Friday, December 18, 2015

DS @liowtionglai Mendengar Keluhan Rakyat

Seseorang pemimpin tidak hanya mengurus atau memantau pentadbiran dari belakang pintu kaca. Dengan kehadiran era teknologi masa kini, sebarang permasalahan dari sudut pandangan positif akan menambahkan keakraban dan mencerminkan pentadbiran yang efisien dan cekap ditambah pula, maklumat disampaikan secara langsung dan semasa.
Begitulah keadaan, apabila Menteri Pengangkutan, Yang Berhormat Dato' Sri Liow Tiong Lai mendapat perkhabaran melalui akaun Twitter beliau, berkeputusan melakukan pemeriksaan mengejut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada hari Isnin yang baru lalu dari mesej seorang pelanggan JPJ mengenai perkhidmatan yang disediakan.
Agak mengejutkan, setiba di sana, Dato' Sri Liow mendapati keadaan pelanggan yang ramai menantikan giliran untuk urusan mereka dilayani pegawai dan petugas JPJ dalam masa yang agak lama berbanding pernyataan Piagam Pelanggan JPJ di kaunter khidmat.
Dari perbualan bersama pegawai JPJ di kaunter JPJ, jelas membuktikan cawangan tersebut tidak mampu melayan 800 orang pelanggan yang hadir untuk urusan kenderaan mereka setiap hari.

Kesesakan di dalam pejabat cawangan tersebut turut menyaksikan kawasan tempat letak kereta yang amat sesak. Ini berikutan kawasan parkir yang tidak cukup luas serta perkhidmatan kiosk yang mempunyai kapasiti yang terhad dan tidak digunakan selepas waktu berkerja.
Kata Liow, "Saya telah mengarahkan Pengarah JPJ untuk mempertingkatkan kelancaran perkhidmatan setelah mendengar sendiri pengaduan oleh pengguna."

Dato' Sri Liow menegaskan memandangkan situasi yang sedemikian, beberapa perkhidmatan JPJ akan diubah ke sistem dalam talian mendepani permasalahan ini untuk jangka masa panjang dan secara langsung memberikan kemudahan kepada orangramai berurusan dengan JPJ tanpa ke kaunter kecuali perlu.

Tindakan Dato' Sri amat tepat dan kena di dalam menghayati kerumitan pelanggan JPJ berhadapan dengan situasi sedemikian rupa. Sudah pasti solusi yang dicapai akan meredakan keadaan pelanggan JPJ yang terpaksa berkorban masa di dalam urusan mereka.

Tegasnya lagi, Program Transformasi Kerajaan adalah untuk meningkatkan kecekapan dan menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. "Dengan mendengar rungutan rakyat dan melakukan pemeriksaan mengejut, ia membantu saya untuk memahami apa yang berlaku di kalangan masyarakat", kata Dato' Sri Liow.

No comments:

Post a Comment