Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Dewan Rakyat. Show all posts

Tuesday, November 24, 2015

Kritikan Pembangkang DiPatahkan Datuk Ehsan

Sesuatu yang menarik perhatian kali ini di dalam Sidang Dewan Rakyat, adalah usaha pihak Pembangkang dan penyokongnya ingin mempersoal integriti dan kewibawaan YAB Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan kabinet Kerajaan Malaysia.

YAB Dato' Sri turut didesak mengundurkan diri sebagai Perdana Menteri dan dicabar sokongan ke atas Belanjawan Tahun 2016 yang telah dibentangkan pada 23hb Oktober lalu di dewan yang mulia; Dewan Rakyat.
Ahli Parlimen, Liew Chin Tong (DAP - Kluang), ketika menyoal di dalam perbahasan Belanjawan lebih berbentuk pertuduhan yang tidak berlandaskan fakta dan kefahaman yang cetek. Dan sekali lagi menabur FITNAH adalah merupakan ruji di kalangan ahli politik Pembangkang terutamanya seperti yang diluahkan Ahli Parlimennya seperti Liew. 

"Tentang peruntukan untuk JPM. Sebenarnya RM8.5 bilion dalam peruntukan pembangunan itu bukan untuk agensi tetapi untuk Perdana Menteri dan untuk beliau berikan kontrak ataupun projek secara budi bicara ataupun ikut suka hati. Minta komen." begitu nada dan soalan Ahli Parlimen Kluang.
Kali ini, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) sebuah agensi yang memayungi tidak kurang dari 93 buah agensi seperti PR1MA, APMM, UKAS, Bencana, UPEM, ESSCOM dan sebagainya yang mana pengurusan agensi-agensi ini adalah di bawah peruntukan pengurusan daripada JPM yang menjadi sasaran Pembangkang. YB Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid, Ahli Parlimen (BN - Kota Tinggi) sebagai memulakan hujah menyanggah kritikan demi kritikan dari pihak Pembangkang yang jumud membantah dan tidak bersetuju tanpa melihat pecahan peruntukan untuk pembangunan.

Belanjawan 2016 yang diperuntukan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah merupakan salah satu daripada peruntukan yang agak besar di mana hampir RM45 bilion untuk pengurusan dan hampir RM20 bilion pula untuk pembangunan. Di antara peruntukan pembangunan Belanjawan 2016 untuk agensi adalah RM5.6 bilion diperuntukan kepada UKAS bagi menggalakkan penglibatan swasta untuk merancakkan pelaburan domestik tanpa terlalu bergantung kepada pelaburan asing, Datuk Ehsan ketika menjawap soalan yang dikemukakan Liew. 
Sebagai contoh, peruntukan sebanyak RM1.1 bilion pembinaan jalanraya dari Johor Bharu ke Nusa Jaya telah dibiayai melalui UKAS. Keadaan ini dapat mewujudkan jalan utama dan secara langsungnya akan merancakkan pembangunan di Iskandar Malaysia dan dengan pesatnya akan memberi peluang kepada masyarakat setempat dan rakyat Malaysia, umumnya. 

Perlu diingatkan UKAS, JPM adalah agensi pusat yang dipertanggungjawabkan untuk menyelaras projek-projek Penswastaan, public private partnership (PPP) dan projek kerjasama sektor awam-swasta yang memberi impak kepada ekonomi negara dan boleh diberi suntikan dana "facilitation fund".

Dasar Penswastaan yang telah dilancarkan sejak tahun 1983 adalah sebahagian usaha meningkatkan peranan sektor swasta dalam pembangunan ekonomi negara. Usaha ini telah membantu mengurangkan beban kewangan dan pentadbiran Kerajaan, meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, mengurangkan saiz dan penglibatan sektor awam dalam ekonomi  dan membantu mencapai matlamat dasar ekonomi negara yang lebih mapan. 

Datuk Ehsan mengulas lagi pendekatan baru yang kerajaan perkenalkan sebagai 'facilitation fund' telah mendapat tambahan sebanyak RM3 bilion. Sebagai contoh lagi, memandangkan nilai hartanah yang tinggi di negeri Selangor dan keperluan untuk Kerajaan membina LRT dan MRT, semua pembelian tanah terpaksa dibiayai Kerajaan Pusat dengan harga yang tinggi. RM2.6 bilion tambahan diperuntukan memlihatkan kemampuan kerancakkan ekonomi melalui pembangunan koridor seperti di Iskandar Malaysia, East Coast Economic Region (ECER) dan Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE). 

Sungguh mengaibkan sekali pihak Pembangkang seperti Ahli Parlimen, Liew, sering mempertikaikan segala usaha yang dirancang dan direncanakan bagi meningkatkan tahap ekonomi negara dan bermanafaat kepada rakyat, bukan sahaja diperlekeh tetapi difitnahkan sebagai peruntukan untuk Rakyat telah dipoton atau dikecilkan di dalam Belanjawan 2016!
Propaganda yang dimainkan "Peruntukan rakyat dipotong, peruntukan ‘Najib’ ditambah" yang dijaja DAP inilah antara dimomokkan sebagai senjata untuk meraih undi tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Soalan paling tepat yang boleh diajukan kepada Pembangkang, apakah Pemangkang begitu kritikal untuk menjatuhkan kerajaan dengan memusuhi kestabilan negara dan kedaulatannya sehingga keharmonian dan pertumbuhan ekonomi rakyat diketepikan dengan menabur Fitnah?

Bersyukurlah ada Ahli Parlimen seperti Datuk Noor Ehsanuddin Haji Mohd Harun Narrashid yang mampu mengesan niat jahat Pembangkang dan menangkis perlakuan mereka. Harapan agar rakyat turut berfikir dua kali malah berkali-kali sebelum menerima seruan dan dakwaan dari pihak Pembangkang yang bersifat mencetus kerengsaan dan memilih huru-hara daripada keamanan dan kesejahteraan.

Wednesday, November 04, 2015

Pencarian Untuk MH370 Belum Berakhir!

Sidang Dewan Rakyat kali ini, semestinya panas dengan isu-isu yang tidak pernah dilepaskan Ahli Parlimen pihak Pembangkang terutamanya untuk mensensasikan keadaan dan memperkecilkan hampir kesemua usaha Kerajaan Malaysia mentadbir negara.

Dalam satu soalan yang dikemukakan Teresa Kok Suh Sim (Teresa Kok) di Sidang Dewan Rakyat pada 2hb Nov 2015 menyentuh perihal perbelanjaan yang ditanggung Kerajaan Malaysia berkaitan malapetaka yang menimpa 2 buah pesawat yang dimiliki Malaysian Airlines (MAS) kini diberi nama Malaysia Airlines Bhd (MAB); penerbangan MH370 dan MH17.

Sebelum itu, Teresa Kok telah meminta Menteri Pengangkutan menyatakan perbelanjaan yang digunakan kerajaan dalam operasi mencari pesawat MH370 dan menangani nahas pesawat MH17 serta nilai pampasan yang diberikan kepada penumpang dan krew kabin yang terkorban dalam kedua-dua nahas tersebut.

YB Dato' Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan menjelaskan; bagi pesawat malang MH370, kos yang ditanggung bagi operasi pencarian kini telah mencecah RM230 juta sehingga bulan Oktober 2015.

Pesawat MH370 dijadualkan perjalanan ke Beijing, Rep. Rakyat China dari Kuala Lumpur dikesani berpatah balik dan hilang dari imbasan radar pada 8hb Mac 2014 bersama kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang telah diishtiharkan telah terkorban. Kerajaan Malaysia terus komited kerja-kerja pencarian yang masih diteruskan dan diperluaskan sehingga 120,000 kilometer persegi dalam kawasan Lautan Hindi.
Pada 6 Ogos lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan serpihan atau flaperon pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di Perancis, Julai lalu adalah daripada pesawat malang MH370.
Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac itu adalah misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut Fairfax Media. 

Selepas empat minggu kehilangannya, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM164 juta).

Kos perbelanjaan tinggi ini telah melibatkan kegunaan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi; di mana dipercayai lokasi terakhirnya.

"Manakala bagi menangani nahas pesawat MH17 kerajaan membelanjakan sebanyak RM12.9 juta," kata Liow bila memaklumkan kos yang ditanggung mengenai pesawat malang MH17 yang ditembak jatuh di ruang angkasa wilayah timur Ukraine pada 17hb Julai 2014 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Peristiwa itu telah menggorbankan seramai 298 orang penumpang dan anak kapal.

Menyentuh mengenai pampasan kepada waris mangsa kedua-dua nahas, Dato' Sri Liow menjelaskan, "Dalam hubungan ini, MAS telah menawarkan bayaran pampasan pendahuluan dan Pakej Bantuan Krew berjumlah RM215,000 (USD50,000) sebagai sebahagian daripada bayaran pampasan penuh kepada waris dan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 dan MH17. Setakat ini sebanyak 236 waris telah menerima bayaran pampasan pendahuluan bagi MH17 dan 74 waris bagi mangsa tragedi MH370. Jumlah pampasan diberikan bagi kedua-dua nahas adalah sebanyak RM71.3 juta (USD16.6 juta)," 

Wednesday, March 25, 2015

Kawal Selia Trak Tunda

Jalanraya adalah laluan orangramai di dalam perjalanan atau urusan seharian masyarakat Malaysia menggunakan kenderaan. 

Ada pemandu yang cekap dan "defensive driving" tidak kurang yang leka dan bersahaja hingga boleh mengakibat bencana atau kemalangan. Tidak kurang juga kerana kelalaian pemandu kenderaan di dalam memastikan semua komponen kenderaan di dalam keadaan selamat.

Namun "malang tidak berbau". Kecelakaan boleh menimpa walaupun si pemandu dalam keadaan berjaga. Komponen kenderaan turut melibatkan "wear and tear" yang diluar jangkaan. Tidak terkecuali ada keadaan atau sikap sabotaj dan tidak toleransi sesetengah anggota masyarakat.

Trak tunda amat sinonim perkhidmatan di dalam mana-mana keadaan kemalangan mahupun keadaan pemandu kenderaan memerlukan bantuan atas kerosakan yang berlaku. Terdapat banyak rungutan dan aduan diterima pihak Kementerian Pengangkutan akan situasi di mana terdapat pengusaha/pengendali trak tunda yang tidak bertimbang rasa dan mengambil kesempatan.

Dalam beberapa keadaan pengusaha/pengendali trak tunda telah menggenakan harga yang melampau ke atas mangsa kemalangan jalanraya ataupun mereka yang terkandas kerana kenderaan rosak.


Menteri Pengangkutan; YB Dato' Seri Liow Tiong Lai melihatkan perlunya satu kawalan selia pengusaha/pengendali trak tunda bagi mengelak caj berlebihan yang dikenakan ke atas mangsa kemalangan jalanraya ataupun kenderaan yang perlu dibantu kerana rosak.

"Pihak Kementerian telah menerima banyak aduan di mana pengendali trak tunda mengenakan caj berlebihan terhadap mangsa dan memeras untuk menunda kenderaan mangsa ke jarak yang lebih jauh.

"Kami akan mengkaji dan mencapai kaedah dan peraturan bagi membendung insiden sedemikian", kata Dato' Seri Liow.

"Langkah ini perlu dikaji kerana ia melibatkan pelbagai agensi," katanya dalam jawapan kepada Sim Tze Tzin (PKR - Bayan Baru) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau turut menjawab soalan YB Sim, yang membangkitkan isu pemandu trak tunda yang tiba di tempat kemalangan dalam tempoh tiga hingga lima minit dan mengenakan harga yang tinggi untuk menarik kenderaan.

Liow, yang juga Presiden MCA, berkata kementeriannya turut akan meningkatkan usaha penguatkuasaan untuk mencegah kejadian pemandu bas yang tidak berdisiplin memarkir di bahu jalan dan di taman-taman permainan.



Tuesday, March 17, 2015

#LembahPantai Celupar

Berdasarkan Artikel 63 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan keistimewaan daripada dikenakan tindakan mahkamah ke atas apa yang dicakapkan ketika prosiding Dewan Negara atau Dewan Rakyat adalah tertakluk pada empat perkara.

Empat perkara tersebut ialah menyentuh Dan mempersoal berhubung:
1. Artikel 153 iaitu hak istimewa orang Melayu,
2. Artikel 152 mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
3. Artikel 181 tentang Raja-raja Melayu dan
4. perkara yang sebagai definisi hasutan menurut Akta Hasutan 1948.

'Janda Baik' @n_izzah Ahli Parlimen ini telah  memperlekehkan soal Artikel 153, 152, 181 dan hasutan di bawah Akta Hasutan, maka beliau boleh diambil tindakan di mahkamah atas apa yang mereka cakap dalam Parlimen.
Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mark Koding yang menyatakan imuniti ahli Parlimen bukan mutlak seperti anggapan umum sebaliknya tertakluk pada sekatan sebagaimana Artikel 63 (4) adalah selari dan menjadi precedent ke atas Nurul Izzah.

Ahli Parlimen sama ada ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara mestilah memastikan setiap perkataan yang dituturkan adalah berpandukan dan selaras dengan kehendak pada Artikel 63 (4) yang ada sekatan.

Akta Hasutan adalah akta terakhir (line of defence; rule of law) ruang lingkup pada akta tersebut adalah luas termasuk pada perkara yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat berhubung penentangan terhadap Raja-raja malah ke atas kerajaan.

Kenyataan-kenyataan yang membangkitkan perasaan saling membenci antara kaum serta kenyataan yang menimbulkan rasa kemarahan atau tidak puas hati pada sistem keadilan negara juga adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan.

Apabila sistem keadilan negara dipersoalkan di Parlimen baru-baru ini hingga membawa rasa tidak puas hati, maka apa yang dibangkitkan itu membawa maksud hasutan di bawah akta berkenaan.

Seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 3 (1) (c) Akta Hasutan yang kesalahannya dinyatakan di bawah seksyen 4 dengan hukuman yang diperuntukkan ialah denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Ada kemungkinan PRK juga di Lembah Pantai. Sementara itu berdondang sayanglah di Balai Polis Jinjang....manakala Duli Wati di Penjara Sg Buloh.

Ahli Parlimen penggal ke Dua masih mencuba nasib untuk memperlekehkan Dewan Rakyat. Hebat telekinesis Anak beranak ni