Sunday, May 24, 2015

Penelitian Memorandum PEMBAWA

"Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meneliti dan mengkaji kandungan memorandum serta memberikan pandangan terhadap permintaan Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semanjung Malaysia (Pembawa)", berikut kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri; YB Datuk Nancy Shukri pada 11jb Mei, baru lalu. 

Pada bulan lepas, Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (PEMBAWA) telah meminta agar kerajaan memuktamadkan pelaksanaan kenaikan tambang bas ekspres sebelum Ramadan. Dalam kenyataan dibuatnya, Nancy berkata, SPAD sentiasa peka terhadap segala permasalahan yang dibangkit oleh pengendali bas ekspres. 

"Segala isu akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya berserta dengan cadangan bagi jalan penyelesaian terbaik bagi pihak pengguna dan pengendali," katanya. 

Pada 19hb Mac lepas, Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar telah mengumumkan tambang teksi dan kereta sewa naik antara 20 hingga 67 peratus manakala tambang bas ekspres naik 22.6 peratus bermula 15 Mei dan kenaikan tambang bas ekspres untuk perjalanan seluruh negara antara RM4.60 hingga RM11.00. Namun perlaksanaan tambang baru bas ekspres telah ditangguhkan. 

Kabinet dalam mesyuaratnya telah memutuskan pelaksanaan kadar tambang baharu bagi teksi sahaja diteruskan. 

Pada 23 Mac, Nancy mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan bas ekspres dan rel ditunda ke suatu tarikh yang belum ditetapkan. Ini adalah ekoran Kabinet mengarahkan demikian ekoran keresahan di kalangan rakyat yang ketika itu masih keliru dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), justeru memberi kebenaran kadar tambang bagi tiga jenis pengangkutan awam dinaikkan serentak dikhuatiri mengakibatkan kesan negatif.

Yang Dipertua PEMBAWA, Tajuddin Mohd Yunus pada 7hb Mei lalu berkata, pihaknya memahami rasional keputusan kerajaan itu, namun sangat berharap tempoh penangguhan tidak terlalu lama kerana pihak pengusaha bas juga turut terkesan dengan kenaikan harga bahan api, alat ganti serta GST.

No comments:

Post a Comment