Dewasa ini, kegilaan atau hobi pesawat udara
tanpa juruterbang; Unmanned Aerial
Vehicle (UAV) semakin menarik minat penggemar
sukan aeronautik/penerbangan negara pesawat tersebut. Diilhamkan dari kemampuan
pesawat tersebut oleh filem-filem perang dan dokumentari disamping kepenggunaan
mendapatkan scene yang menarik di udara dengan kos yang jauh lebih murah
berbanding menyewa atau memiliki pesawat yang dipandu juruterbang.
Walaupun demikian, menurut Menteri Pengangkutan; YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai, semua dron atau UAV perlulah mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) terlebih dahulu.
Usaha ini penting sebagai memastikan penggunaan UAV di negara ini terkawal dan tidak menjejaskan penerbangan pesawat di ruang udara negara terutamanya di kawasan lapangan terbang. Berbanding dengan negara luar, topografi negara dengan tanah landai dan lapang tidak luas, apalagi terdapat bangunan tinggi dan infra struktur yang tidak mengizinkan serta soal keselamatan orangramai.
DCA telah diarahkan Dato’ Seri Liow membuat kajian menyeluruh berhubung perkara itu serta menggariskan penguatkuasaan pendaftaran untuk penggunaan dron atau UAV dengan secepat mungkin.
"Pada masa ini beberapa siri penerangan dan dialog giat dijalankan di peringkat negeri sebelum kita mengeluarkan sebarang peraturan keselamatan yang baharu," tambah beliau.

Semua pemilik dan peminat pesawat persendirian diingatkan sentiasa peka dan mematuhi segala undang-undang dan peraturan yang ditetapkan oleh DCA bagi menjamin keselamatan ruang udara negara.
Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) di Batu Berendam, Melaka diberitakan akan ditambah kira-kira 400 meter bagi memudahkan pendaratan pesawat komersial setelah urusan perbincangan membabitkan pengambilan tanah penduduk di kawasan tersebut selesai.
LTAM adalah antara lapangan terbang penting bagi industri pelancongan serta ekonomi Melaka dan dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas yang dihadapi KLIA dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang.
"Usaha menaiktaraf ini diharap dapat menarik lebih banyak pesawat komersial untuk mendarat di situ kerana saya difahamkan lima lagi syarikat penerbangan berminat untuk melakukan penerbangan di lapangan terbang berkenaan," kata Liow.
Kementerian Pengangkutan turut meluluskan peruntukan sebanyak RM1.6 juta bagi meningkatkan kemudahan di Aerodrome Sungai Rambai, khususnya memasang lampu bagi membolehkan penerbangan pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment