan masa depan yang lebih terjamin buat rakyat Malaysia pada tika yang getir ini. 

Antara lain ucaptama Presiden parti menyentuh dan menumpu perhatian kepada: 

1. Kebangkitan MCA dari kekecewaan pada tahun 2008 dengan memulakan hari baru yang lebih menyinar. MCA perlu kerja dengan lebih kuat dan bersatu untuk meneruskan perjuangan dan kehendak masyarakat Cina. Menurut DS Liow Tiong Lai, masih banyak yang perlu MCA lakukan. Malah beliau sendiri mengejar masa untuk memastikan transformasi MCA berjaya.

2. Dari segi ekonomi, MCA akan berusaha untuk membantu pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) menjadi lebih baik. Untuk membantu PKS untuk berkembang di peringkat global, MCA mesti membantu mereka untuk meneroka pasaran luar negara. MCA juga akan memperjuangkan nasib penduduk Kampung Baru berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat.

3. MCA mahu memperkukuhkan usaha untuk memperjuangkan kolej dan universiti swasta supaya lebih ramai Rakyat dapat merasai hak pendidikan pengajian tinggi kepada lepasan sekolah. Beliau mengambil contoh Kolej Tunku Abdul Rahman yang dinaik taraf sebagai Universiti Tunku Abdul Rahman sebagai satu testimoni bagaimana MCA telah meningkatkan mutu pendidikan di kalangan Rakyat Malaysia amnya dan masyarakat Cina khasnya.

4. MCA meminta semua pihak di seluruh negara supaya mengamalkan kesederhanaan dan menolak ekstremisme bagi membantu mematahkan pengaruh militan Negara Islam (IS). DS Liow Tiong Lai berkata, lebih 60 rakyat Malaysia telah menyertai IS setakat ini, yang merupakan sebahagian kecil daripada jumlah keseluruhan.

5. MCA menolak perjuangan PAS untuk melaksanakan hudud. Presiden MCA berkata, DAP dan PAS telah menyeleweng fikiran Rakyat. MCA tidak yakin PAS akan berjaya melaksanakan Negara Berkebajikan.


"MCA percaya dengan amalan pragmatisme untuk kemajuan," kata Liow yang menarik perhatian penonton dengan ungkapan seorang pemimpin terkenal Cina, Deng Xiaoping: "Bercakap kosong hanya membahayakan negara, hanya tindakan yang praktikal membantu ia berkembang maju ke hadapan".

Mengakhiri ucapan beliau, DS Liow Tiong Lai mengharapkan agar MCA menjadi sebagai sebuah keluarga harmoni dengan mengamalkan perpaduan dan nilai-nilai yang kukuh untuk membantu parti berkembang dengan lebih baik. 

Friday, February 27, 2015

Terima kasih YAB MB Negeri Sembilan

MCA telah menyuarakan penghargaannya kepada kerajaan Negeri Sembilan di bawah pentadbiran YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan kerana mengekalkan kuota parti tersebut sebagai ahli majlis kerajaan tempatan di negeri itu.

Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga merupakan Pengerusi MCA Negeri Sembilan berkata, ia amatlah penting bagi kepimpinan negeri mengekalkan 31 jawatan ahli majlis kerajaan tempatan dari parti menggalakkan mereka berkerja lebih keras dan bersungguh-sungguh mendengar rungutan dan mewakili rakyat.

Pada Pilihan Raya Umum yang lepas, MCA telah kehilangan kedua-dua Parlimen dan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandingi. Ia juga merupakan kali pertama MCA tanpa wakil dalam exco negeri.

"Antara syarat-syarat yang dikenakan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan adalah mesti fasih dalam Bahasa Melayu, aktif di dalam program-program parti dan mengenali para pengundi dengan baik," katanya.

"Saya telah mengarahkan kesemua 31 ahli majlis mengemukakan laporan suku tahunan kepada saya apa yang telah dilakukan atau sedang lakukan di dalam zon masing-masing," tambah Wee.

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli Majlis Kerajaan Negeri Sembilan Penggal 2015/16 telah dilangsungkan pada 24hb Februari di Klana Resort Seremban. Watikah perlantikan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar; YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan. 



Wee bersetuju dengan YAB MB, pihak Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau KPI Ahli Majlis dan sesiapa yang gagal melaksanakan tugas yang dipertanggungjawapkan akan diganti.

Ahli majlis kerajaan tempatan harus menjadi jambatan antara pihak berkuasa negeri dengan rakyat.

"Anda umpama seorang pengarah dalam lembaga syarikat. Anda mesti tahu peranan anda dengan baik dan membantu pihak berkuasa negeri menjelaskan dasar dan keputusan yang dibuat, "katanya.

"Objektif pentadbiran saya adalah untuk menjaga orang gembira. Jadi saya berharap anda akan bekerja keras dan memastikan setiap masalah yang dibangkitkan oleh rakyat diselesaikan, "katanya.

Mohamad berkata ahli majlis harus mengambil perhatian bahawa kebanyakan soalan yang dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri adalah mengenai pihak berkuasa tempatan.

"Oleh itu, jika isu itu telah diselesaikan di peringkat anda, Dewan Undangan Negeri tidak akan dibanjiri pertanyaan mengenai perkhidmatan yang kurang memuaskan oleh majlis kerajaan tempatan," kata Dato' Seri Hj Mohamad sambil menambah beliau turut melibatkan wakil-wakil daripada NGO, pasukan keselamatan dan Datuk Lembaga Adat (penghulu daerah).

Tuesday, February 24, 2015

Kai Gung Meriahkan Ibu Pejabat MCA

Meriah dan gamat sekali majlis "Kai Gung" di pagi kelima Tahun Baru Cina; Tahun Kambing berdasarkan kalendar Cina yang dikepalai sendiri Presiden parti; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai kelmarin di pintu masuk Ibu Pejabat MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang.

Presiden parti di samping barisan kepimpinan tertinggi parti yang turut sama danUntuk irama yang nyaring gendang dan simbal, kepimpinan MCA yang diketuai oleh Presiden parti Dato 'Sri Liow Tiong Lai mengadakan "kai gung" atau bermulanya majlis kerja pagi ini, hari kelima Tahun Baru Cina Kambing itu di Ibu Pejabat MCA di Wisma MCA, Jalan Ampang.

"Kai Gung" yang bermaksud memulakan tugasan pada hari kelima Tahun Baru Cina merupakan tradisi masyarakat Tionghua dengan persembahan gendang berirama dan tarian Singa yang sungguh menarik hati dan mempersonakan pengunjung luar dan setempat.

Dato' Sri Liow bersama timbalannya, Datuk Ir Wee Ka Siong kelihatan girang sambil menyerahkan "Angpau" sebagai tanda penghargaan kepada persembahan "singa".

Kumpulan tarian "singa" tersebut kemudian telah diiringkan ke setiap aras Wisma MCA sebagai usaha menyambut kemakmuran, tenaga positif, nama baik dan kesihatan yang sempurna baik untuk parti, kepimpinan dan semua kakitangan MCA di Tahun Baru Cina ini.

Tidak ketinggalan dilihat Setiausaha Agung MCA; Dato Seri Ong Ka Chuan, Ketua Pemuda MCA; Senator Chong Sin Woon, Ketua Wanita MCA Kebangsaan;  Datuk Heng Seai Kie dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat turut memeriahkan lagi majlis gemilang ini.

Kira-kira seramai 50 orang kakitangan Ibu Pejabat MCA dan Koperasi Jayadiri (Kojadi) diraikan dengan jamuan makan tengah hari dengan sambutan "Yee Sang sebagai usaha memupuk dan merapatkan hubungan dan ikatan sesama kakitangan dan kepimpinan parti.