Tuesday, August 25, 2015

Teraju Sosio Masyarakat Kota Tinggi

Nun di selatan tanahair wujud sebuah Badan Bukan Kerajaan yang aktif dengan kerja-kerja amal dan menjalinkan titian antara masyarakat setempat dan Kerajaan. Umum ketahui pihak Kerajaan agak terhad turun ke lapangan secara langsung menguliti "touch point" di dalam meneruskan penghidupan seharian dan isu semasa.


Badan Bukan Kerajaan yang dimaksudkan itu, 'Yayasan Mesra' telah ditubuhkan pada 13hb November 2013, di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 diasaskan bersama oleh YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin Bin Hj. Mohd Harun Narrashid, ahli Parlimen Kota Tinggi dan Encik Zamsari Bin Jumani. Yayasan Mesra bermatlamat membantu pembangunan sahsiah masyarakat melalui program-program kemasyarakatan, kebajikan dan pendidikan di dalam usaha mempertingkat dan memperkukuhkan keharmonian masyarakat berbilang kaum berteraskan aspek ekonomi, pendidikan dan sosial. 

Minat yang mendalam Datuk Noor Ehsanuddin di dalam kepersatuan sukarela bergerak secara aktif sejak beliau menuntut di Amerika Syarikat pada tahun 80an. Pernah menjawat jawatan Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Carbondale Club. Menerajui persatuan seperti Pertubuhan Penggiat Kompang FELDA Kebangsaan, Konvensyen Gabungan Pemikir Profesional FELDA (GAPROF 2011) dan Karnival Iktiraf (Ikatan Hati Warga FELDA 2011/2012).



Beliau turut merupakan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan FELDA dan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara di antara tugas-tugas beliau.




Yayasan Mesra telah dilandaskan pergerakan ke arah pemantapan Insaniah dan Sahsiah masyarakat. Telah mewujudkan beberapa pusat pendidikan dan latihan susulan program kemasyarakatan dan kebajikan diaktifkan.

Sebagai sebuah organisasi bukan Kerajaan, Yayasan Mesra telah melaraskan kegiatannya melalui pendekatan kritikal dan analitikal bagi memenuhi matlamat dan objektik penubuhan. Kelangsungan itu, ia memupuk kefahaman di kalangan masyarakat bagi melahirkan kepimpinan masa depan yang akan membentuk masyarakat yang berpotensi intelektual dengan fizikal dan spiritual yang baik. 

Yayasan Mesra telah turut mengambil bahagian membantu menampung dan prihatin kebajikan masyarakat terutama dari aspek kemanusiaan. Inilah antara nilai-nilai murni membina individu Muslim yang berketrampilan dan bertanggunjawab terhadap diri, keluarga, masysarakat serta Negara.


Tidak lupa, aktiviti dan latihan yang komprehensif telah diwujudkan bagi membuka peluang dan ruang perniagaan dan pekerjaan buat anak tempatan dan masyarakat setempat dalam usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka dengan penglibatan Majlis Kerajaan Tempatan, Kerajaan Negeri, Agensi, Jabatan dan Kerajaan Pusat dari masa ke semasa.


Antara kegiatan Yayasan Mesra termasuklah:


Ramai-ramai bersama anggota Marhaban di Majlis Raya Kg Mawai Baru


Program Gotong Royong Perdana bersama penduduk perumahan Taman Pasak Indah

Program Ziarah Mesra: Jalinan Murni yang melibatkan 30 buah rumah di kawasan perkampungan Johor Lama dan Telok Sengat.

Program Ziarah Mesra: Jalinan Murni yang melibatkan 30 buah rumah di kawasan perkampungan Sedili Kecil dan Belukar Durian.

Pelepasan konvoi berbasikal Program Rentas Belia Merdeka Tahun 2015 di SMK Lokman Hakim, Kota Tinggi bagi memupuk jati diri dan semangat kesetiaan kepada Negara oleh YB Datuk Hj Noor Ehsanuddin.

Meraikan anak-anak yatim berbelanja sempena menyambut Aidil Fitri 1436H di Plaza Angsana.

Menitikberatkan pencapaian akademik dalam meniti alam persekolahan untuk kecemerlangan.

Bersama mendekati masyarakat Kuala Sedili, menyalur maklumat semasa dan mendengar pandangan mereka.


Bersma pemimpin pusat dalam mengenengahkan Kuala Sedili sebagai pp[roduk pelancungan.


 Bersama sukarelawan dan petugas Yayasan Mesra menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Parlimen Tanah Merah, Kelantan.


YB Datuk Ehsanuddin meraikan peserta My Diamond, dalam Program Jalinan Kasih Bersama OKU (orang kelainan upaya).

No comments:

Post a Comment