Tuesday, June 23, 2015

Sahur, Sunnah Muakkad

6 Ramadhan 1436 Hijriah. Assalamualaikum Sdr2ku. 

Mutakhir ini, ramai mengambil pendekatan berSahur luar dari konteks amalan berpuasa mengikut ajaran Islam sebenar. Puasa merupakan rukun ke empat dari Rukun Islam yakni terdapatnya lima. Maka seharusnya, sebagai usaha menyempurnakan kehendak dan kewajipan itu, perkara-perkara Sunnah amatlah dicari.

Sahur merupakan sunnah yang muakkad bagi yang berpuasa. Sepertimana perintah Rasulullah S.A.W menurut hadis, sabda Baginda;

“Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan”. 
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Baginda Rasullullah turut melarang dari meninggalkan Sahur yang berbunyi; 

“Sahur adalah makanan berkat, maka jangan kalian tinggalkan walaupun salah seorang dari kalian hanya meneguk seteguk air, kerana Allah dan para malaikat berselawat ke atas orang-orang yang bersahur.” 
Hadis Riwayat Abu Sa’id


Terdapat lagi nas-nas yang mengukuhkan tuntutan berSahur ke atas orang Muslim yang berpuasa, baik wajib mahunpun puasa sunnah. Namun yang jelas, orang yang tidak berSahur, puasanya tidak mendapat apa-apa keberkatan/ganjaran selain hanya menahan lapar sepanjang tempoh berpuasa. 

Dengan demikian jelaslah orang yang tidak sahur baik untuk puasa wajib romadhan ataupun puasa-puasa sunnah tidak membuat tidak sahnya puasa. Hanya saja kehilangan keutamaan dan keberkahan makan sahur.

1. Sahur itu adalah sunnah. Sekalipun ia tidak diwajibkan, namun amat-amat digalakkan. Bahkan ia dijadikan pembeza antara Sahur seorang Muslim dengan sahur seorang Yahudi dan Nasrani. Sabda Nabi s.a.w:

“Pembeza antara puasa kita dan puasa Ahli Kitab adalah makan sahur”. 
Hadis Riwayat Muslim.

2. Barakah adalah sesuatu yang mustahak dalam kehidupan ini. Mencari keberkatan adalah suatu yang teramat penting dalam hidup ini. Dalam Sahur ada keberkatan buat puasa yang bakal dilaksanakan dan kehidupan individu yang berpuasa secara umumnya.

3. Bersahur itu terhasil dengan memakan apa-apa makanan yang halal, atau meminum apa-apa minuman yang halal. Sabda Nabi s.a.w:

“Sesiapa yang ingin berpuasa maka bersahurlah dengan sesuatu” 
Hadis Riwayat Ahmad.

Kita digalakkan bersahur dengan tamar. Sebagai sabda Rasullullah S.A.W; 

“Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar”. 
Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi, sannaadnya

Tamar bukan sahaja hidangan pembuka puasa, ia juga digallakan ketika berSahur. Maka, ambillah sekurang-kurangnya sebiji tamar semasa bersahur semoga mendapat pahala tambahan.

4. Seperkara yang sunnah ketika berSahur adalah melewatkannya. Ia merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam. Sepertimana firman Allah S.W.T;

“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” 
Al-Quran Surah Ali ‘Imran ayat 17.

Bersahur terlalu awal bukanlah sesuatu yang digalakkan sebaliknya disunnahkan melewatkannya.

Kata Zaid bin Thabit: “Kami bersahur bersama Rasulullah, kemudian terus pergi untuk bersolat (Subuh)”. Anas bin Malik bertanya beliau: “Berapa lama antara sahur azan dan sahur tersebut?”. Jawab Zaid: “Kadar 50 ayat (al-Quran)”. 
Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Wallahu a'alam.

No comments:

Post a Comment