Showing posts with label Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Rumah Mampu Milik: Dilema, Polemik dan Tarik Tali Kerajaan Pulau Pinang

“Tiada sebab munasabah PR1MA diabaikan di negeri ini berbanding fakta, sememangnya wujud sebab untuk projek agensi kerajaan persekutuan tidak diluluskan,”

Demikianlah kenyataan yang dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa dan Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo pada 16 Julai 2015.

Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah mengabaikan perancangan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M) di negeri ini, sebaliknya kelulusan akan diberi sekiranya ia memenuhi syarat ditetapkan untuk rumah mampu milik, kata Jagdeep.
http://www.themalaysiantimes.com.my/tiada-sebab-pr1ma-diabaikan-di-pulau-pinang-jagdeep/

Dalam satu sidang media pagi tadi, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang telah mendedahkan 
perbezaan layanan diberikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada sesetengah pemaju perumahan swasta berbanding agensi Kerajaan Persekutuan dalam pembangunan perumahan untuk rakyat Pulau Pinang.

Terdapat beberapa kaedah permohonan yang diadakan. Ada pemaju yang diberikan keistimewaan laluan ekspres (mendapat kelulusan segera), laluan biasa (proses standard) untuk kebanyakan pemaju perumahan lain. 
Contohnya, terdapat permohonan projek kondo mewah oleh sebuah syarikat pemaju swasta yang dikatakan rapat dengan pemimpin Kerajaan Negeri Pulau Pinang diluluskan dalam masa 8 hari sahaja sedangkan KPI yang ditetapkan untuk memproses permohonan tersebut adalah 106 hari.
http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=581191&S=S

Manakala, hasrat permohonan cadangan agensi Kerajaan Persekutuan; PERDA dan JKP Sdn Bhd untuk membina 9,000 yunit rumah mampu milik sejak tahun 2015 telah menghadapi rentangan dan birokrasi serta pelbagai syarat bagi melengahkan kelulusan adalah tidak munasabah.

Contohnya, projek rumah sejahtera rakyat dan flat Kos Rendah diluluskan dalam tempoh 516 hari dan ada permohonan yang kelulusannya masih tertangguh dan mencecah 1317 hari sejak permohonan itu dibuat. http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=590040&S=S
LULUS - 516 hari,
http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=478291&S=S
TANGGUH 1277 hari dan
http://www.epbt.gov.my/osc/Proj1_Info.cfm?Name=474184&S=S
TANGGUH 1317 hari

Sudah barang pasti, angkara kekangan yang dikenakan Kerajaan Pulau Pinang itu, maka tiada sebuah yunit rumah PR1MA dibina di Pulau Pinang sejak 2013 atau 2015 apabila agensi Kerajaan Pusat membuat permohonan cadangan untuk pejawat awam di Pulau Pinang.
Rumah mampu milik PP - HARAPAN 20,887, PR1MA sifar
http://m.malaysiakini.com/news/371555

Andainya, pihak Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP, mengamalkan ketelusan serta bertanggungjawap ke atas rakyat Pulau Pinang, tidak harus berlaku perbezaan kelulusan di atas permohonan cadangan oleh pihak swasta apatahlagi dari agensi Kerajaan Pusat, melainkan penyelarasan permohonan dibuat.

Jelas sekali, keadaan yang menimpa permohonan cadangan perumahan oleh PERDA dan JKP Sdn Bhd, di sebalik dakwaan tertangguh/ditangguhkan kerana tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri adalah permainan politik kotor kepimpinan negeri.

Saturday, November 26, 2016

Sandiwara RUU Penternakan Babi 2016 (Pulau Pinang)

Persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang ditangguhkan awal pagi tadi yang bermula sejak 15hb November 2016 telah menjawab 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis yang dikemukakan. Sebanyak dua usul tergempar dan dua rang undang-undang diluluskan.
Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Negeri, Dr Afif Bahardin (PKR-Seberang Jaya) merupakan individu yang ‘tersohor’ apabila dalam satu usul tergempar beliau bertikam lidah dengan Datuk Hj Roslan Saidin, Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Pinang Tunggal mengheret dan mencemuh UMNO dalam membela Maria Chin. 

Lebih mengejutkan lagi, Dr. Afif telah membentang dan diluluskan Rang Undang-Undang Penternakan Babi 2016 Pulau Pinang tanpa sokongan dari ADUN Barisan Nasional. Apakah motif sebenar enakmen diluluskan? Perkara yang mencabar martabat Islam dan umat Melayu serta kepentingan awam, sebagai mengenepikan keperluan rakyat Pulau Pinang dan kekalutan kepimpinan Kerajaan Negeri. 

Afif berkata, kaedah yang digunapakai di dalam penternakan tradisional masakini telah menyebabkan pencemaran alam sekitar. Turut juga menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatn terlarang? Tambahan pula ia bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang? 

Sedangkan di Dewan Rakyat, Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 untuk umat Islam sahaja dibantah keras PKR yang didalangi DAP. RUU Penternakan Babi 2016 pula diutamakan dan dibentangkan seta diluluskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP. 

Bagi sebuah negara yang berkependudukan 30.9 juta orang (perangkaan Julai 2016), sebanyak 50.1 peratus (15.5 juta orang) adalah daripada bangsa Melayu. Anehnya ladang penternakan babi menjadi satu industri dan sumber negeri terutamanya disumbang oleh dua negeri penyumbang utama Selangor dan Pulau Pinang?

Sudah lupakah kita kepada wabak Japanese Encephalitis yang melanda Kampung Sungai Nipah, Negeri Sembilan pada awal tahun 1999 yang mengakibatkan maut. Terdapat kajian yang dijalankan mendapati jangkitan JE pada darah haiwan ternakan dari sembilan buah negeri di Malaysia pada tahun 1993 yang mendapati, kebanyakan haiwan yang dijangkiti terdiri daripada babi dari Pulau Pinang. 

Di negara maju seperti Jepun, ladang penternakan babi dijalankan di kawasan yang jauh dari kawasan perumahan dan pendudukan manusia. Namun seperti kebiasaannya di Malaysia, babi diternak bersama ayam, itik serta berhampiran dengan sawah padi. 

Ladang-ladang penternakan babi di Pulau Pinang bukan sekadar risiko pembawaan virus JE, malahan terdapat di kawasan-kawasan perkampungan tradisi Melayu dan penempatan perumahan yang padat. Pada tahun 2014, dua orang kanak-kanak telah dijangkiti virus JE dan dirawat di hospital di Pulau Pinang. 

Terdapat lebih dari 150 buah ladang penternakan babi di Pulau Pinang dengan kelompokan terbesar sebanyak 77 buah ladang di Kampung Selamat, Pinang Tunggal, 50 buah ladang di Valdor, Sungai Bakap dan selebihnya di Gertak Sanggul dan Telok Kumbar, Bayan Lepas. Terdapat juga sebilangan ladang penternakan babi di sebelah Balik Pulau, Pulau Pinang.

Dari jumlah ladang tersebut, telah menghasilkan sebanyak 1,200 ekor babi sehari (sejumlah 438 ribu ekor babi) bagi permintaan dalaman negeri Pulau Pinang, sejumlah lagi untuk pasaran negeri-negeri lain dan selebihnya untuk diekspot ke luar negara. Jika dihentikan perladangan ini, maka terganggulah perbekalan kepada permintaan dalam negeri, kata Afif.

Menurut sumber lain, berikutan kelulusan RUU Babi 2016 ini, satu perladangan moden dan berteknologi tinggi akan dibangunkan di Jawi, Sungai Bakap; juga kawasan penempatan majoriti orang Melayu. Ketua Menteri Lim Guan Eng pula bercadang membuat pengambilan tanah di kawasan Malakoff, Tasek Gelugor yang bernilai RM1.2 billion. Kemungkinan besar ladang penternakan moden itu akan ditempatkan di sana?
pencemaran di Sungai Kereh, Tasek Gelugor
Malahan seorang wakil rakyat maklumkan telah membuat lawatan ke ladang babi di Kampong Selamat, Pinang Tunggal mendapati air kumbahan berwarna hitam kehitaman dilepaskan memasuki Sungai Kereh yang mengalir ke Tasek Gelugor dan Permatang Pauh, termasuk juga mengalir ke sawah padi seluas 351ha di kawasan sekitarnya (Kampung Tok Bedu, Kampung Air Melintas Kecil, Datuk Keramat, Tasek Gelugor dan Kampung Matahari Naik).

Kerajaan Negeri mengharapkan peruntukan dari Kerajaan Pusat bagi kerja pemeliharaan sumber air. Berapakah jumlah yang diperlukan? Mampukah penguatkuasaan yang serius dijalankan terhadap penternakan babi ini selepas RUU Peneternakan Babi 2016 (Pulau Pinang) diluluskan demi kesejahteraan rakyat?

Apakah tidak akan berlaku ulangan seperti yang dialami penduduk negeri Selangor, jika Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal mengawal selia dan menjamin air yang bersih untuk kegunaan rakyat Pulau Pinang, lebih-lebih lagi bagi kegunaan umat Islam?

Pastinya lebih memalukan apabila seorang wakil rakyat Melayu Islam sanggup merendahkan maruah diri dan martabat Agamanya mempertahan dan membentang RUU Penternakan Babi 2016 (Pulau Pinang) untuk diluluskan melalui persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru lalu.

Thursday, November 19, 2015

Corat-Coret Sidang DUN Pulau Pinang Hari Ini

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (N12) yang disandang oleh YB Dr. Hajah Norlela Ariffin (PKR) telah menggemparkan sidang DUN yang berjalan pada petang tadi.

Beliau ternyata tidak lagi dapat membendung rasa penuh kecewa terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng (DAP) yang tidak langsung memberikan sebarang perhatian kepada kawasan yang ditadbirselia olehnya. Lebih mengecewakan lagi, soalan-soalan berkisar mengenai kawasannya yang telah dikemukakan untuk dijawab sepanjang persidangan tidak langsung diberikan perhatian. 

Projek tebatan banjir dan pembangunan infrastruktur untuk kawasan Penanti tidak diendahkan sedangkan Bajet 2016 yang dibentangkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperuntukan RM31.93 juta produk pelancongan di George Town dan bahagian pulau manakala program Inap Desa tiada peruntukan walaupun diiktirafkan.

Kehampaan di atas nasib rakyat kawasannya yang dipandang enteng, telah menyebabkan Dr. Norlela menangis teresak dan pada satu ketika Exco Agama; YB Dato’ Hj Abdul Malik Abul Kasim (PKR) turut campurtangan memarahi Norlela, bukan untuk menasihati atau prihatin di atas keadaan yang menimpanya.

Lebih malang lagi, keadaan Dr. Norlela dan rakyat Penanti tidak mendapat sokongan ADUN dari Pakatan Harapan sebaliknya, YB Dato' Roslan Saidin, ADUN Pinang Tunggal (BN) telah bingkas bangun dan lantang mempertahankan rakan ADUN yang dianaktirikan Kerajaan Negeri pimpinan YB Lim Guan Eng. Inilah kebenaran dan kenyataan yang dialami oleh ADUN Pembangkang dari UMNO di Pulau Pinang apabila menyampaikan hujah atau mencari satu titik persetujuan demi kemajuan rakyat.

Terbaru, gara-gara Ahli Parlimen PAS tidak memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan di dalam undi menolak Bajet 2016 di Dewan Rakyat baru-baru ini, Kerajaan Negeri pimpinan DAP turut telah bertindak memecat seramai 300 ahli PAS yang mejawat jawatan sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Negeri Pulau Pinang.

Walaupun demikian Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang (BPPPP), Sdr Mohd. Yusni Mat Piah sebaliknya berkata, ahli PAS terbabit tidak dipecat tetapi mereka yang meletakkan jawatan masing-masing. 

“Kenapa hanya 300 JKKK sahaja dimaklumkan sebagai dipecat, sedangkan rekod sebenar menunjukkan 1,083 ahli PAS Negeri yang berkhidmat dan terlibat dengan JKKK. Kenapa 783 orang lagi dibiarkan?? Adakah disembunyikan kuota PKR dan DAP?” katanya dalam satu kenyataan media. 

Sehubungan itu, PAS Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan di Pulau Pinang. Kedudukan ADUN Kubang Semang (N11); YB Dato’ Hj Mohd Salleh Man agak unik berdasarkan kemenangan beliau sebagai ADUN atas tiket PAS. Dilantik pula sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). Salleh Man telah memilih menyokong Pakatan Harapan di Pulau Pinang dalam usaha berpaut kepada kuasa. Tindakan ini secara langsung membuktikan Salleh Man memilih untuk bersama dengan Parti Amanah Negara (PAN) ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun pilihan terakhir untuk menyertai Democratic Action Party (DAP) di Pulau Pinang dan bukan mempertahankan Islam seperti beliau laungkan sebangai wakil dari PAS.

Walaubagaimanapun, langkah yang dibuat Dato’ Salleh sebenarnya telah memakan dirinya sendiri, memandangkan di Pulau Pinang telah diwartakan Rang Undang-undang Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang (Pindaan) 2012 bagi menyekat wakil rakyat daripada melompat parti untuk keuntungan peribadi.

Menurut kata YB Lim Guan Eng, langkah ini bagi menangani budaya "yang tidak sihat dan tidak beretika" melompat parti politik untuk keuntungan peribadi, bagi menggalakkan integriti, akauntabiliti dan untuk mengembalikan kepada rakyat kuasa untuk memilih ADUN.
http://www.malaysiakini.com/news/213226

Apakah yang bakal disaksikan selepas dua peristiwa yang memungkinkan ada peralihan kuasa? 
Adakah YB Tuan Speaker Dewan Undang Negeri Pulau Pinang dengan izin dan perkenan Ketua Menteri (KM) mengosongkan dua kerusi DUN yang hangat sekarang ATAUpun KM seperti biasa akan menafikan dan mencucuk jarum FITNAH?