Wednesday, March 25, 2015

Aplikasi MeterOn...Mu Guno larr

Sepertimana telah dijelaskan sebelum ini sehubungan dengan semakan tambang bagi teksi, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) turut akan memperkenalkan satu apps bagi pengguna perkhidmatan teksi dan bakal dilancarkan pada 25hb Mac 2015.

Aplikasi tersebut diberi nama "MeterOn". Berfungsi mengenalpasti status teksi dan keterangan mengenai pemandu teksi yang digunakan. Para penumpang yang telah berdaftar secara percuma penggunaan ini, boleh menilai sendiri pemandu teksi yang dinaiki.


Dengan hanya memasukkan nombor pendaftaran kereta, anda boleh mendapatkan butiran pemandu, menyemak rekod kesalahan pemandu dan ulasan-ulasan penumpang terhadap pemandu teksi yang dinaiki. 

Ini adalah selaras dengan komitmen SPAD bagi memastikan penumpang dapat menggunakan teksi dan tiba dengan selamat ke destinasi yang dituju.

Aplikasi mudah alih MeterOn membolehkan anda untuk membuat pengesahan pemandu, menjejaki perjalanan, mendapatkan anggaran tambang bagi satu perjalanan, dan menghantar isyarat SOS sekiranya berlaku kecemasan di dalam perjalanan.

Pengguna boleh menilai pemandu dan melaporkan sekiranya meter tidak digunakan sepanjang perjalanan pada sesi akhir perjalanan. 


Maklumbalas mengenai pemandu dan aduan boleh dilakukan secara terus kepada SPAD dan tindakan tegas akan diambil kepada pemandu teksi dan operator teksi.

Aplikasi ini merangkumi data yang menyeluruh mengenai pemandu teksi berlesen (termasuk teksi lapangan terbang dan kereta sewa) di seluruh Semenanjung Malaysia. 

MeterOn terdapat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, boleh ditetapkan dengan menukar konfigurasi bahasa di dalam telefon mudah alih anda.









Berikut adalah panduan asas, anda untuk menggunapakai aplikasi MeterOn.

Langkah 1. Muatturun aplikasi Android atau IOS.


Langkah 2. Terus ke Ruangan Profil untuk Pendaftaran Aplikasi dan isikan keterangan.

Langkah 3. Semak emel anda dan klik mengikut arahan selanjutnya. Isikan keterangan.

Langkah 4. Anda kini sudah boleh memulakan perkhidmatan teksi dan bermaklumbalas.

Untuk keterangan lebih lanjut dan jelas, sila layari sesawang http://www.spad.gov.my/ms/tfr2015/hak-penumpang/aplikasi-mudah-alih-meteron ATAU
http://www.spad.gov.my/tfr2015/passenger-rights/meteron-mobile-app

Aplikasi MeterOn, Mudah dan Membantu Anda juga penumpang lain mengenai perkhidmatan teksi yang diberikan oleh pemandu teksi.



No comments:

Post a Comment