Tuesday, September 08, 2015

Biadap Bukan Budaya Negara

Sebanyak 297 laporan Polis sehingga pagi semalam (7hb Sept) telah dibuat bagi mendesak perbuatan memijak potret pemimpin oleh empat individu yang bertindak kurang ajar sepanjang BERSIH 4.0 di kotaraya Kuala Lumpur pada 30hb Ogos lalu, diambil tindakan tegas.

Tindakan peserta Bersih 4.0 pada hari ke dua itu dihadiri kira-kira 25,000 orang dengan anggaran 90 peratus dari masyarakat Cina yang dipercayai penyokong DAP itu mengundang kemarahan dan kurang senang khalayak ramai, dengan perlakuan yang amat biadap seolah menjadi agenda atau pesta.

Agaknya, lebih membuak lagi pihak anarkis ini kerana, sebelumnya program himpunan sebegini mendapat sokongan dari kepimpinan dan ahli PAS, namun kini tidak lagi setelah PAS telah keluar dari perikatan DAP dan PKR. Potret Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang yang di"edit" berpelukan dengan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib dijadikan sasaran, dipijak-pijak oleh empat individu yang sedang dikesani oleh pihak Polis DiRaja Malaysia.

Perlakuan sebegini jelas tidak menggambarkan masyarakat pelbagai kaum dan budaya yang terkenal dengan kesopanan bertitik dari pengalaman hitam yang lampau.

Tindakan hasutan DAP kepada peserta Himpunan BERSIH 4.0 jelas mengapikan dan tidak langsung mencerminkan kematangan sedang rakyat Malaysia meraikan Hari Kebangsaan yang ke 58. Mereka; pihak Pembangkang langsung tidak meluhurkan undang-undang dan Perlembagaan sepertimana yang dilaungkan selagi tidak memenuhi kehendak dan citarasa mereka.

MCA melalui kenyataan Presidennya, YB Dato' Seri Liow Tiong Lai telah melahirkan rasa kesal dan mengecam perlakuan penuh kebiadapan itu. MCA mengambil sikap bersederhana dan perpaduan di dalam menyelesai sebarang permasalahan bertentangan dengan sikap parti DAP yang terang-terangan menggalakkan konfrontasi dan ketegangan antara kaum.