Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Harapan. Show all posts

Wednesday, February 15, 2017

Guan Eng Bermain Perasaan Rakyat Membelakangkan Fakta

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Harapan memberikan pengecualian cukai pintu kepada pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana dan rumah kampong adalah satu langkah yang bijak??? Sedang Kerajaan negeri pimpinan Lim telah turut menggenakan kenaikan tarif air sebanyak 18.8 peratus dan memperkenalkan surcaj air dengan alasan langkah penjimatan air di Pulau Pinang sejak tahun 2015.

“Pengecualian cukai ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan yang dapat dimanfaatkan oleh pemilik rumah kos rendah, rumah kos sederhana rendah dan rumah kampung adalah sebanyak RM14, 093,705.78, di mana cukai pintu yang sepatutnya dipungut pada tahun 2017 oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ialah RM8, 058,628.78 dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak RM6, 035,077.00, mengakibatkan bebanan tanggungan GST oleh Kerajaan Negeri sebanyak RM46.2 juta untuk tahun 2017” kata Lim.

Beliau turut mengumumkan pemotongan cukai pintu enam peratus untuk semua hartanah lain termasuk hartanah komersil. “Potongan 6 peratus ini akan memberikan penjimatan kepada pemilik di kawasan MBPP sebanyak RM11, 829,732.70 dan MPSP sebanyak RM9, 907,892.00. Potongan 6 peratus cukai pintu ini akan menyebabkan beban kewangan sebanyak RM21.74 juta kepada MBPP dan MPSP,” katanya lagi.

Sekali pandang, tidak dinafikan langkah tersebut membuktikan kepekaan dan prihatinnya kepimpinan negeri akan bebanan yang ditanggung rakyat berpendapatan rendah dan sederhana ekoran perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) sejak diperkenalkan pada 1hb April 2015 oleh Kerajaan Pusat adalah satu tindakan yang mulia di pihak kerajaan negeri?
Hakikatnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengenakan kenaikan cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sebanyak 14.75 peratus bagi setengah tahun pertama pada tahun 2015 yang telah memberi kesan langsung kepada kos sara hidup penduduk di negeri ini, malahan kenaikan itu tidak disusuli peningkatan kualiti perkhidmatan yang memberikan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat negeri ini.
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/cukai-pintu-pulau-pinang-naik-tahun-depan-1.336286
http://www.thesundaily.my/news/1236160

Bagaimanapun mengikut Akta CBP 2014 (GST Act 2014), cukai pintu yang dikutip pihak berkuasa tempatan tidak tertakluk kepada GST sebagaimana yang didakwa Lim Guan Eng. Jika benar Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng menggenakan GST ke atas perkhidmatan pihak berkuasa kerajaan tempatan, secara terang dan jelas, kepimpinan negeri telah mencabuli Akta GST. Sila rujuk kepada halaman 10 mengenai cukai pintu oleh pihak berkuasa tempatan.
http://gst.customs.gov.my/ms/rg/SiteAssets/industry_guides_pdf/PANDUAN_KERAJAAN_PBT_BADAN_BERKANUN_04032016.pdf

Rakyat Pulau Pinang khususnya dan seluruh Malaysia amnya dibohongi dan dihasut politik kotor tindakan tidak mengutip cukai pintu kepada perkhidmatan yang disediakan Kerajaan Pusat melalui pihak berkuasa tempatan, sebaliknya kutipan hasil cukai tanah terus dibuat dan dikutip bagi pentadbiran Kerajaan negeri. Lim Guan Eng dan kepimpinan negeri acapkali bertindak mencabar kerjasama dan hubungan antara kerajaan dan rakyatnya.

Wednesday, December 21, 2016

Malaysia’s First Interim PM, A Perfect Manchurian

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, the wife of Datuk Seri Anwar Ibrahim, presence in Malaysian political scene has certainly attributed to her husband’s brush falling out with the ruling Barisan Nasional in 1998, failing to become the next Prime Minister. 

As Anwar, the voice to Refomasi movement, founder and leading figure of Parti KeADILan Rakyat (PKR) political career tainted with criminal charges that caused him to be prisoned, came to a halt, Wan Azizah stepped into active politics as Member of Parliament (MP) for Permatang Pauh in 1999. 

She continued her role as President of PKR in Anwar’s absence. Wan Azizah carried on the role of MP less any responsibilities, due to her concerned and love for Anwar until she stepped down, soon after winning the 2008 General Election to make way for Anwar’s return to contest in a by-election. 

Fading from the national political stage, Wan Azizah makes a political comeback through the Kajang by-election in 2014. She was elected the Selangor state legislative assembly member, but failed to attend the flood woes of her constituents with Chief Minister Azmin Ali pledge to help but aggravated the situation to water supply disruption faced by Klang Valley population! 

The Japanese fan lady, with her demure looks, make another startling political move, when Anwar was convicted of sodomy charges in 2015, forcing another by-election in and Azizah came out victorious. What about her constituent’s well-being with flood woes? This time around, Chief Minister Lim Guan Eng followed suit, and Penang hit by flash floods. 
Anwar had failed to overturn his conviction recently. Under Malaysian law a person is banned from political activities for five years after the end of his sentence. Thus Wan Azizah’s name became the choice as Prime Minister as proposed by Lim Kit Siang, should the Opposition coalition come into power. 

Lim Kit Siang is experienced, crafty and a cunning politician. He acknowledges Wan Azizah is politically inept, however if he positioned himself for the prime minister of Malaysia, as most Malaysian has come to know, certainly the Malays would outright object the idea. 

Lim will plant ideas and suggestions into Wan Azizah’s mind and have her believe those ideas and suggestions are her own. In letting Wan Azizah into office, will allow Lim to manipulate the direction of the government without having to bear responsibility when problems arise. 

Wan Azizah as the interim prime minister, may unwittingly or willingly allow herself serves as a tool of DAP again, concentrating her efforts to have her husband released from prison while the voters and the Rakyat is again fooled. 

Even a cat might jump out of its skin, considering a first Malaysian women for interim Prime Minister!

Wednesday, September 23, 2015

Sunting Pasangan Baru Sedang Bercerai Tiada

Semalam dalam satu sidang meja bulat di Subang Jaya, pembentukan gabungan baharu telah diumumkan Dr Wan Azizah menyaksikan gabungan terdahulu Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS sejak tahun 2008 kini telah “berkubur” dan berganti dengan “Pakatan Harapan” dianggotai pula DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) sebuah parti serpihan PAS; lantaran tertewasnya barisan pro Anwar dan Liberal pada Muktamar PAS yang lalu.

“Amat terkilan, aneh lagi ganjil…” begitulah ulasan YB Datuk Ir. Dr Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA apabila diminta mengulas perkembangan tersebut. Sekian lamanya perikatan terdahulu terbentuk dan kini mempamirkan kisah-kisah yang boleh ditafsirkan sendiri oleh rakyat lebih-lebih lagi di Negeri Selangor yang ditadbir dengan wakil-wakil rakyat dari DAP, PKR dan PAS.

Ini jelas menunjukkan semangat setiakawan dan perjuangan Pakatan Rakyat selama ini lebih bersifat sementara. Apa tidaknya?! Kalaulah benar Pakatan Rakyat kini sudah 'pupus' dan berganti dengan Pakatan Harapan (sedangkan PAN masih  belum mendapat kelulusan penubuhannya oleh Pendaftar Pertubuhan) disunting sebagai pengganti PAS yang masih bertaring.

Kerusi yang dimenangi PAS terus kekal dalam Kerajaan Selangor bersama DAP dan PKR. Inikah bersatu-padu dalam takrif dan literasi untuk kekal mentadbir dan menjarah kepercayaan rakyat negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya? Bila diperlukan, bermanis mulut. Tidak bersetuju, maka disisihkan.

Bagaimanakah yang dikatakan Pakatan Rakyat masih utuh, jika PAS dikecualikan? Atau PAS hanya kekal dalam keadaan tertentu bagi menjamin kedudukan kerusi "Exco" dan mentadbir negeri tidak terancam dan tidak mengganggu-gugat kepentingan peribadi ahli-ahli Dewan Undangan yang bersandiwara itu.

"Tapi kalau satu perkahwinan yang sah tiga orang dalam satu keluarga tidur sekatil…tiba-tiba dia cari seorang dari luar (serpihan dari PAS) dan tarik sama-sama duduk satu katil, saya pun tak tahu ini Pakatan apa? Belum bercerai talak tiga, dia boleh cari yang baru", begitulah betapa sinis keadaan dan analogi yang dibuat Wee akan keadaan yang menimpa PAS. 

Apalah harapan dan masa depan rakyat dengan permainan politik mereka ini?

Terdahulu dari itu, Datuk Wee telah mempengerusikan mesyuarat 'MCA Education Consultative Committee' di Wisma MCA pagi tadi. Antara yang diutarakan dalam mesyuarat tersebut, aduan daripada ibubapa dan murid-murid Cina yang melahirkan kebimbangan kertas ujian UPSR, Bahasa Cina yang didapati 40% jauh lebih sukar berbanding peperiksaan UPSR pada tahun lepas dibandingkan hasil dari kertas tersebut diambil oleh pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat. 

Berdasarkan keputusan melalui kaedah penilaian saintifik juga maklumbalas dari golongan pendidik Cina, Datuk Wee berkata MCA akan mengemukakan laporan kepada Menteri Pelajaran untuk dinilaikan. Turut disuarakan adalah soalan kerta Cina UPSR dikatakan disalian dari model peperiksaan SPM.