Showing posts with label Kumpulan Felda. Show all posts
Showing posts with label Kumpulan Felda. Show all posts

Sunday, December 20, 2015

Saman Penawar Fitnah Pembangkang

Budaya memfitnah dan berkongsi maklumat palsu kini mencapai peringkat yang menjejaskan kestabilan ekonomi malah keselamatan negara. Diburukkan lagi keadaan dengan keberadaan media sosial yang semakin menjadi ikutan masa kini, berkongsi dan menyebarkan bahan-bahan tanpa usul periksa atau disunting kebenarannya. 
Terbaru, Yang Berhormat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN -Jeli), telah menyaman PAS, Setiausaha Agung PAS, bekas Datuk Mustafa Ali dan dua yang lain di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur kerana membuat kenyataan fitnah terhadap beliau, yang turut merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan mengenai saham Felda Ventures Holdings Berhad (FGVH). 

Saman itu selesai selepas keempat-empat defendan dalam kes tersebut telah mengemukakan permohonan maaf yang dibacakan oleh peguam mereka, Sharifah Nur Asmaa 'Syed Azman di dalam prosiding di hadapan Yang Arif Hakim Datuk Nor Bee Ariffin dan turut dihadiri oleh Lew Cho Kang, peguam yang mewakili Datuk Seri Mustapha dan juga peguam Mohamad Fitri Khalis Ahmad yang mewakili Datuk Husam. 

Pihak Mahkamah telah merekodkan penghakiman persetujuan dan memerintahkan keempat-empat defendan membayar sejumlah RM20,000 secara kolektif sebagai kos kepada Datuk Seri Mustapha. 

Sharifah Nur Asmaa berkata "Defendan mengakui bahawa tidak ada asas sama sekali untuk perkataan fitnah dan tuduhan dan menyesal bahawa mereka yang pernah dibuat." di dalam permohonan maaf mereka. 

"Oleh itu, defendan kini mengambil kesempatan ini menarik balik tanpa bersyarat, perkataan fitnah dan pertuduhan dan dengan terus terang memohon maaf kepada Mustapa di atas kesusahan dan rasa malu yang disebabkan ke atasnya oleh penerbitan dan penerbitan semula perkataan fitnah dan tuduhan yang tidak benar sama sekali dan tidak berasas ".  

Defendan, menurut Sharifah Nur Asmaa memohon maaf tanpa syarat kepada plaintif jika mana-mana perkataan di dalam artikel itu melukakan perasaan plaintif, maruah dan reputasinya. 
Bagaimanapun tindakan guaman terhadap Husam sebagai defendan pertama dalam kes itu akan didengarkan pada 27hb Januari 2016. tahun depan. 

Pada 22 April, 2013, Mustapha memfailkan saman selepas Husam didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah terhadapnya menyentuh saham FGVH pada ceramah politik di tapak ekspo itu di Machang, Kelantan pada 23 Mac, 2013. 

Mustapha turut mendakwa pada 24 Mac, 2013, PAS dan defendan telah menyiarkan kata-kata fitnah melalui harakahdaily.net yang boleh diakses oleh berjuta-juta pengguna internet. Beliau mendakwa kenyataan fitnah, antara lain, dengan niat yang tersirat, dia adalah seorang pemimpin dan pemimpin korup, tiada kredibiliti serta menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi dan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang lainnya. 

Beliau memohon ganti rugi bagi fitnah, ganti rugi teruk dan teladan serta injunksi terhadap defendan.

Wednesday, September 23, 2015

Tindakan Segera Ke Atas Premis Sediakan Arak!

Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) telah menyerahkan satu memorandum bantahan kepada pengurusan FELDA, NAZA dan pihak restoran Brolly Restaurant di Menara FELDA yang mendapat perhatian dan kritikan orangramai pada 21hb September baru-baru ini.

Ini susulan penyediaan minuman keras oleh Brolly Restaurant yang terletak di kawasan strategic di Retail 1, Menara FELDA, sebuah restoran yang menyajikan makanan hasil laut berkonsep barat telah turut menghidangkan minuman keras di dalam menunya. Restoran tersebut baru beroperasi pada 31hb Ogos lalu.


Tindak-tanduk pihak pengurusan restoran sesuatu yang tidak dijangkakan dan hasil dari aduan orang awam didakwa bercorak seperti sebuah pub atau bar, pastinya telah mencemar dan membelakangkan kepentingan dan warga FELDA yang majoritinya beragama Islam.

Lantaran itu pihak pengurusan FELDA telah mengambil tindakan drastik termasuklah:

1. Menghantar surat bantahan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, NAZA Sdn Bhd, sebelum restoren berkenaan memulakan operasi iaitu pada 25/08/2015, membantah penyediaan minuman keras di dalam restoren walaupun ruang restoren berkenaan dipajakkan kepada syarikat berkenaan.

2. Mendapatkan penjelasan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagaimana lesen minuman keras dikeluarkan kepada restoren berkenaan.

Tindakan pihak pengurusan FELDA menanggani isu berkenaan susulan maklumat dari orang awam dengan segera amatlah dihargai memandangkan sebagai bangunan yang diduduki oleh pekerja-pekerja badan berkanun, isu penyediaan minuman keras di restoren tidak wajar diwujudkan. Premis restoran dan kedai makan di Menara FELDA adalah khusus untuk pekerja-pekerja pejabat terutama di waktu makan tengah hari dan petang dan sesunggauhnya tidak sesuai sebagai tempat bersosial apalagi untuk menghilangkan masalah dengan mabuk. 

Dilampirkan kenyataan media dari pihak pengurusan Felda berkenaan hal tersebut di bawah:

Monday, September 21, 2015

FGV Cemerlang Sumber Manusia

Baru-baru ini, Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menerima dua anugerah pada majlis Anugerah Kecemerlangan Sumber Manusia 2015, iaitu Kecemerlangan dalam Pengambilan & Strategi Retensi dan Kecemerlangan Pelan Strategik Sumber Manusia.

"FGV mempunyai tenaga kerja lebih 55,000, termasuk pekerja asing, di Malaysia dan di luar negara. Terdapat banyak cabaran kerana kita berurusan dengan pekerja dengan tahap pelbagai kemahiran di kawasan bandar dan pedalaman di mana perniagaan dan operasi kami berada.

"Untuk mengembangkan sebuah syarikat yang kukuh, kita perlu memastikan sumber manusia diurus dengan baik. Sumber manusia perlu mengikuti perkembangan trend terkini dan isu-isu yang melibatkan pekerja, " menurut kata Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah selaku Presiden Kumpulan FGV dan Ketua Pegawai Eksekutif,  berkata FGV komited ke arah kecemerlangan sumber manusia kerana ia mengiktiraf kepentingan pengurusan bakat dalam mencapai visi menjadi pemain global 10 perniagaan agrotani.

Kejayaan FGV yang diakui sektor sumber manusia antarabangsa adalah bukti jelas, usaha yang dibuat Kumpulan Felda dan dianggotai antaranya YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid di dalam Lembaga Pengarah sedang meniti pelan pembangunan buat kebaikan bersama masyarakat peneroka dan perlu diberikan sokongan.


Majlis dihoskan Human Resources, sumber terulung berkaitan sumber manusia di Asia, dan diadili panel pengarah HR seluruh Asia. Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HDF) dan Talent Corporation Malaysia turut menaja majlis penganugerahan tersebut.

Mohd Najid Md Yahya, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Kumpulan FGV telah menerima anugerah bagi pihak korporat di Kuala Lumpur pada 17 September yang lalu.

Tuesday, August 25, 2015

Teraju Sosio Masyarakat Kota Tinggi

Nun di selatan tanahair wujud sebuah Badan Bukan Kerajaan yang aktif dengan kerja-kerja amal dan menjalinkan titian antara masyarakat setempat dan Kerajaan. Umum ketahui pihak Kerajaan agak terhad turun ke lapangan secara langsung menguliti "touch point" di dalam meneruskan penghidupan seharian dan isu semasa.


Badan Bukan Kerajaan yang dimaksudkan itu, 'Yayasan Mesra' telah ditubuhkan pada 13hb November 2013, di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 diasaskan bersama oleh YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Bin Hj. Mohd Harun Narrashid, ahli Parlimen Kota Tinggi dan Encik Zamsari Bin Jumani. Yayasan Mesra bermatlamat membantu pembangunan sahsiah masyarakat melalui program-program kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan di dalam usaha mempertingkat dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum berteraskan aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. 

Minat yang mendalam Datuk Noor Ehsanuddin di dalam kepersatuan sukarela bergerak secara aktif sejak beliau menuntut di Amerika Syarikat pada tahun 80an. Pernah menjawat jawatan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Carbondale Club. Menerajui persatuan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF 2011) dan Karnival Iktiraf (Ikatan Hati Warga FELDA 2011/2012).



Beliau turut merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan FELDA dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara di antara tugas-tugas beliau.




Yayasan Mesra telah dilandaskan pergerakan ke arah pemantapan Insaniah dan Sahsiah masyarakat. Telah mewujudkan beberapa pusat pendidikan dan latihan susulan program kemasyarakatan dan kebajikan diaktifkan.

Sebagai sebuah organisasi bukan Kerajaan, Yayasan Mesra telah melaraskan kegiatannya melalui pendekatan kritikal dan analitikal bagi memenuhi matlamat dan objektik penubuhan. Kelangsungan itu, ia memupuk kefahaman di kalangan masyarakat bagi melahirkan kepimpinan masa depan yang akan membentuk masyarakat yang berpotensi intelektual dengan fizikal dan spiritual yang baik. 

Yayasan Mesra telah turut mengambil bahagian membantu menampung dan prihatin kebajikan masyarakat terutama dari aspek kemanusiaan. Inilah antara nilai-nilai murni membina individu Muslim yang berketrampilan dan bertanggunjawab terhadap diri, keluarga, masysarakat serta Negara.


Tidak lupa, aktiviti dan latihan yang komprehensif telah diwujudkan bagi membuka peluang dan ruang perniagaan dan pekerjaan buat anak tempatan dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka dengan penglibatan Majlis Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Agensi, Jabatan dan Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.


Antara kegiatan Yayasan Mesra termasuklah:


Ramai-ramai bersama anggota Marhaban di Majlis Raya Kg Mawai Baru


Program Gotong Royong Perdana bersama penduduk perumahan Taman Pasak Indah

Program Ziarah Mesra: Jalinan Murni yang melibatkan 30 buah rumah di kawasan perkampungan Johor Lama dan Telok Sengat.

Program Ziarah Mesra: Jalinan Murni yang melibatkan 30 buah rumah di kawasan perkampungan Sedili Kecil dan Belukar Durian.

Pelepasan konvoi berbasikal Program Rentas Belia Merdeka Tahun 2015 di SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi bagi memupuk jati diri dan semangat kesetiaan kepada Negara oleh YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin.

Meraikan anak-anak yatim berbelanja sempena menyambut Aidil Fitri 1436H di Plaza Angsana.

Menitikberatkan pencapaian akademik dalam meniti alam persekolahan untuk kecemerlangan.

Bersama mendekati masyarakat Kuala Sedili, menyalur maklumat semasa dan mendengar pandangan mereka.


Bersma pemimpin pusat dalam mengenengahkan Kuala Sedili sebagai pp[roduk pelancungan.


 Bersama sukarelawan dan petugas Yayasan Mesra menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


YB Datuk Ehsanuddin meraikan peserta My Diamond, dalam Program Jalinan Kasih Bersama OKU (orang kelainan upaya).

Wednesday, August 19, 2015

FGV Nafi Naik Gaji Pekerja Ladang

Berikutan sebuah laporan media yang disiarkan dengan tajuk;  Maybank IB Kekalkan Saranan 'Neutral' Ke Atas Sektor Perladangan pada 12 Ogos, 2015, FELDA Global Ventures Bhd (FGV) pada 17hb Ogos menjelaskan bahawa ia tidak bercadang menaikkan gaji pekerja ladangnya.

Dalam kenyataannya, FGV mengulangi bahawa dasarnya adalah berpandu kepada Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA) melalui standard industri mengenai gaji minimum dan dikawal selia oleh Kementerian Sumber Manusia.

"Kami tidak menaikkan gaji pekerja ladang kami, termasuk pekerja kilang minyak sawit, dan pekerja am yang lain, sebanyak 8-10 peratus berkuat kuasa 1hb April, 2015, seperti dicadangkan dalam laporan. Bagaimanapun, kajian pelarasan gaji masih dilaksanakan dalam FGV dan  sebagai entiti senaraian awam, sebarang perubahan dalam dasar buruh FGV memerlukan kelulusan daripada lembaga pengarah kami." menurut jurucakap FGV.

Laporan media tersebut menyatakan: 'Peneraju perladangan yang besar termasuk Felda Global Ventures Holdings Bhd dan Kuala Lumpur Kepong Bhd, antara lain, bersetuju untuk menaikkan gaji pekerja ladang mereka (termasuk pekerja kilang minyak sawit dan pekerja am yang lain) sebanyak 8-10 peratus mulai 1 April, 2015.  

Laporan oleh Maybank Investment Bank itu memungkinkan keadaan yang kurang senang di kalangan mereka yang terbabit di dalam industri minyak sawit negara dan menjuruskan sentimen melanggar Hak Asasi.

Wednesday, June 24, 2015

DiFitnah Bankrap, FELDA Bayar Zakat?

Mutakhir ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sering menjadi lubuk serangan fitnah yang secara tidak langsung mengganggu gugat kredibiliti dan imejnya bukan sekadar di tanahair malah di mata dunia.

Tohmahan dibuat tanpa asas, bukti dan fakta yang jelas, semata-mata bertujuan untuk menjatuhkan maruah atau sebarang usaha untuk kebaikan kepada peneroka oleh Kerajaan malah rakyat negara secara amnya.

Agak menjengkelkan apabila, begitu ramai mudah termakan hasutan tanpa bukti semata-mata "pokok tidak bergoyang tanpa angin". Terfikirkah siapa "angin" dan kenapa "bergoyang"? Ibarat kisah pengajaran Luqman al Haqim, anaknya dan se ekor keldai; yakni bertajuk "Kisah Dua Beranak dan Keldai" https://shafiqolbu.wordpress.com/2012/10/01/kisah-dua-beranak-dengan-keldai/

Jadi bagaimana pula dengan kisah ini? Majlis penyerahan Zakat Perniagaan bagi tahun kewangan 2014 oleh FELDA yang disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri; Dato' Seri Mohd Najib yang disampaikan kepada setiap Menteri Besar, Ketua Menteri dan wakil-wakil pusat Zakat bagi negeri-negeri di mana FELDA beroperasi. Majlis berlangsung pada 22hb Jun yang lalu.

Pembayaran Zakat Perniagaan Kumpulan FELDA bagi tahun kewangan  2014 adalah seperti berikut:
1. Pahang; RM7,749,699.63
2. Johor; RM4,881,047.56
3. Sabah; RM3,876,048.40
4. Wilayah Persekutuan; RM1,373,152.67
5. Negeri Sembilan; RM1,259,052.36
6. Kelantan; RM995,481.23
7. Terengganu; RM989,157.27
8. Perak; RM866,064.15
9. Selangor; RM363,593.00
10. Sarawak; RM332,098.00
11. Kedah; RM149,020.44
12. Perlis; RM130,657.00
13. Melaka; RM123,000.00
14. Pulau Pinang; RM1,473.00

FELDA sudah bankrap? Dari mana pula punca wang untuk diagihkan zakat sebagai sebuah badan yang turut mengamalkan ciri keIslaman dengan amanah yang dipertanggungjawabkan? 

Sejumlah RM23.1 juta itu adalah dari pembayaran zakat perniagaan tahun 2014 oleh rangkaian anak syarikat Felda iaitu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM18.3 juta, Koperasi Permodalan Felda (RM4.1 juta), Koperasi Kakitangan Felda Malaysia Bhd (RM121,476) dan Koperasi Pekerja Felda Malaysia Bhd (RM39,357). 

Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka lebih-lebih lagi sesama saudara SeAgama, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka. Kecuali syakwasangka berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan Fitnah. Barangsiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah SWT Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah Ta’ala.

Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari prasangka (supaya kamu tidak curiga dengan sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha mengasihani.” 
Al-Quran Surah 49.Al-Hujurat ayat 12.

Perkembangan berterusan perniagaan Kumpulan Felda membolehkan ia membayar zakat sekali gus memberikannya peluang untuk membantu lebih ramai golongan masyarakat Islam yang memerlukan.

Isteri Perdana Menteri, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir di majlis tersebut bersama menteri-menteri kabinet, duta-duta negara serta pengurusan Kumpulan Felda.

Pada majlis sama, Dato' Seri Najib bersama isteri turut menyampaikan sumbangan kewangan kepada anak-anak yatim Pertubuhan Anak Yatim Insaniah Sri Kandi, Kuala Lumpur sebagai persiapan menjelang Aidilfitri.

Kesampingan itu terimalah salam Selamat Berpuasa kepada semua pembaca berAgama Islam ikhlas dari penulis. 

Marhaban Ya Ramadhan. Taqobballahu minna wa minkum