Tuesday, March 24, 2015

Janganlah DiTangguhkan Kenaikan Tambang Teksi

Setelah BBPTB dan PERS1M menyuarakan bantahan di atas penangguhan semakan tambang baru bagi pengangkutan awam darat; teksi...kini Pertubuhan Pemandu Dan Pengusaha Teksi/Limosin Dan Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) pun turut "join in the fray".

Cumanya PETEKMA dilihat lebih matang dan rasional dalam menyampaikan pandangannya. Menurut kata Presiden PETEKMA; En. Mohd Syahrir Hj Abdul Aziz di dalam sidang medianya, 

"Kami pemandu teksi bukan ada EPF atau SOCSO. Hidup kami kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dahlah kena bayar sewa harian RM45 sehari, belum campur duit minyak dan maintenence. So bila kami keluar pergi kerja kami kena fikir nak cari duit utk cover ini semua dulu." 

PETEKMA dengan rendah dirinya memohon agar kenaikan tambang teksi tidaklah jangan ditangguhkan setelah sekian hampir 6 tahun ahli-ahlinya bersabar dengan tanggungan yang dibebani ke atas mereka.

Janganlah perkara semakan tambang teksi dipergunakan mana-mana politikus demi "menempatkan mereka di persada" sedang yang menanggung hiba dan bersusah payah adalah kalangan pemandu-pemandu teksi sendiri...begitu harapan dan pesanan Sdr Syahrir.

Dalam nada yang lebih serius, PETEKMA berjanji tidak akan menyertai sebarang tindakan mogok sepertimana yang disuarakan persatuan teksi yang lain. Sebagai jaminan, Presiden PETEKMA agar memecat mana-mana ahlinya yang bertindak membelakangi persatuan. Seterusnya PETEKMA akan terus menyokong Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang telah banyak membantu dan menolong pemandu-pemandu teksi. Malahan dipinta agar SPAD dapat merayu kepada YAB Perdana Menteri tidak  menangguhkan kenaikan tambang teksi ini.


PETEKMA merupakan persatuan teksi terbesar yang sah dan berdaftar dengan keahlian seramai 23 ribu orang di seluruh Malaysia. Seramai 3 ribu ahli telah menukar meter baru sebaik sahaja kenaikan tambang diumumkan sebahai menyambut baik semakan tambang yang diumumkan pada Khamis lalu.

No comments:

Post a Comment