"FGV mempunyai tenaga kerja lebih 55,000, termasuk pekerja asing, di Malaysia dan di luar negara. Terdapat banyak cabaran kerana kita berurusan dengan pekerja dengan tahap pelbagai kemahiran di kawasan bandar dan pedalaman di mana perniagaan dan operasi kami berada.
"Untuk mengembangkan sebuah syarikat yang kukuh, kita perlu memastikan sumber manusia diurus dengan baik. Sumber manusia perlu mengikuti perkembangan trend terkini dan isu-isu yang melibatkan pekerja, " menurut kata Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah selaku Presiden Kumpulan FGV dan Ketua Pegawai Eksekutif, berkata FGV komited ke arah kecemerlangan sumber manusia kerana ia mengiktiraf kepentingan pengurusan bakat dalam mencapai visi menjadi pemain global 10 perniagaan agrotani.
Kejayaan FGV yang diakui sektor sumber manusia antarabangsa adalah bukti jelas, usaha yang dibuat Kumpulan Felda dan dianggotai antaranya YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid di dalam Lembaga Pengarah sedang meniti pelan pembangunan buat kebaikan bersama masyarakat peneroka dan perlu diberikan sokongan.
Majlis dihoskan Human Resources, sumber terulung berkaitan sumber manusia di Asia, dan diadili panel pengarah HR seluruh Asia. Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia (HDF) dan Talent Corporation Malaysia turut menaja majlis penganugerahan tersebut.
Mohd Najid Md Yahya, Ketua Pegawai Sumber Manusia, Kumpulan FGV telah menerima anugerah bagi pihak korporat di Kuala Lumpur pada 17 September yang lalu.
No comments:
Post a Comment