Sunday, May 24, 2015

Siasatan PAC Dan AG KeAtas KLIA 2 DiSambut Baik

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Tony Pua, ahli Parlimen bagi Petaling Jaya Utara yang juga anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) telah membuat pertuduhan ke atas Kementerian Pengangkutan melindungi pesalah-pesalah di belakang peningkatan harga projek RM4 billion daripada kos permulaan sebanyak RM1.7 billion.

Menteri Pengangkutan, YB Dato' Seri Liow Tiong Lai turut membidaskan tuduhan meliar Tony sebagai seorang anggota PAC perlu mendedahkan sebarang penemuan salahlaku dan penyelewengan pembinaan KLIA 2 di dalam jawatankuasa tersebut dan bukan dibuat komen secara terbuka. 

Liow dalam sidang media menyatakan kementeriannya menyambut baik dan menyokong penuh cadangan agar Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) dan Ketua Audit Negara (AG) untuk menjalankan siasatan lanjut ke atas pengurusan pembinaan dan pembangunan KLIA 2. Rakyat Malaysia mempunyai hak mendapat jawapan mengenai pembinaan KLIA 2 yang telah meningkat kos pembinaannya.

Beliau berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah entiti yang disenaraikan, manakala Kabinet telah meluluskan penglibatan Ketua Audit Negara untuk menjalankan audit. Kementerian Pengangkutan menyokong penuh langkah Ketua Audit Negara untuk mengaudit KLIA2 yang telah diluluskan oleh Kabinet. Oleh itu, beliau agak keliru dengan komen-komen dari YB Tony Pua berkaitan dengan KLIA2.

DS Liow berkata beliau tidak mempertikaikan kos tambahan yang ditanggung. Sebaliknya beliau menambah bahawa kos ini adalah hasil daripada skop dan keperluan dalam kemudahan dan saiz lapangan terbang berkenaan yang telah dikaji semula dan dilanjutkan memandangkan keperluan tambahan daripada pemegang kepentingan utama.

Beliau menambah adalah menjadi tanggungjawab MAHB sebagai pemilik dan pengurus KLIA2 untuk melibatkan diri dengan PAC dan bertindak balas dengan cara yang telus. MAHB katanya perlu mengambil tindakan yang perlu untuk memberi penerangan tentang penemuan PAC dan berharap perkara ini diselesaikan secepat mungkin.


Berikut adalah kenyataan rasmi sidang media pada 22hb Mei oleh YB Dato' Seri Liow Tiong Lai.

"I have from the onset backed the Public Accounts Committee’s (PAC) call for the Auditor-General (AG) to conduct further investigations into the management of the construction and development of klia2. I agree that the Malaysian public have the right to demand answers on this matter.
Towards this end, seeing that Malaysia Airports Holdings Berhad is a listed entity, Cabinet needed to approve the involvement of the AG to conduct the audit.
The Ministry of Transport fully supported the move to audit klia2 in Cabinet, which has granted approval. The AG will be requested to undertake the task.
Hence, I am baffled by the malicious and twisted comments from YB Tony Pua pertaining to klia2.
I also do not dispute that additional costs were incurred. But these costs were the result of the scope and requirements in facilities and size which were reviewed and extended given additional needs of key stakeholders.
Furthermore, it is and has always been the responsibility of MAHB as owner and manager of klia2 to engage with the PAC and respond in a transparent manner.
MAHB must take the necessary action to shed light on the findings of the PAC and I expect them to resolve this as quickly as possible."
Dato’ Sri Liow Tiong Lai
Minister of Transport
MCA President

No comments:

Post a Comment