Wednesday, December 16, 2015

Laluan Maritim, Perkukuhkan Ekonomi Negara

Pada 15hb Disember baru-baru ini, satu majlis bertajuk "Enhancing The 21st Century Maritime Silk Road Through Malaysia Forum" telah berlangsung di The Grand Dorsett, Kuala Lumpur. Para peserta forum terdiri daripada wakil-wakil pelbagai agensi dan pemimpin logistik berkaitan perkapalan di Asia yang bertujuna menjalinkan hubungan yang mantap antara merak melalui pembentang kertas kerja dan perbincangan. 

Yang Berhormat Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Liow Tiong Lai, di dalam ucaptamanya dan merasmikan forum telah mengalu dan mengalakkan syarikat-syarikat perkapalan dari Negara China turut mempertimbangkan Sabah dan Sarawak di dalam membangunkan pelabuhan dan perindustrian maritim selain dari Pelabuhan Kelang dan Kuantan. 

Melalui inisiatif perkapalan, rakyat akan memperolehi peluang-peluang baru dan mempertingkatkan daya saing serta ekonomi negara di masa yang sama akan menghidupkan laluan penuh bersejarah di masa silam dan menjalinkan  kerjasama antara negara di sepanjang laluan tersebut dengan pelabuhan di China.
Dato’ Seri Liow turut menyatakan pengendalian kontena di pelabuhan Malaysia dijangka catat pertumbuhan lebih 7.5% tahun ini (2015) daripada 22.67 juta TEU yang dikendalikan tahun lalu. Ini adalah berpandukan kepada peningkatan sektor eksport meskipun dengan kejatuhan harga komoditi dan tidak ketentuan nilai matawang.

Pada tahun 2013, Presiden China, Xi Jinping telah memberikan nama baru "Laluan Sutera" kepada "21st Century Maritime Silk Route" dan turut mengesahkan hasrat China untuk mempertingkatkan penglibatan di Asia Tenggara melalui pelaburan infrastruktur di rantau ini. Kerajaan China dan Malaysia telah juga menandatangani satu rancangan lima tahun bagi mencapai jumlah perdagangan yang bernilai AS $160bil (RM670bil) pada tahun 2017.

Malaysia yang terletak secara strategiknya di sepanjang laluan perkapalan yang sibuk dunia menghubungkan Lautan Hindi dan Lautan Pasifik melalui Selat Melaka, pastinya dengan kerjasama yang erat ini akan beroleh perkembangan dan mengukuhkan ekonomi Kerajaan Malaysia dan China dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan.

No comments:

Post a Comment