“Dalam lima buah teksi, hanya satu sahaja yang pemandunya berhemah, tidak mengeluarkan kata-kata kesat, keretanya bersih serta menggunakan meter. Yang selebihnya sangat teruk dengan bau tidak menyenangkan dalam kenderaan, cara pemanduan yang gopoh, suka memaki jika ada insiden yang tidak memuaskan hati dan tidak menggunakan meter,” begitulah di antara yang dapat dipetik pandangan dari pengguna perkhidmatan teksi di Kotaraya Kuala Lumpur yang juga pengguna laman media sosial; Facebook.
Begitulah antara kekecewaan para pengguna khidmat teksi yang rata-rata tidak bersikap profesional semasa membawa penumpang. Kekerapan penumpang terpaksa berdepan dengan pemandu-pemandu teksi yang sudah sepakat untuk tidak menggunakan meter, atau mengguna bahasa pasar dengan penumpang, serta melengah-lengahkan perjalanan terutama di tempat tumpuan seperti pusat beli-belah Pavilion dan Suria KLCC. Keadaan sedemikian memaksa bakal penumpang akur kepada golongan pemandu teksi yang keras kepala dan bersahaja dengan alasan mereka.
Baru-baru ini, laman web LondonCabs.co.uk telah mengeluarkan ranking menamakan Kuala Lumpur di kedudukan teratas antara 10 bandar raya yang mempunyai pemandu teksi paling teruk. Tidak dapat dinafikan dengan sikap pemandu-teksi di Malaysia, khususnya di Kuala Lumpur, tabiat suka berlengah dan gemar mengenakan caj melampau serta biadap ini satu tempelak usaha memartabat dan memulihkan industri teksi secara amnya.
YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berasa amat kesal dengan sikap sesetengah pemandu teksi yang kental dan degil dengan sikap yang merugikan industri teksi secara keseluruhannya. Pelbagai usaha kerjasama dalam usaha penambahbaikan dengan persatuan pemandu teksi seperti penjenamaan, latihan dan menangani aduan dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan teksi umpama "mencurah air ke daun keladi"
"Kita tahu berkenaan kedudukan yang buruk ini. Sebab itu kita adakan penjenamaan baharu, dari teksi lama ditukar kepada TEKS1M. Kita juga adakan teksi eksekutif, limosin dan memberi latihan mesra penumpang kepada mereka. Kita juga menaikkan kadar tambang dan yang terakhir ialah MeterOn app di mana penumpang boleh buat laporan pada SPAD. Tapi yang penting ialah pemandu sendiri mesti berubah sikap," katanya di dalam satu temu bicara.
Sejajar dengan laporan yang didedahkan tersebut, semua pihak perlu mengambilnya secara positif untuk berasa malu dan berubah sikap serta sama-sama menjaga imej pemandu teksi negara ini. Segalanya usaha yang dilakukan tidak akan berjaya jika sikap dan kelakuan sesetengah pemandu teksi tidak berubah dan masih ditakuk lama, akan terus dipandang serong oleh masyarakat tempatan dan antarabangsa.
Jangan tudingkan jari ke hadapan sedang tiga jari berpatah balik kepada si pengaju. Ruginya nanti turut dirasai pemandu teksi yang engkar dan enggan berubah. Orang yang berbohong tidak akan bebas, kerana terbelenggu dengan pembohongannya.
Kerapkali kedengaran rungutan di pihak bakal penumpang teksi, terutama kaum perempuan. Kakak-kakak dan makcik mahupun pakcik. Meter tak pasang. Perjalanan menjadi jauh dan mahal dan sebagainya. Malahan sayapun pernah melalui pengalaman sebegitu....kini tidak perlu lagi was-was.
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telahpun melancarkan aplikasi mudah alih baru; MeterOn bagi membantu penumpang teksi mendapat perkhidmatan yang lebih memuaskan hati dan berkesan untuk membuat aduan terhadap pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
Pengerusi SPAD; YABhg Tan Sri Dato' Seri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar menjelaskan "...ini bukanlah untuk menghukum pemandu teksi tetapi lebih kepada memberi perkhidmatan lebih baik, supaya pelanggan rasa lebih selamat dalam perjalanan mereka sehingga apabila dalam perjalanan dan kita mengalami kecemasan, aplikasi ini juga mampu menghantar mesej SOS kepada SPAD dan seterusnya ke polis."
Aplikasi ini mampu beroperasi dengan Android dan iOS sistem - Android 4.0.3 dan ke atas, iOS 7.1 dan terkini.
Antara ciri-ciri utama aplikasi termasuklah sistem pengesahan pemandu yang membolehkan penumpang melakukan pemeriksaan terhadap latar belakang pemandu tertentu ini hanya dengan memasukkan plat pendaftaran teksi. Maklumat seperti kesalahan terdahulu (jika ada), aduan atau maklum balas dengan penumpang dan maklumat berkaitan sebelum ini turut dipaparkan. Sekiranya tiada maklumat yang dipaparkan, jelas pemandu tersebut bukanlah pemandu yang sah dan mesti dilapurkan segera.
Dengan meletakkan plat pendaftaran teksi - sistem aplikasi ini dapat menyediakan satu laporan yang terperinci pemandu teksi, termasuk tempoh sahlaku kad dan nombor pendaftaran syarikat.
Ciri-ciri lain termasuk fungsi pengesan perjalanan yang menggunakan sistem GPS telefon untuk mengesan perjalanan seseorang - maklumat yang boleh dikongsikan dengan kenalan di telefon pengguna. Sistem telah meletakkan tapak perjalanan "breadcrumbs" bagi membolehkan pengesanan mudah jika penumpang gagal sampai ke destinasinya.
Penumpang yang berpotensi juga boleh menggunakan ciri anggaran tambang untuk membantu mengira kos perjalanan dengan log masuk tempat asal dan destinasi. Tambangnya dikira berdasarkan penggunaan meter Teksi Bajet, TEKS1M, Premier dan Eksekutif serta kereta sewa sahaja.
Setelah tamat perjalanan berkata, penumpang boleh menilai pemandu pada skala satu hingga lima melalui ciri penarafan. Penumpang juga boleh menandakan turun pada apl sama ada pemandu yang dinyatakan di atas bekerja meter. Sekiranya pemandu yang gagal berbuat demikian, penumpang boleh membuat aduan melalui ciri maklum balas.
Sekiranya berlaku kecemasan, fungsi MeterON SOS membolehkan penumpang untuk membuat panggilan kecemasan kepada kenalan melalui telefon, pihak polis atau SPAD. Ciri SOS juga membolehkan penumpang untuk menghantar mesej yang telah ditentukan yang mengandungi maklumat yang berkaitan dengan teksi dan pemandu kepada kenalan.
Penumpang yang merancang untuk menggunakan aplikasi MeterOn dinasihatkan untuk mendaftar akaun mereka agar aduan atau maklum balas dapat diproses lebih cepat dengan perkongsian maklumat yang relevan. Pengguna juga boleh menggunakan aplikasi MeterOn tanpa nama tetapi aduan hanya akan diproses jika maklumat yang diperlukan disediakan.
Anda boleh mendapatkan MeterOn dari iOS App Store atau Google Play.
Jom naik teksi. Tak perlu risau lagi. Kuasa di tangan Akak!