Sedang Parti komponen seperti MCA bersiapan dengan gerak kerja mengukuhkan Parti dari dalam dan mencipta landasan buat barisan baru, UMNO sebagai tunjang kepimpian negara mengambil pendekatan menangguhkan pemilihan dan mengekalkan ramai barisan kepimpinan yang kedu lagi lesu yang merobekkan ukhwah, semangat dan minda Melayu.
Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini memutuskan pemilihan UMNO yang dijadualkan tahun hadapan ditangguhkan selama 18 bulan. Berdasarkan pengalaman lalu, ini menandakan PilihanRaya Umum Ke 14 akan diadakan sebelum Persidangan Agung UMNO. Impak dari keputusan ini kerapnya memberi ruang kepada barisan kepimpinan yang berdepan dengan masalah untuk membetulkan keadaan namum pada amnya gerak kerja yang masih lesu bagai menyambung nyawa kepuraan.
Susulan dari keputusan itu, dalam satu temuramah yang disiarkan TV9, SUA UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan mendakwa, keputusan menangguhkan pemilihan agung UMNO pada tahun depan adalah hasil dari suara akar umbi UMNO yang dibuat di ILMU, Janda Baik, Pahang. Ia tidak ada kaitan atau bersabit isu 1MDB tetapi keputusan MKT???
Penulis belum pernah menjejak kaki ke ILMU, Janda Baik, Pahang. Di dalam satu Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 2013, Tengku Adnan dengan bangganya mengumumkan keahlian UMNO telah mencecah 3.5 juta orang (angka sebenar 3,430,750, 000 orang ahli). Luas dan mampukah ILMU menempatkan jumlah sebegitu besar, kalaupun tidak, berapa kerapkah perjumpaan dibuat di sana bersama akar umbi ATAU berapakah jumlah "ratio" yang wajar sebagai mewakili suara akar umbi untuk menyatakan sebarang keputusan ATAU adakah keputusan itu sebenarnya dibuat oleh ahli jawatankuasa Bahagian dan sayap yang tanpa penangguhan ini bakal melihat mereka dihukum oleh akar umbi malah kemungkinan akan kedengaran banyak cawangan dan Bahagian berhempas pulas untuk mengadakan mesyuarat agung sesuai dengan peruntukan Perlembagaan UMNO.
Bayangkan contoh terbaru seramai 35 dari 70 cawangan Pergerakan Pemuda Bahagian Permatang Pauh menzahirkan undi tidak percaya kepada Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda Bahagian gara-gara peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk program belia telah ghaib? Pastinya ini satu tamparan hebat malah realiti di lapangan yang cuba ditutup dari pengetahuan pucuk pimpinan atasan Parti ATAU sememangnya ia satu berita diketahui umum, cuma enggan diakui.
Apa tidaknya, Permatang Pauh baru sahaja melalui PilihanRaya Kecil bergema bumi Permatang Pauh dipimpin Ketua Bahagiannya bahawa mereka sudah bersedia dan yakin memberi calon Pakatan Rakyat; "a run for their money". Ternyata untuk kali ke 7, UMNO gagal mengambilalih disebabkan kerakusan mencengkam kuasa dan penyelesaian politiknya tidak kritikal atau bersungguh.
Menyingkap sejarah orang Melayu dan UMNO secara ringkas, Frank Swettenham antara pegawai kolonial yang meletakkan Dasar British di Tanah Melayu pernah menyebut, "The Malay is an arrogant creature. He will not hesitate to harm you even if he were to suffer even greater harm in the process. We need to protect the Malay from himself.”
Apabila British meninggalkan Tanah Melayu, mereka menggalakkan pembentukan Kongres India Malaysia (MIC), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk meneruskan dasar Swettenham dan melindungi kepentingan British dalam proses kemerdekaan. Ironiknya, MIC pada mulanya bersama-sama dengan pihak Kongres lain di Fiji, Afrika Selatan dan di tempat lain hanya melihatkan kemerdekaan untuk India.
Kemunculan kemerdekaan pada tahun 1957 menyaksikan MIC dan MCA semata-mata menjaga kepentingan mereka dengan mengukuhkan sokongan kepada UMNO. Tiada kerusi etnik India yang majoriti di mana-mana. MCA tertubuh dari kalangan pedagang yang ingin mengawal dan pertahan kuasa ekonomi mereka.
MIC dan MCA terus menuntut dalam kerajaan yang mereka wakili komuniti mereka tetapi realitinya di lapangan, mereka mewakili rakyat yang mengundi majoriti daripadanya adalah Orang Asli dan Orang Melayu.
Berbalik kepada MKT berkeputusan menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung tahun depan selama 18 bulan. Kukuhkan parti? Siapa itu parti? Siapa yang memimpin? Kuasa dari siapa untuk memimpin?
Pandangan penulis...UMNO mesti meneruskan pemilihannya to stay relevant especially during stormy weather.
1. Mengembalikan asas penubuhan agensi Kerajaan yang sebelum ini ketara menjadi agen "delivery system" dan perancang serta saluran informasi kepada anggota masyarakat.
4. Fungsi JAKIM banyak terbatas dengan unsur campurtangan kepolitikan. Bayangkan dalam syiar agama, Institut Hadhari dan Institut Wasatiyyah bagai berebut mendahului satu sama dan dibiayai kos operasi. Begitupun tanda HALAL kerap menjadi bahan yang kerap dipertikaikan. JAKIM tidak pula mempunyai kuasa untuk menguatkuasakan tindakan salahguna oleh premis perniagaan.
5. Apa relevannya Akademi Kenegaraan berbanding kursus Biro TataNegara di Kem seluruh Negara? Khabarnya model Akademi Kenegaraan BTN Jalan Bellamy bakal dibina di seluruh Negara. Sepertimana berlakunya pada Institut Tadbiran Awam Negara sebagai Pusat latihan bagi pegawai-pegawai Kerajaan yang tidak lebih berupa Pusat untuk mengesahkan pencapaian meninggi atau mendatar. Tidak lagi berunsur elemen menambahbaik atau doktrin kesetiaan dan kecemerlangan.
6. KEMAS turut perlu diperinci dan rombak semula bidangnya sebagai mendekati masyarakat dan menyakininya bukan sebaliknya bertindih fungsi seperti agensi lain.
7. Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional antaranya satu klasik pertindihan kuasa dan nyata redundant serta undermining fungsi Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional. Penubuhan yang dilihat begitu eksklusif tanpa taring bagaikan satu "window dressing".
8. Setiap tahun Auditor-General melapurkan ketirisan dan pembaziran wang dari Perbendaharaan. Dilihat pada tindakan ke atas sikap yang diamalkan Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun dan GLC seolah menjadi lumrah dengan "more carrots rather sticks". Such a "mockery" wang kutipan dari Rakyat tidak ada "accountability" dan "responsibility" oleh mereka yang dipertanggungjawabkan atau mengetuainya.
Sesungguhnya segala usaha dan peranan dari pihak-pihak berkepentingan peribadi telah menyebabkan kalangan masyarakat lebih-lebih lagi di kampung melepaskan tangan kerana terdapatnya pemimpin yang mendesak diberikan Amanah terbukti lebih menjemput kecelakaan di dalam kalangan masyarakat itu sendirinya.
Adakah ungkapan "Bagi kami ambil. Undi? Jangan mimpilah" akan kembali dengan lebih jelas dan massive. Angkara pemimpin dan penyokong yang masih dalam "denial" menafikan kebangkitan Melayu yang berasa loya dengan sandiwara mereka yang bagai menganggap akar umbi masih boleh ditarik dan dipujuk, seolah mereka tiada mata melihat dan akal untuk berfikir.
Adakah Saluran 1 di Peti Undi, masih kekal bersama dengan UMNO/BN? Kenapa semakin mengecut? Apakah Saluran 4 dan ke atas semakin pula bilangannya bertambah? Benarkah golongan ini berjaya didekati atau didekati oleh pemimpin muda dalam kepartian?
Kekuasaan memerintah bukan dengan riak dan dabik dada sekadar jumlah keahlian dan strategi yang dibentang dan disorak kalangan pimpinan. Kekuasaan adalah dengan usaha yang constructive, bersungguh, berani dan luar dari kotak kebiasaan....mencipta yang baru. Sekadar tukar kulit baru, tetapi kandungannya lama.
Dunia kini Dunia persepsi. Kuasa kini adalah berbentuk dari jumlah undi yang berdaftar hasil jatidiri dan sikap tanggungjawab serta indoktrinasi Kenegaraan yang asli...bukan yang diubahsuai untuk mencerminkan semua boleh, hakikatnya tidak mampu walau sedetik dicapai.
Kehidupan manusia berlegar sekeliling dunia yang bergerak tanpa henti walau sesaat. Bukan sebaliknya. Dari pemerhatian penulis, "on the flip side of a coin", kedengaran suara-suara untuk memperbaiki keadaan dalam ruang lingkup yang sempit. Apakah nadi tersebut mampu diperhebatkan? Kemungkinannya ada. Harapannya ada, hanya kesungguhan dasar Transformasi Politik dan Kerajaan yang masih terhenti di tepi jalan. Menanti bekalan "minyak, alatganti, air, Wang dan sebagainya....kecuali pemandu yang masih berlenggang dan santai mengguis tanah di hujung jari kaki. Penumpangnya beransur pergi kerana si Pemandu tidak pedulikan...
Masanya sekarang adalah menongkah arus mengharungi badai, bukan menangguh. The world is not for Procrastinators.
Kekuasaan memerintah bukan dengan riak dan dabik dada sekadar jumlah keahlian dan strategi yang dibentang dan disorak kalangan pimpinan. Kekuasaan adalah dengan usaha yang constructive, bersungguh, berani dan luar dari kotak kebiasaan....mencipta yang baru. Sekadar tukar kulit baru, tetapi kandungannya lama.
Masanya sekarang adalah menongkah arus mengharungi badai, bukan menangguh. The world is not for Procrastinators.
Saya Seorang Anak, Bapa dan Saudara berBangsa Melayu dari etnik Jawa. BerAgama Islam, ahli UMNO Baru sedari tertubuhnya dan ahli UMNO sejak layak usia, teramat kasihkan. Rakyat di Bumi bernama Malaysia.
No comments:
Post a Comment