Thursday, July 09, 2015

Get Well Rested and Speedy Recovery @weekasiongmp

Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong yang kelihatan lebih kurus dan sedang berehat setelah menjalani rawatan kesihatan telah dikejutkan dengan kunjungan beberapa pemimpin tertinggi MCA di hospital, di mana beliau sedang mendapatkan rawatan, pagi tadi.

Beliau telah menjalani satu pembedahan pada 26hb Jun yang lalu dan dijangka akan kembali bertugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri di penghujung bulan Julai. Datuk Wee begitu tekun sepanjang PilihanRaya Kecil Permatang Pauh dalam usaha mengembalikan kepercayaan masyarakat Tionghua kepada Barisan Nasional (BN), namun BN kerana beberapa isu yang perlukan penekanan yang lebih serius oleh kepimpinan BN Negeri mahupun BN Pusat.

Presiden MCA, Dato Seri Liow Tiong Lai dan isteri yang baru kembali dari luar negeri atas urusan pentadbiran kementerian tidak melepaskan peluang menziarahi Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA. Tidak terkecuali, Datin Paduka Chew Mei Fun, Naib Presiden MCA dan Tan Sri Kuan Peng, Bendahari Agung MCA dan pemimpin MCA yang lainnya turut melapangkan masa untuk menziarahi dan secara tidak langsung meniupkan semangat Dr. Wee segera cergas untuk bertugas.

Dr. Wee begitu terharu dan mengucapkan terima kasih di atas sikap prihatin rakan-rakan seperjuangan yang telah berkunjung dan memberikan sokongan sepanjang beliau terlantar di hospital, terutamanya kunjungan Presiden parti yang kedua kali di dalam kesibukan jadual tugasnya.

Penulis ingin katakan, "Get well rested and speedy recovery Datuk Wee".

No comments:

Post a Comment