Thursday, July 09, 2015

Perjanjian Kerjasama Pertingkatkan Hubungan Malaysia-Eropah

Hubungan baik dengan Kesatuan Eropah adalah diantara usaha mengukuhkan hubungan diplomatik dan ekonomi Malaysia. Kehadiran Perdana Menteri, YA Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak ke Sidang Kemuncak Kerangka Kerja Eropah-Asia di Brussels pada Oktober tahun lepas mensaksikan usaha menjamin kestabilan Malaysia dengan perjanjian kerjasama susulan dalam pelbagai bidang dan kepentingan.

Lanjutan dari itu, melihatkan perkembangan keselamatan penerbangan awam lanjutan kepada insiden pesawat malang MH17 isu semasa yang lain , Malaysia kini telah menandatangani satu Perjanjian Kerjasama di antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) dan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC) sebagai usaha memperkukuhkan hubungan negara bersama rantau Eropah dan dipertingkatkan bagi perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam antarabangsa, terutamanya dari aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar.

Satu kenyataan telah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Liow Tiong Lai yang berkata sejajar dengan saranan Malaysia supaya diwujudkan peruntukan bagi pengesanan pesawat komersial secara global dan tepat masa, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) akan juga mengemukakan perakuan bagi peruntukan serupa pada Ogos tahun ini.  

Di dalam memberi ucaptama pada Sesi Plenari ke-34 ECAC bersempena dengan ulangtahun ECAC ke-60 di Strasbourg, Perancis, baru-baru ini, Dato' Seri Liow berasa yakin kerjasama ini akan menjadi pemangkin kepada peluang pertumbuhan sosio-ekonomi antara Malaysia dan Eropah.

Menerusi Perjanjian Kerjasama ini, adalah diharapkan agar hubungan kerjasama yang lebih baik dapat dipertingkatkan bagi perkara-perkara berkaitan dengan penerbangan awam antarabangsa, terutamanya dari aspek keselamatan, pembangunan modal insan, peraturan, penyiasatan kemalangan dan isu berkaitan alam sekitar. Kerjasama diharap akan menggalakkan perkongsian maklumat berkaitan tren industri penerbangan dan juga lebih banyak penglibatan bersama dalam acara dan mesyuarat bertaraf antarabangsa serta kolaborasi inisiatif dan aktiviti latihan yang berkaitan dengan pembangunan sektor penerbangan awam

Mengulas lagi mengenai ucapatamanya Liow, "...saya telah merayu sokongan daripada ECAC terhadap cadangan Malaysia berhubung pengesanan global secara ‘real-time’, jangka hayat bateri kotak hitam yang lebih lama serta perkongsian maklumat secara mandatori antara negara-negara anggota ICAO dan industri penerbangan. Malaysia turut menggesa ECAC untuk bekerjasama dengan ICAO berhubung perkara ini."

Harapan Malaysia adalah mewujudkan ekosistem mampan yang menyokong aspirasi untuk mewujudkan sektor penerbangan antarabangsa yang selamat dan efisien.

No comments:

Post a Comment