Saturday, June 20, 2015

Ole! Tan Sri Syed Hamid Kepercayaan Terbukti

“if you do one good deed your reward usually is to be set to do another and harder and better one.”  C.S. Lewis, The Horse and His Boy

Penulis berasa amat bertepatan kata-kata di atas dimuatkan bagi kepercayaan yang dibuat di dalam menyambung kontrak Y.A.Bhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) oleh Perdana Menteri, Y.A.B Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di dalam melanjutkan kontrak beliau untuk tempoh dua tahun lagi, berkuatkuasa 4hb Jun, 2015.

Ini memberi lebih masa kepada Syed Hamid bagi meneruskan usahanya men”transformasi” dan menambahbaik sistem pengangkutan awam darat negara.

Tugas yang amat mencabar yang dijawat beliau seringkali mengundang kritikan lebih hebat apabila kenaikan tambang baru teksi yang dibentang dan dilaksanakan tempuh hari, antaranya. Lebih-lebih lagi Tan Sri Syed Hamid turut terlibat dari peringkat awal pengenalan dasar transformasi pengangkutan awam darat meliputi kawasan Bandar ke Bandar dan luarbandar hingga ke Sabah dan Sarawak. Antaranya terutamanya dengan The Greater Klang Valley.

Inilah peranan yang telah digariskan oleh sebagai agenda utama Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) olah SPAD untuk menambahbaik sistam pengangkutan awam seperti digarapkan melalui Pelan Transformasi Kerajaan yang disampaikan oleh Y.A.B Perdana Menteri.

Perlanjutan ini adalah kali kedua kontrak Syed Hamid disambung sejak dilantik sebagai Pengerusi suruhanjaya itu selari dengan penubuhannya pada 3 Jun, 2010. Untuk rekod, Tan Sri Syed Hamid pernah merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi sejak tahun 1990 hingga 2013 dan pernah menyandang beberapa jawatan di dalam kabinet sehingga tahun 2009.

Bukannya satu tugasan atau tanggungjawap yang mudah serta peranan SPAD ini yang mencakupi menjaga kebajikan pengguna, pemandu dan kemajuan pengangkutan awam..malah, SPAD turut bertanggungjawap menggariskan akta dan peraturan untuk dipatuhi semua pemandu pengangkutan awam.

Kepada Y.Bhg Tan Sri, penulis mengucapkan tahniah dan syabas perlanjutan kontrak tersebut serta mendoakan kejayaan Tan Sri Syed Hamid bersama keluarga SPAD meneruskan agenda men”transformasi”kan pengangkutan awam negara ke tahap yang lebih baik.

Dibawah ini dimuatkan kenyataan media dari SPAD berkenaan sambungan kontrak Pengerusi SPAD.

Sumber dari SPADNews, AgendaDaily