Baru-baru ini satu program anjuran Pusat
Khidmat Parlimen Kota Tinggi dan Yayasan Mesra dengan kerjasama Pejabat Daerah
Kota Tinggi, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi, PIBK Parlimen Kota Tinggi
dan Biro Pendidikan Kota Tinggi telah diadakan.
Objektif penganjuran program yang memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran kepada rakyat Malaysia khususnya golongan pendidik dalam menangani gejala ini dan sekaligus memastikan teknologi komunikasi dan maklumat serta penggunaan Internet digunakan untuk tujuan yang berfaedah.
Langkah proaktif dan bersesuaian
memandangkan dewasa ini, pengaruh media sosial ke atas institusi kekeluargaan
semakin menuju ke tahap kritikal. Menyedari keruntuhan yang hanya akan merugikan masa depan generasi dan negara, langkah-langkah kesedaran yang dilaksanakan Ahli Parlimennya, YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid patut diberikan sokongan oleh orangramai khususnya penduduk setempat Parlimen Kota Tinggi.
Sepanjang sesi program peserta didedahkan pelbagai jenis ancaman dan perlakuan yang dikategorikan sebagai jenayah siber yang dapat
dielakkan oleh para pendidik. Program telah dirasmikan oleh Encik Md Din Bin Hussien,
Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi.
No comments:
Post a Comment