Wednesday, June 24, 2015

DiFitnah Bankrap, FELDA Bayar Zakat?

Mutakhir ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sering menjadi lubuk serangan fitnah yang secara tidak langsung mengganggu gugat kredibiliti dan imejnya bukan sekadar di tanahair malah di mata dunia.

Tohmahan dibuat tanpa asas, bukti dan fakta yang jelas, semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau sebarang usaha untuk kebaikan kepada peneroka oleh Kerajaan malah rakyat negara secara amnya.

Agak menjengkelkan apabila, begitu ramai mudah termakan hasutan tanpa bukti semata-mata "pokok tidak bergoyang tanpa angin". Terfikirkah siapa "angin" dan kenapa "bergoyang"? Ibarat kisah pengajaran Luqman al Haqim, anaknya dan se ekor keldai; yakni bertajuk "Kisah Dua Beranak dan Keldai" https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/01/kisah-dua-beranak-dengan-keldai/

Jadi bagaimana pula dengan kisah ini? Majlis penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2014 oleh FELDA yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri; Dato' Seri Mohd Najib yang disampaikan kepada setiap Menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil-wakil pusat Zakat bagi negeri-negeri di mana FELDA beroperasi. Majlis berlangsung pada 22hb Jun yang lalu.

Pembayaran Zakat Perniagaan Kumpulan FELDA bagi tahun kewangan  2014 adalah seperti berikut:
1. Pahang; RM7,749,699.63
2. Johor; RM4,881,047.56
3. Sabah; RM3,876,048.40
4. Wilayah Persekutuan; RM1,373,152.67
5. Negeri Sembilan; RM1,259,052.36
6. Kelantan; RM995,481.23
7. Terengganu; RM989,157.27
8. Perak; RM866,064.15
9. Selangor; RM363,593.00
10. Sarawak; RM332,098.00
11. Kedah; RM149,020.44
12. Perlis; RM130,657.00
13. Melaka; RM123,000.00
14. Pulau Pinang; RM1,473.00

FELDA sudah bankrap? Dari mana pula punca wang untuk diagihkan zakat sebagai sebuah badan yang turut mengamalkan ciri keIslaman dengan amanah yang dipertanggungjawabkan? 

Sejumlah RM23.1 juta itu adalah dari pembayaran zakat perniagaan tahun 2014 oleh rangkaian anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM18.3 juta, Koperasi Permodalan Felda (RM4.1 juta), Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Bhd (RM121,476) dan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Bhd (RM39,357). 

Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka lebih-lebih lagi sesama saudara SeAgama, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka. Kecuali syakwasangka berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan Fitnah. Barangsiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah SWT Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah Ta’ala.

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (supaya kamu tidak curiga dengan sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha mengasihani.” 
Al-Quran Surah 49.Al-Hujurat ayat 12.

Perkembangan berterusan perniagaan Kumpulan Felda membolehkan ia membayar zakat sekali gus memberikannya peluang untuk membantu lebih ramai golongan masyarakat Islam yang memerlukan.

Isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir di majlis tersebut bersama menteri-menteri kabinet, duta-duta negara serta pengurusan Kumpulan Felda.

Pada majlis sama, Dato' Seri Najib bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak-anak yatim Pertubuhan Anak Yatim Insaniah Sri Kandi, Kuala Lumpur sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Kesampingan itu terimalah salam Selamat Berpuasa kepada semua pembaca berAgama Islam ikhlas dari penulis. 

Marhaban Ya Ramadhan. Taqobballahu minna wa minkum

No comments:

Post a Comment