Jika berpeluang dihidupkan semula, si Arwah tidak pula memohon peluang untuk mengerjakan Solat, puasa ataupun untuk mengerjakan Umrah.
Sebagaimana firman Allah,
سُوۡرَةُ المنَافِقون
وَأَنفِقُواْ مِن مَّا رَزَقۡنَـٰكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ أَحَدَكُمُ ٱلۡمَوۡتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوۡلَآ أَخَّرۡتَنِىٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍ۬ قَرِيبٍ۬ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُن مِّنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ
"Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.
Al Quran, Surah 63 Al-Munafiqoon ayat 10
Maka dengan itu hendaklah kita sebagai umat Muhammad SAW memperbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin dijanjikan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada Hari Qiamat nanti.
Kita yang masih punyai hayat diajak amalan bersedekah untuk Saudara-saudara yang telahpun meninggal dunia kerana mereka amat berharap dapat kembali dari Alam Barzakh untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh. Insaflah sesungguhnya saat-saat kematian menanti dengan nama kita yang pasti tiba. Turut digalakkan menerapkan amalan sedekah di kalangan anak-anak kita dengan bersedekah supaya manhaj ini terus subur di kalangan Mukmin dan Mukminin.
Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran buat orang yang bersedekah.
"Kalaulah org yang bersedekah itu mengetahui dengan sebenarnya dan dapat menggambarkan bahawa sedekah itu diletakkan dalam 'tangan Allah' sebelum ia ke tangan orang faqir, nescaya kelazatan orang yang memberi lebih terasa besar daripada kelazatan si penerima." - Ibnu Qayyim
1) Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu Syurga
2) Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.
3) Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari Qiamat dan melepaskannya dari azab Neraka
4) Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur di Alam Barzakh
5) Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)
6) Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dan ia dapat menggandakan kebaikan.
7) Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari Qiamat
8) Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (Hari Qiamat)
9) Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapus kejahatan
10) Pembawa berita gembira; satu pengakhiran yang baik dan punca doa Malaikat buat diri pemberinya
11) Orang yg bersedekah adalah yang terbaik di kalangan manusia. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya buat pemberi)
12) Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yg besar
13) Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi.
14) Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati
15) Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan.
16) Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.
17) Sedekah turut memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan
18) Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh
19) Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian
20) Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau mahupun burung.
Wallahu A'lam Bishowab
No comments:
Post a Comment