Tuesday, April 28, 2015

Mustapha Ali DiArahkan Ganti Rugi


Pihak pembangkang tanpa ragu-ragu akan mencemuh dan berbuat fitnah ke atas pihak Kerajaan Malaysia di dalam sebarang kegiatan dalam membangunkan Negara yang membawa kesejahteraan kepada Rakyat. Walaupun hakikatnya, usaha itu dilaksanakan oleh pihak agensi yang ditubuhkan dan berjaya membawa serta memberi manafaat yang luas kepada generasi pertanian ke arus era globalisasi. 

Antara agensi yang kerap difitnah dan ditohmah, tidak terkecuali adalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ysng lebih dikenali sebagai FELDA yang diasaskan untuk meneroka kawasan pedalaman negara sejak tahun 1957 dan menempa kecemerlangan dunia dan tempatan hingga kini. 

Pada 7 Januari 2013, FELDA telah memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd kerana memfitnah Felda menerusi dua artikel kononnya agensi itu menjual minyak sawit mentah ke Israel. 

FELDA mendakwa kenyataan diterbitkan semula oleh defendan kedua hingga keenam dalam beberapa artikel akhbar Harakah antara 26 November dan 29 November 2012.
Artikel bertajuk "2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel" dan "BN Jangan Tipu Rakyat" bertarikh 27 November, 2012, yang disiarkan dalam Suara Keadilan. 
Dalam kenyataan tuntutan, FELDA turut menyatakan  Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman Mazlan telah muatnaik dalam laman Facebook beliau pada 19 November 2012 gambar invois dan kapsyen yang berbaur fitnah kepada FELDA dan juga membuat kenyataan yang sama semasa perhimpunan di hadapan pejabat FELDA empat hari kemudian pada 23 November 2012. 
Kenyataan tersebut menjejaskan reputasi FELDA dan  defendan berbuat demikian dengan niat untuk memenuhi agenda peribadi mereka untuk menghakis kepercayaan rakyat kepada FELDA. 
Bagaimanapun, Saifuddin pada 21 April 2013 mencapai penghakiman persetujuan ke atas saman fitnah dan bersetuju untuk menarik balik mana-mana tuduhan dalam artikel itu yang diterbitkan dalam akhbar parti Suara Keadilan. 
Beliau juga bersetuju untuk menerima dan mengakui  FELDA IFFCO Oil Products Sdn Bhd melakukan penghantaran minyak sawit ke Palestin dan bukan Israel pada Mac 2010; Felda tidak pernah menjual minyak sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel dan  FELDA dan FELDA IFFCO Oil Products Sdn Bhd adalah dua entiti sah yang berasingan. 
Manakala panel penghakiman yang dianggotai Yang Arif  Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Dr Prasad Sandosham Abraham telah  menolak rayuan FELDA  terhadap presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman. 
Pada 30 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi mengarahkan Felda membayar kos guaman RM30,000 kepada Mazlan selepas Hakim Lee Heng Cheong mendapati Mazlan  berjaya membuktikan pembelaan berdasarkan perlindungan bersyarat dan komen yang adil. 
"Kami bersetuju dengan dapatan fakta oleh Mahkamah Tinggi yang tidak memerlukan kami mengganggu/campur tangan). Tiada perintah mengenai kos dikeluarkan (untuk kedua-dua rayuan)," kata Hakim Abdul Aziz. 
Bagaimanapun Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 8hb April 2015, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi mengarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan empat yang lain untuk membayar ganti rugi RM100,000 kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kerana memfitnah FELDA menerusi dua artikel tersebut.

No comments:

Post a Comment