Tuesday, October 20, 2015

Persidangan Di Beijing Menggalakkan

Negara China sesungguhnya mempunyai pelbagai produk yang memukau dunia luar di samping keluasannya sebagai negara ketiga terbesar di dunia dan kedua selepas Rusia. Tambahan pula Negara China mempunyai pertalian sejarah yang rapat dengan Malaysia semenjak Laksamana Cheng Ho belayar ke Melaka dalam utusan mengahwinkan Puteri Hang Li Po sebagai isteri keempat Sultan Mansyur Shah pada abad ke 17. 

Dalam keadaan sedemikian sejarah perdagangan turut mendapat perhatian di antara benua Eropah dan Negara China di Laluan Sutera sejauah lebih 7,000 km dari Rome. Ia merupakan laluan pengaruh rempah yang diterujai bangsa Eropah dan terkisah dengan pengembaraan Marco Polo dengan perjalanannya yang dirakam dalam karya Il Millione (Perjalanan Marco Polo).

Potensi sejarah dan ekonomi serta pengaruhnya menggamit lagi dan kini Malaysia turut disengat nostalgia kegemilangan era yang melahirkan sikap ingin tahu dan menggembara. 

garisan berwarna kuning masih belum ada rangkaian 
dirangkakan
Mana tidaknya, Menteri Pengangkutan, Dato' Sri Liow Tiong Lai telah hadir di Persidangan Khas Parti Politik Asia Mengenai Laluan Sutera di Beijing, China dalam membincangkan perapian rangkaian hubungan rel Kunming ke Singapura. Rangkaian hubungan rel yang dikenali "The Pan-Asia Railway"  begitu mendapat ransangan dan sokongan ramai bila diperkenal dan menyentuh inisiatif Laluan Sutera oleh Negara China yang bakal menyaksikan perlaksanaan yang pesat seiring memajukan cadangan itu.

Sesi selama 3 hari di Beijing itu dan berakhir pada 16hb Oktober telah dihadiri wakil-wakil dari lebih 60 pertubuhan parti politik dan organisasi dari lebih 30 buah negara. 

Garis hubungan rel dan jalan darat serta perkapalan era 21, satu rangka kerja yang diletakkan oleh Presiden China, Xi Jinping bakal memupuk hubungan dan kerjasama di kalangan negara di dalam laluannya.

Menurut kata Liow, "Kami melihat dengan jelas keyakinan negara-negara yang turut hadir pad cadangan itu dan bertekad mmenyiapkan projek rel keretapi. Selesainya "The Pan-Asia Railway", pastinya akan mengiatkan ekonomi negara terbabit."

Sebuah badan kewangan Laluan Sutera dan pelaburan infrastruktur Asia telah ditubuhkan bagi menyokong pembangunan infrastruktur projek demikian. Pastinya dengan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, perlu memastikan hubungan ekonomi yang mapan bukan sahaja buat kawasan itu tetapi juga melibatkan kumpulan ekonomi seperti Asean+3, Asean+6 juga termasuk Wilayah Perkongsian Ekonomi yang Komprehensif, kata Liow lagi.

Sebagai mengulas lanjut konsep kordinasi polisi yang juga merupakan antara 5 aspek perhubungan, Liow menegaskan perlunya negara yang terlibat menggariskan polisi bagi membolehkan penyertaan rakan luar di dalam sektor yang telah dikenalpasti; pelancongan, perdagangan dan pelaburan,  kejuruteraan dan komunikasi, industri kecil dan sederhana, keusahawanan dan pembangunan, di samping logistik dan pembangunan infrastruktur yang akan mencetuskan peningkatan perniagaan.

Dato' Sri Liow menekankan dengan membenarkan pemilikan ekuiti sekurang 40% di pelabuhan, pastinya negara akan berjaya memanafaatkan inisiatif Laluan Sutera. Sebagai contohnya akan mengerat dan memencakkan hubungan dua hala Melaka dan Guangdong yang belum pernah terjalin sebelum ini.

Di pihak Malaysia dan Singapura, sudah pasti inisiatif ini mengesahkan keperluan dan pembinaan projek HSR yang sedang dalam proses dan menguntungkan buat semua.

No comments:

Post a Comment