Wednesday, March 18, 2015

Tambang Teksi Bakal Naik; Rasionalisasinya (Bhg 1)

Pasaran harga bahan api fosil (minyak mentah) dunia banyak mempengaruhi sikap dan pandangan umum. Maka tidak hairanlah, peningkatan atau penurunan harga bahan tersebut turut mempunyai impaknya ke atas kos operasi sesebuah organisasi mahupun sebuah keluarga. Begitulah mengikut pemikir sains; Sir Isaac Newton melalui Newton's Law of Motion "For every action, there is an equal and opposite reaction."

Seperti yang pernah penulis bangkitkan sebelum ini, perkhidmatan teksi merupakan antara pengangkutan awam darat yang menjadi pilihan kepada anggota masyarakat di dalam menjalani urusan kehidupan mereka selain daripada pilihan pengangkutan awam darat yang lain seperti perkhidmatan bas mahupun keretapi.  Perkhidmatan teksi turut memberi satu imej yang sihat atau sebaliknya kepada Negara dengan kebanjiran pelancong asing dan tempatan seperti yang telah digariskan di dalam Pelan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara (NLPTMP).

Pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melalui beberapa sesi dialog bersama pihak pengusaha syarikat teksi, persatuan teksi, termasuklah pemandu teksi telah mencapai satu rasionalisasi mengenai harga tambang teksi yang munasabah sejak mula disuarakan pihak-pihak yang berkepentingan itu.

Mengapa kadar tambang teksi perlu dikaji semula?

1. Tambang teksi perlu dikaji semula bagi mencerminkan kos sebenar yang ditanggung pihak industri teksi di dalam memberikan perkhidmatan  tersebut dalam keadaan semasa. Kali terakhir semakan kadar tambang teksi adalah pada tahun 2009 yang dibuat oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Kajian yang dibuat ke atas bengkel-bengkel bebas, pembekal dan industri teksi telah menunjukkan sejak itu, kos pengendalian teksi telah meningkat.

Realitinya pemandu-pemandu teksi terpaksa menanggung peningkatan kos bahan api sebanyak 21%, yang melibatkan penyelenggaraan termasuklah tayar, bateri dan kos baikpulih yang meningkat kepada 25% serta insurans kenderaan kepada 15% kos operasi.

Dari sudut mikronya, kos –kos tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap pendapatan pemandu teksi hingga menyebabkan mereka terpaksa mengurangkan bebanan tanggungan perbelanjaan dan berkerja lebih masa sebagai usaha menampung penghidupan.

2. Kadar inflasi kumulatif (terkumpul) sejak tahun 2009 berada di paras 12.6% menurut Indeks Harga Pengguna (CPI) yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Dalam ertikata lain, pendapatan yang sama rata amat diperlukan pihak berkepentingan dalam industri teksi.

Sebagai resolusi keadaan yang menghimpitkan itu, SPAD berbekalkan statistik dan realiti bagi mencapai maksud industri perkhidmatan yang lebih cekap dan efisyen, kadar tambang teksi perlu dikaji semula agar rakyat dan pengguna perkhidmatan teksi Malaysia dikenakan tambang yang munasabah kerana kelansungan tambang teksi yang rendah boleh memberi kesan tidak memberansangkan kepada sumber kewangan industri teksi.

Faktor penentukan semakan tambang teksi

Kajian semakan tambang teksi holistik mendapati  beberapa komponen utama  di dalam pengendalian teksi:

1. Kos kenderaan dan pengendalian merangkumi harga kenderaan, bayaran laba pinjaman, sewaan kenderaan termasuk sistem gas asli mampat (CNG) dan meter teksi mesti dipasang setiap teksi.

2. Kenaikan harga bahan api yang diguna teksi; CNG dan Petrol.

3. Kos penyelengaraan meliputi penyelenggaraan berjadual, hawa dingin, CNG, meter teksi, tayar, bateri, kos pembersihan dan baik pulih kenderaan.

4. Kos operasi pula merangkumi insurans kereta, insurans kemalangan peribadi, cukai jalan, pemeriksaan berjadual Puspakom, yuran pemeriksaan, bayaran lesen dan juga penyelenggaraan terminal kad kredit.

5. Kos buruh adalah caj dan pendapatan pemandu setelah semua di atas ditolak.

Kini pihak SPAD telah merumuskan satu kaedah di dalam semakan ke atas tambang teksi bermeter yang merangkumi semua komponen kos teksi di dalam menanggani rungutan pengguna teksi bermeter untuk kepuasan semua.
Flag Fall... bertujuan menggalakkan perjalan jarak dekat dengan menawarkan pemandu teksi pulangan minimum bagi setiap perjalanan. Komponen yang terbabit adalah kenderaan dan peralatan.
Caj Jarak... meliputi jumlah kos operasi kenderaan dan kos buruh bagi setiap perjalanan. Melibatkan komponen Bahan api, Peneyelenggaraan, Buruh dan Kos Tanggungan (Overhead)
Caj Masa... sebagai menggalakkan pengambilan penumpang di waktu puncak yang mana pemandu mendapat pulangan bagi perjalanan semasa kesesakan lalu lintas. Komponen paling asas yang melibatkan masa terbuang akibat kesesakan jalanraya.
Proses Semakan Tambang Teksi
Pihak SPAD telah membuat pendekatan mendekati orangramai dan pihak-pihak berkepentingan di dalam sektor industri teksi melalui langkah menDengar, PenambahBaikan dan meMaklumkan.

1. Dengar; SPAD mendapatkan input-input isu, penyelesaian dan idea dari pelbagai pihak yang berkepentingan di setiap negeri.

2. Penambahbaikan; segala input yang didapati dikaji semula dan dibuat penilaian ke atas jawapan yang diterima sebagai satu usul. Tindakan susulan ke atas cadangan kemudian dibincangkan dalam perjumpaan satu dengan satu dan perjumpaan kecil.

3. Sebagai langkah akhir, pihak SPAD membuat pemakluman keputusan tambang teksi melalui sesi taklimat, pekeliling, media massa, media sosial, laman sesawang dan sebagainya kepada semua pihak yang berkepentingan.

Dua kelompok yang sentiasa terlibat di dalam proses ini tergolong dari kalangan industri teksi dan umum. Industri teksi terdiri daripada persatuan-persatuan teksi, pemandu dan juga syarikat operator teksi. Manakala di pihak pengguna  terdiri dari kumpulan pengguna, persatuan pelajar dan belia, kumpulan orang kelainan upaya dan juga yang penting ialah industri hospitaliti dan pelancongan.

Pengguna dan pemberi perkhidmatan haruslah bijak dan berakal waras serta bersabar dengan situasi yang sediada.

Janganlah terpedaya dengan dakyah sesetengah pihak yang hanya menangguk di air keruh tanpa sebarang usaha untuk menyelesaikan keadaan yang merengsakan orangramai apalagi di pihak Kerajaan.

Kerajaan melalui pihak SPAD sentiasa prihatin ke atas segala aspek sosio-ekonomi rakyatnya. Hanya masa untuk dibuktikan pengharapan ditunai.

No comments:

Post a Comment