Tuesday, September 22, 2015

Tenaga Kerja Wanita DiSasarkan

Dalam satu ucapannya, YB Datin Paduka Chew Mei Fun menegaskan Kerajaan Malaysia telah memulakan beberapa program untuk mencapai sasaran 55% penyertaan wanita di dalam skop tenaga kerja pada tahun 2015 dengan 30% sasaran wanita sebagai pengarah dalam Lembaga Pengarah syarikat awam yang disenaraikan (PLC) di Malaysia.

Ucapan beliau itu dibuat ketika di "High Level Policy Dialogue on Women and The Economy" baru-baru ini dalam sidang dialog yang ditetapkan "2015 APEC Women and The Economy Forum" dianjurkan oleh Jabatan Perdagangan dan Industri Filipina di Manila dengan tema "Women as Prime Movers of The Inclusive Growth"  dalam kapasitinya sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Datin Paduka Mei Fun adalah di antara pegawai tinggi kerajaan di samping wakil-wakil dari negara-negara anggota APEC dari Filipina, Australia, Brunei Darussalam, Canada, Chile, China, Indonesia, Jepun, Republik Korea, Papua New Guinea, Singapura, Chinese Taipei, Russia, Peru, New Zealand, Thailand, Amerika Syarikat, Vietnam dan Mexico di dalam forum yang dirasmikan oleh Gregory L.Domingo, Menteri APEC yang bertanggungjawab bagi Perdagangan dan Setiausaha forum. 

Mei Fun telah memaklumkan antara program-program oleh Kerajaan Malaysia bersangkutan tenaga kerja wanita: mengadakan sebuah portal 'Flexworklife.my' dengan membina rangkaian bakat dan majikan, potongan cukai dua kali bagi menanggung kos latihan untuk wanita, atau buat majikan yang melaksanakan dan menambah baik amalan kerja fleksibel dalam organisasi mereka; sokongan dan bantuan insentif kepada majikan yang menyediakan program untuk wanita kembali bekerja selepas tempoh berehat kerjaya dan lain-lain.

Kerajaan Malaysia juga telah melancarkan Program Career Comback, bagi menggalakkan golongan wanita untuk kembali ke pasaran pekerjaan. Geran Career Comeback diilhamkan untuk menggalakkan syarikat-syarikat mengambil wanita yang berehat dari kerjaya. Manakala geran Resourcing dan geran Retention yangdigariskan diharap dapat menarik dan mengekalkan ramai wanita berkerjaya yang berehat lebih dari jangkamasa enam bulan, tambah beliau.

Program yang digarapkan akan terus kekal di dalam Rancangan Malaysia Ke 11 dengan matlamat baru pencapaian 55% penyertaan wanita dalam tenaga kerja pada tahun 2020 sasaran 30% dari mereka menjawat jawatan pengarah  di dalam lembaga pengarah syarikat awam yang disenaraikan.

No comments:

Post a Comment