Thursday, March 19, 2015

Kota Tinggi; Unik lagi Permai

Dengan topografi dan sejarahnya Johor tidak dapat dinafikan antara negeri yang indigenous. Mempunyai tarikan yang asli ditambah pula kebudayaan yang tebal dengan Melayu dan Islam.

Lantaran itu dengan kehadiran Yang Berhormat Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia; Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz ke Kota Tinggi baru-baru ini pada 10hb Mac telah membuka lembaran baru bagi daerah Kota Tinggi sebagai mengenengahkan ia sebuah destinasi/produk  pelancongan yang berteraskan alam sekitar dan sejarah yang menarik lebih ramai pelancong luar  dan tempatan.

Nazri dalam siri lawatannya telah dibawa melawat ke Wetland Belukar Durian dan sekitarnya, Muzium Johor Lama, Lotus Desaru Beach Resort, Desaru Damai Beach Resort serta Desaru Fruit Farm.

Memetik perutusannya sebelum ini, “…..Dengan pelbagai bentuk lanskap pelancongan, kelimpahan anugerah alam semulajadi, sinergi antara warisan budaya, makanan, seni dan kraf, Malaysia kini diletakkan sebagai salah satu destinasi pelancongan dunia yang wajib dikunjungi. Sehubungan ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan terus berusaha untuk melonjak kedua-dua sector pelancongan dan kebudayaan ke tahap yang lebih tinggi.

Kebergantungan kedua-dua sektor antara satu sama lain merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Melalui sektor pelancongan, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan mempersembahkan budaya dan warisan kebangsaan kita kepada dunia……..sinergi antara pelancongan dan kebudayaan akan mendorong Malaysia untuk maju ke hadapan dan menyumbang secara signifikan dalam menarik dunia untuk datang melawat Malaysia.


"Kita melihat rakyat Singapura merupakan penyumbang terbesar ke Kota Tinggi kerana kedudukan yang berdekatan. Kita perlu menggiatkan promosi dan memperkenalkan pakej pelancongan yang sesuai kepada mereka," tambah YB Dato’ Seri Nazri semasa lawatan tersebut dan menyatakan sokongan menubuhkan sebuah sekratariat bagi meningkatkan potensi dan membangunkan pelancongan di daerah itu.

Usaha gigih Yang Berhormat Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid selaku Ahli Parlimen Kota Tinggi bersama dengan pemimpin dan anggota masyarakat tempatan ternyata berhasil di dalam menaikkan nama Kota Tinggi sebagai antara produk pelancongan dengan kepelbagaiannya menyaji kehendak pelancong-pelancong ke sana.
Kerjasama yang sekian lama yang terjalin di antara Datuk Noor Ehsanuddin dengan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) nyata berhasil menggabungkan keunikan eko-sistem sekitarnya untuk melaksanakan pelbagai pembangunan baik dalam pembangunan kemudahan infrastruktur pelancongan desa, pembangunan projek ekonomi pelancongan dan juga pembangunan modal insan kepada penduduk tempatan yang berteraskan pelancongan.

Kota Tinggi mempunyai kedudukan geografi dan sejarah silamnya turut menyediakan pelancongan berkonsepkan hutan lipur, homestay, keluarga angkat, chalet, river cruise, pakej percutian rumah rakit yang mampu menarik kaki-kaki pancing ke Kota Tinggi.

Bagi mereka yang gemarkanmakanan laut/seafood, boleh mencuba sajian yang menarik dan menyelerakan di Restoran Terapung Bujang FireFly yang terdapat di Bandar Penawar. Sementara sajian dihidangkan, para pengunjung boleh menaiki bot untuk melihat kelip-kelip atau firefly pada waktu malam.

Banyak tempat-tempat menarik perlu dan boleh dilawati di sekeliling Kota Tinggi, lebih-lebih lagi di Kampung Belukar Durian, Sedili Kecil dengan mempakejkan alam sekitar ianya bertepatan dengan selera pelancongan dunia masa kini.

No comments:

Post a Comment