Monday, October 19, 2015

Simposium SPAD Kaedah Terbaik Perbincangan

Kita diperlihatkan perkembangan yang pesat sekali dengan permintaan ke atas pengangkutan awam darat dewasa ini. Betapa sistem pengangkutan awam darat melalui proses perubahan dan penambahbaikan yang membantu memaju kehidupan dan kerancakan ekonomi Negara khususnya dan dunia, amnya.

Perancangan "The Greater KL and Klang Valley" telah menghasilkan integrasi pengangkutan awam yang amat progresif pernah diusahakan oleh negara dengan sistem rel, jalan darat melibatkan sistem pengangkutan bas, keretapi, sistem transit ringan, monorel dan teksi. Dan pastinya tidak terkecuali HSR yang sedang didalam proses Request For Information (RFI).

Simposium yang dianjurkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) itu bertajuk “Journey Into The Fure: Building People Centric Mobility” bakal berlangsung selama dua hari pada 17hb dan 18hb November di dua lokasi yang berlainan.

Pada 17hb November, sebuah majlis penganugerahan pencapaian industri dan makan malam dijadualkan di  Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur. Manakala sidang perundingan pula akan berjalan di Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur pada keesokan harinya; 18hb November.

Acara Simposium yang dimaksudkan ini adalah dianjurkan buat kali ke empatnya sebagai satu pentas di mana semua pemain industri pengangkutan awam darat, pembuat dasar, pihak kerajaan, para penuntut, para akademik dan pihak awam mengambil peluang untuk berbincang dan mencapai rumusan yang terbaik di dalam sektor ini untuk masa hadapan oleh SPAD.

Tema, “Journey Into The Fure: Building People Centric Mobility” dipilih untuk tahun ini adalah selari dengan Kesatuan Rel Antarabangsa (UIC).

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar dijadual menyampaikan ucaptama beliau pada 18hb November nanti. Sebanyak 8 pembentangan kertas kerja akan diutarakan adalah berkisar dengan cabaran dan hubungkait dengan perhubungan manusia yang lebih mencabar di masa hadapan. Antara topik bicara yang menarik perhatian turut adalah peranan pengangkutan awam darat yang menghubungkan ASEAN dan Pengangkutan awam darat yang mampan bagi bandar-bandar hijau.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai majlis ini boleh dapatkan aturcara simposium dan penyertaan di http://www.spad.gov.my/sites/default/files/v9_table_and_conference_form_lpt_symposium_2015_complete.pdf