Wednesday, March 25, 2015

Kawal Selia Trak Tunda

Jalanraya adalah laluan orangramai di dalam perjalanan atau urusan seharian masyarakat Malaysia menggunakan kenderaan. 

Ada pemandu yang cekap dan "defensive driving" tidak kurang yang leka dan bersahaja hingga boleh mengakibat bencana atau kemalangan. Tidak kurang juga kerana kelalaian pemandu kenderaan di dalam memastikan semua komponen kenderaan di dalam keadaan selamat.

Namun "malang tidak berbau". Kecelakaan boleh menimpa walaupun si pemandu dalam keadaan berjaga. Komponen kenderaan turut melibatkan "wear and tear" yang diluar jangkaan. Tidak terkecuali ada keadaan atau sikap sabotaj dan tidak toleransi sesetengah anggota masyarakat.

Trak tunda amat sinonim perkhidmatan di dalam mana-mana keadaan kemalangan mahupun keadaan pemandu kenderaan memerlukan bantuan atas kerosakan yang berlaku. Terdapat banyak rungutan dan aduan diterima pihak Kementerian Pengangkutan akan situasi di mana terdapat pengusaha/pengendali trak tunda yang tidak bertimbang rasa dan mengambil kesempatan.

Dalam beberapa keadaan pengusaha/pengendali trak tunda telah menggenakan harga yang melampau ke atas mangsa kemalangan jalanraya ataupun mereka yang terkandas kerana kenderaan rosak.


Menteri Pengangkutan; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai melihatkan perlunya satu kawalan selia pengusaha/pengendali trak tunda bagi mengelak caj berlebihan yang dikenakan ke atas mangsa kemalangan jalanraya ataupun kenderaan yang perlu dibantu kerana rosak.

"Pihak Kementerian telah menerima banyak aduan di mana pengendali trak tunda mengenakan caj berlebihan terhadap mangsa dan memeras untuk menunda kenderaan mangsa ke jarak yang lebih jauh.

"Kami akan mengkaji dan mencapai kaedah dan peraturan bagi membendung insiden sedemikian", kata Dato' Seri Liow.

"Langkah ini perlu dikaji kerana ia melibatkan pelbagai agensi," katanya dalam jawapan kepada Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut menjawab soalan YB Sim, yang membangkitkan isu pemandu trak tunda yang tiba di tempat kemalangan dalam tempoh tiga hingga lima minit dan mengenakan harga yang tinggi untuk menarik kenderaan.

Liow, yang juga Presiden MCA, berkata kementeriannya turut akan meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk mencegah kejadian pemandu bas yang tidak berdisiplin memarkir di bahu jalan dan di taman-taman permainan.



No comments:

Post a Comment