Thursday, September 17, 2015

Keharmonian Antara Kaum @mpkotatinggi

Kemerdekaan negara sudahpun disambut genapnya 58 tahun. Kini pada 16hb September, kita menyambut pula Hari Malaysia yang lebih menerapkan aspek perpaduan dan persempadanan wilayah yang lebih luas.

Bertitik tolak dari hasrat memenuhi kehendak dari rakyat negeri-negeri Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak ke arah  pembentukan Malaysia, ianya dipenuhi pelbagai cabaran dari penarikan diri Brunei akibat beberapa tuntutan Baginda Sultan Brunei yang tidak dapat dipenuhi. Filipina pula menyulitkan proses penubuhan apabila menuntut sebahagian negeri Sabah sebagai miliknya hingga pernah memutuskan hubungan diplomatik.

Di pihak Indonesia pula, dasar konfrantasi dengan solgan "Ganyang Malaysia" kerana dianggap menggagalkan rancangan Soekarno untuk Indonesia Raya melancarkan beberapa siri keganasan sehinggalah Parti komunis Indonesia dirampas kuasanya.

Antara sisipan sejarah itu, lebih perit dengan perpisahan Singapura dari Malaysia yang dianggap sebagai pertalian paling rapat. Keretakan hubungan Singapura-Malaysia mulai menampakkan taring pada PilihanRaya Pertama Malaysia pada tahun 1964. Ketegangan disengatkan Singapura, mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu akibat polarisasi kaum dibangkitkan pelampau-pelampau Cina Singapura hingga menyebabkan perpisahan itu dan diluluskan Parlimen pada 9hb Ogos 1965 melalui Rang Undang-Undang Perpisahan.

Negara Malaysia yang baru pulih dari sengketa dikejutkan pula denga peristiwa perselisihan kaum; satu detik hitam dan berdarah pada 13hb Mei 1969. Namun hasil kesungguhan dan penat lelah kepimpinan negara, rakyat Malaysia kembali memperbaiki hubungan antara kaum dalam menjamin kedaulatan negara. Memupuk perkongsian dan kesefahaman demi kepentingan negara dan generasi bangsa melalui kematangan politik dan kepentingan sosio-ekonomi bersama.


Sebagai seorang pemimpin mewakili rakyat pelbagai masyarakat dan etnik, YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid telah menggarap misi dan visi yang jelas, menjaga keharmonian antara kaum itu dengan kegiatan yang membuktikan kesederhanaan dan suasana muafakat.

Harapan beliau agar masyarakat Malaysia khususnya di Parlimen Kota Tinggi, mencari kesamaan di dalam memelihara maruah serta kesopanan bangsa walaupun kita dari fahaman dan struktur kehidupan yang berbeza, haruslah disambut di dalam menjamin sebuah negara yang terbilang dan gemilang di dalam kesyukuran sambutan Hari Malaysia.

No comments:

Post a Comment