Showing posts with label BNR. Show all posts
Showing posts with label BNR. Show all posts

Saturday, December 19, 2015

RAPIDKL Kendalikan Semula Dua Laluan Mulai 21 Disember

Di dalam usaha penyusunan semula Rangkaian Bas Henti-henti (Bus Network Revamp) sejak 1hb Disember, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) secara berterusan menyemak semula dan menstabilkan perkhidmatan bas demi keselesaan masyarakat pengguna perkhidmatan bas.
Oleh itu, SPAD melalui satu kenyataan medianya hari ini memaklumkan, penyusunan semula BNR bagi laluan 600 (Puchong Utama - HAB Pasar Seni) di sepanjang Koridor Jalan Klang Lama dan laluan 506 (Putrajaya Sentral - Bandar Utama) di sepanjang Koridor Sungai Besi akan dikendalikan semula oleh RapidKL, berkuat kuasa 21 Disember 2015.

Waktu operasi untuk laluan 600 ditetapkan dari 05:30 pagi hingga 11:30 malam dengan kekerapan setiap 10 minit ketika waktu puncak pagi dan petang, manakala laluan 506 akan beroperasi dari 6:00 pagi -11:30 malam dengan kekerapan setiap 30 minit ketika waktu puncak pagi dan petang.

SPAD terus memberi jaminan bahawa setiap langkah proaktif sedang dilaksanakan bagi menyelesaikan isu-isu operasi pada kadar yang segera demi kebaikan pengguna. Pemantauan SPAD sedang melalui Sistem Hab Pemantauan Prestasi (Performance Monitoring Hub System atau PMHS) ke atas pengendali perkhidmatan ternyata memberikan impak yang diharapkan dan penstabilan perkhidmatan dijangka pada 31hb Disember, 2015 nanti. 
Penyusunan Semula Rangkaian Bas Henti-henti atau BNR ini bukanlah satu pelaksanaan yang statik. SPAD akan bertindak tegas terhadap mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti kekerapan perkhidmatan dan kapasiti bas.

Sebagai pengguna, pintu SPAD sentiasa terbuka kepada penyemakan semula dan pembaikan laluan serta jadual pengoperasian berdasarkan permintaan dan maklumbalas pengguna. 

Orangramai adalah digalakkan menghubungi SPAD di talian 1-800-88-7723(SPAD), untuk menyuarakan pandangan mereka atau emel kepada aduan@spad.gov.my, atau berkongsi maklumbalas melalui media sosial di www.facebook.com/SPAD.my dan Twitter di @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannel

Untuk maklumat lanjut mengenai BNR seperti laluan, jadual bas dan senarai pengendali, sila layari www.spad.gov.my/bnr dan dimuatkan kenyataan penuh media SPAD di sini...

Thursday, December 17, 2015

Pimpinan SPAD Bukan Duduk Dalam Pejabat Sahaja

Menurut Howard Philips Lovecraft, seorang penulis cerita-cerita fiksyen seram tahun 1920an yang masyhur setelah meninggal dunia pernah mengungkapkan, "The oldest and strongest emotion of mankind is FEAR, and the the oldest and strongest kind of Fear is fear of the unknown."

Perubahan adalah satu situasi yang amat sukar diterima oleh khalayak ramai. Mereka berasa selesa dengan keadaan persekitaran walaupun dalam keadaan merungut tidak berpuashati. Sikap dan tingkahlaku ini bukan satu perkara yang anih tetapi sudah dijiwai oleh masyarakat umum tanpa mengenal taraf hidup dan keadaan.
Maka apabila, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melaksanakan penyusunan semula laluan bas henti-henti (BNR) di dalam rangkuman Greater Kuala Lumpur yang bermula pada 1hb Disember lalu, maka pintu keluhan dan rungutan pengguna malah oleh orangramai pun mengetuk pintu dengan andaian penyusunan semula itu bakal bertambah buruk dan menyusahkan mereka.
Sebagai seorang yang pernah berkhidmat rapat dengan rakyat, Pengerusi SPAD, Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar tidak sekadar duduk di dalam bilik pejabat tetapi bertindak mendekati dan menyelami hati pengguna perkhidmatan awam darat dari dekat; meninjau dan mendengar keluhan secara peribadi.

Baru-baru ini, Tan Sri Syed Hamid telah melakukan tinjauan dari KL Sentral ke hub Pasar Seni dan kemudiannya ke Puchong Utama, di mana dikhabarkan banyak berlaku permasalahan akibat BNR. Amalan mendekati pengguna pastinya berkesan memandangkan permasalahan disampaikan kepada beliau tanpa ditapis dengan penuh prihatin dan bersungguh.
Aktiviti turun padang sambil membuat tinjauan turut ditemani Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, En. Mohd Azharuddin Mat Sah di samping beberapa pegawai tertinggi SPAD.

Peluang yang diambil ini dapat mencerminkan keberkesanan BNR disamping pemantauan yang dibuat pihak pengurusan SPAD, tambahan pula dapat menyakiskan sendiri kesungguhan dan atau permasalahan yang dihadapi pihak pengendali bas di salah satu kawasan bertumpuan tinggi.
Pihak pengguna adalah digalakkan terus memberikan kerjasama menyalurkan maklumat kepada SPAD bagi mengatasi kemungkinan permasalahan yang berlaku untuk keselesaan dan kepuasan mereka jua. 

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bagi membantu memperbaiki laluan bolehlah dibuat melalui talian SPAD di 1-800-88-7723 ATAU emelkan pandangan ke aduan@spad.gov.my ATAU sampaikan maklumat semasa melalui www.facebook.com/SPAD.my ATAU @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannnel di Twitter.

Matlamat utama BNR adalah menyediakan perkhidmatan kurang masa menunggu, perjalanan yang lebih pendek dan pemantauan melalui sistem yang digunakan untuk semua pihak yang terlibat; baik SPAD, pengguna mahupun pengendali bas BNR.

Kepada team SPAD yang diketuai Tan Sri Syed Hamid...teruskan usaha penambahbaikan industri pengangkutan awam darat. You've DONE a Good job!

Aspek Getir BNR DiTanggani SPAD

Penyusunan semula rangkaian bas henti-henti (Bus Network Revamp atau BNR) yang dikuatkuasakan Suruhanajaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 1hb Disember tempoh hari ternyata, memberikan peluang kepada SPAD untuk mengenalpasti permasalahan atau kepincangan di dalam urusan perkhidmatan BNR di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna di Greater Kuala Lumpur.

Selama tempoh lebih dua minggu, pengenalannya, pelbagai rungutan yang diambil kira dari suara pengguna, pemimpin masyarakat, pengendali perkhidmatan dan umumnya anggota masyarakat di dalam usaha mempertingkatkan mutu dan penambahbaikan perkhidmatan yang disediakan.

BNR yang dirancangkan SPAD menekankan kepada tiga aspek penting memastikan kepuasan dan kelancaran perkhidmatan kepada pengguna/penumpang di dalam 8 Koridor sepertimana yang ditekankan:

. Kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan kepada 75%
. Masa menunggu serta tempoh perjalan yang lebih pendek
. Pemantauan prestasi bestari melalui penggunaan Perfomance Monitoring Hub System (PMHS) dan Unit OnBoard (OBU)

Pada 16hb Disember, daripada maklumat yang didapati, SPAD telah mengambil tindakan bagi menstabilkan perkhidmatan yang disediakan bagi mengatasi masalah penjadualan bas berdasarkan sistem pemantauan laluan dan juga maklumat oleh pengguna, berikutan kurang kemampuan pengendali untuk mematuhi tiga aspek yang telah ditetapkan SPAD. 

Di sektor utama, seperti di Koridor Jalan Ipoh dan Sungai Besi, yang merangkumi laluan di Kepong, Selayang dan Puchong di mana kekerapan dan masa menunggu yang terjejas, SPAD telah mengambil langkah alternatif jangka pendek agar pengendali syarikat terbabit menyewa 59 bas tambahan sehingga mencapai penyelesaian jangka panjang.

Sebanyak 22 buah bas tambahan bermula dari 18hb Disember dikerahkan untuk laluan di Koridor Jalan Ipoh meliputi kawasan Taman Ehsan, Sri SInar, Bandar Baru Selayang dan Selayang Utama. Manakala 10 buah lagi bas tambahan dikerahkan ke Koridor Sungai Besi merangkumi Serdang dan laluan dari Putrajaya ke Bandar Utama.

Turut terlibat adalah pengendali perkhidmatan BNR di Koridor Lebuhraya Persekutuan yang merangkumi laluan Kampung Delek, Pandamaran, Sri Pendamar, Johan Setia, Sungai Rasau, Banting dan Bandar Klang, sebanyak 27 buah bas tambahan dikerahkan bermula pada 25hb Disember.

Hasil dari itu sebanyak 59 bas tambahan dikerahkan SPAD secara berperingkat untuk memenuhi keperluan di kawasan yang lebih banyak permintaan, di dalam masa yang sama, kekerapan perjalanan turut diperingkatkan dan masa menunggu dapat dikawal. 

SPAD turut menegaskan akan bertindak mana-mana pengendali yang gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam penyusunan semula tersebut. Pemantauan yang dibuat SPAD akan diteruskan melalui penggunaan PMHS dan OBU bagi menstabilkan perkhidmatan yang mana adalah diharapkan akan stabil menjelang 31hb Disember 2015.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai penyusunan semula rangkaian bas, para pengguna atau masyarakat bagi membantu memperbaiki laluan bolehlah dibuat melalui talian SPAD di 1-800-88-7723 ATAU emelkan pandangan ke aduan@spad.gov.my ATAU sampaikan maklumat semasa melalui www.facebook.com/SPAD.my ATAU @aduanSPAD dan ATAU @SPADchannnel di Twitter.


Berikut adalah kenyataan penuh media oleh SPAD.