Sunday, September 20, 2015

MCA Kukuhkan Kedudukan

Kedudukan sahsiah MCA semakin diusahakan pertambahan kerusi bukan sahaja di Semenanjung Malaysia tetapi semakin menampakkan perkembangan memberansangkan di seberang Laut China Selatan di Negeri Bawah Bayu; Sabah.

Minat dan usaha ke arah itu lantaran berlakunya persempadanan baru bagi kawasan Pilihan Raya yang hangat dibincangkan dan bakal disaksikan di dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. Begitulah kenyataan yang disuarakan YB Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA yang juga merupakan Pengerusi MCA Negeri Sabah.

Dr. Wee memaklumkan, "MCA Sabah tidak menghadkan pengaruhnya di dalam sempadan politik sediada. Malahan akan meminta pertambahan kawasan termasuk kerusi Parlimen bagi membantu Barisan Nasional (BN) mempertahankan kuasa di sini," selepas uparacara perasmian Konvensyen MCA Negeri oleh Presidennya, YB Dato' Sri Liow Tiong Lai tadi. 

MCA akan terus berusaha untuk memenangi kerusi kerusi DUN Luyang dan Kepayan. DUN Luyang dimenangi YB Tn Dr.Hiew King Cheu dari DAP yang kemudiannya menyertai MCA. Bagi Dr. Wee, Sabah dan Sarawak adalah obor harapan yang perlu dijaga kerana ia kekal menerap semangat harmoni di kalangan pelbagai etnik.

Perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak perlu dicontohi semua rakyat Malaysia, berbeza dengan perhimpunan yang boleh diintepretasikan sebagai perhimpunan perkauman yang hanya memudarat dan mencetus jurang antara kaum yang terbina sekian lama.

"Kerajaan Negeri dan rakyat di kedua-dua buah negeri berkongsi aspirasi yang sama. Mereka saling menghormati di antara satu dengan yang lain. Pandangan dan pemikiran yang baik akan membantu kukuhkan parti manakala berburuk sangka akan merosakkan parti dan dijadikan bahan jenaka." tambah Wee sambil berpesan kepada ahli MCA agar tidak bercakaran sesama sendiri.






No comments:

Post a Comment