Wednesday, June 24, 2015

Talak Tiga Tapi Masih Bersama???


Bila difikirkan ada kebenaran yang disebut oleh YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong. Pertama kali ketika penulis mengikuti kempen Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang lepas. “Kita berasa pelik apabila komponen parti yang sering bercerai talak tiga dengan tapi masih tidur sekatil dan sebantal." Kini selepas tamat Muktamar PAS baru-baru ini di Kuala Selangor, ternyata, sikap kahwin cerai seperti keluarga 69 pula, PAS dibuang, PASMA pula menjadi pengganti. 

“Lebih menghairankan apabila Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk mengadakan perbincangan selepas ada pihak yang ingin bersama, sedangkan DAP rapat dengan PasMa dan PAS pula sudah bergaduh dengan DAP”.

Begitulah ucapan Timbalan Presiden MCA, YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong yang menambah bahawa PR sudah semakin bercelaru dan terpesong jauh daripada landasan perjuangan sebenar.

Dalam masa yang Ketua Pembangkang PR, Datuk Seri Dr Wan Azizah menafikan PR telah berkubur dan berusaha untuk 'salvage' maruah perikatan yang tidak henti-henti dengan drama yang amat sinis dan penuh kepalsuan.

Rakyat seharusnya berpandangan jauh dan dapat menilai sendiri, metode yang digunakan PR selama ini bertujuan mengabui mata penyokong dan sekadar mendapat undi untuk bersuara tanpa kesungguhan untuk membawa kebaikan.

“Perjuangan yang dilaungkan mereka sudah tidak tahu ke mana dan ikrar bersatu untuk mengubah pentadbiran Malaysia hanya tinggal sekadar janji manis untuk sedapkan halwa telinga pengundi,” katanya Wee.


Parti politik baharu yang dicadangkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk menyertai pakatan pembangkang akan menjadikan PR mengesahkan perpecahan dalaman parti PAS agak ketara. Lebih ketara lagi, mereka dianggotai golongan yang masih bersandiwara di istana pasir.

Dalam hal yang sama, masih kekal beberapa pemimpin PAS setelah berkuburnya PR, masih berdampingan DAP ...yang pasti agak sukar menerima kenyataan dan melepaskan kerusi jawatan dan kuasa.

No comments:

Post a Comment