Tuesday, September 15, 2015

MyLesen Buktikan Keprihatinan

Dewasa ini di jalanraya utama mahupun taman perumahan apalagi di luar bandar, penunggang motosikal semakin bertambah bilangannya. Lebih membimbangkan, penunggang motosikal yang menjalani kegiatan harian mereka tanpa lesen. Lebih parah mereka membawa pembonceng. Bayangkan jika berlaku kemalangan! Apakah jalan penyelesaiannya?


Satu Program MyLesen telah dilancarkan di Institut Memandu Surfine Hitech Sdn Bhd, Ulu Langat, Selangor semalam yang mensasarkan 300,000 penunggang motosikal tidak berlesen, mempelajari peraturan-peraturan dan keselamatan jalanraya serta mendapatkan lesen yang sah di dalam tempoh satu bulan. Kumpulan sasaran itu adalah mereka dari peringkat usia 16 tahun dan ke atas.

Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Liow Tiong Lai berharap program dapat dimanafaatkan dan pada kos yang lebih rendah berbanding kos yang ditawarkan pada kebiasaannya. Tambah Liow lagi, dianggarkan 43% penunggang motosikal di bawah usia 25 tahun di kawasan luar bandar tidak berlesen berdasarkan Pelan Keselamatan Jalanraya 2014-2020.

Dato' Seri Liow menggalukan penunggang motosikal mengambil peluang yang disediakan bagi mendapatkan lesen dan mempelajari teknik pemanduan yang betul dan selamat. Ini berikutan 60% kemalangan maut setiap tahun melibatkan penunggang motosikal.


Keadaan ini amatlah membimbang dan merugikan negara. Menurut Liow, "Statistik polis di antara tahun 2010 dan 2012 menunjukkan 32% kematian dan 26.8% kecederaan di jalan raya melibatkan penunggang motosikal tanpa lesen,".

Sebanyak 190 institut memandu seluruh negara mengambil bahagian dalam program ini dari tarikh 15 September hingga 15 Oktober di bawah inisiatif Jabatan Pengangkutan Jalan menawarkan pakej belajar dan menduduki ujian lesen B2 bagi kuasa enjin motosikal di bawah 250cc pada kadar RM299 berbanding minima RM350 yang dikenakan sekarang.

REBUTlah peluang ini sambil membantu kurangkan kadar kemalangan. Jangan Jadikan Diri Anda sebahagian STATISTIK!

No comments:

Post a Comment