Bermulanya
posting di Twitter.com oleh Bapa Cauvinis; Lim Kit Siang dengan dakwaan
Kerajaan Malaysia tidak mengambil sebarang langkah membantu mangsa banjir sejak
tahun 1971, maka terbuka pintu fitnah dan tohmahan bagai menggamit sikap tidak
berperikemanusiaan dan susila akan bencana banjir yang sedang melanda dan
melumpuhkan aktiviti banyak kawasan rendah di Semenanjung Malaysia.
Sebelum
itu, Mek Kipas; Wan Azizah tanpa rasa malu melemparkan tuduhan banjir di Kajang
angkara kepimpinan Barisan Nasional, sedang beliau dan ahli keluarga sedang
berenakan di New Zealand, tentunya di samping sang suami si KeTum Anwar Ibrahim
sambil berbasikal di pergunungan di hemisfera selatan sambil mencari kaedah
untuk membantu “mangsa banjir” di sana.
Hebat sandiwara kepimpinan Pembangkang!
Trolling
lah si Kit Siang dengan berposing mengharungi air banjir separas betis. Digembar-gemburkan
dengan meluas di medan sosial sebagai usaha “downplay” si anaknya; Tokong
Biawak Guan Eng yang begitu sinis dengan pentadbiran Negara dalam menjaga
kebajikan Rakyat, sedang beliau menghabiskan cutinya merantau benua Eropah
dengan mewahnya. Siap berbaju hujan nak mengelak serangan LoyKratong?
Sementara
itu ADUN PAS tanpa segan silu membuat photo shoot di Meru menghulurkan “bantuan
banjir”? Si Gen. Urko berdrama rendam di air cetek. Mana Tekong PAS; Hj Hadi
dan Bullshit Nik Aziz….menyepi di celah kebasahan akibat doa lahanat yang
mereka begitu bangga dapatkan sokongan tanpa sebarang kesalan menghina dan menabur
fitnah selama ini?
Bila
difikirkan, beginilah sifat Sang Pendusta yang hanya melihat keburukan dan cela
sebarang usaha yang dilaksanakan demi keharmonian Rakyat apalagi bila di dalam
keadaan yang genting, semuanya menjadi bahan cercaan dan begitu bersahaj mereka
ini. Peliknya, ramai yang menyokong sedangkan di tangan kanan menerima bantuan
dan nikmat hasil sebuah pentadbiran yang dituduh dan dihina sebagai “Perikatan
Kafir”.
Inilah Tahaluf Siyassi dan semangat Amar Makruf Nahi Munkar
di mata penyokong dan pendokong idealisme yang sesat. Kedu dan beku akal
manusia yang tidak mensyukuri nikmat sekian selama ini.
Sedang
Pembangkang berseronokan melemparkan kata nesta, tanpa rencat dan kecewa,
Kerajaan Pusat terus membabitkan diri di lapangan menabur bakti. Kepimpinan MCA
pula dengan komitmen yang jelas memberi nafas setiakawan; “Cubit peha kiri,
peha kanan terasa juga sakitnya”.
Ini
bukan masa untuk berpolitik. Banjir bukan bahan gurauan hingga menjentik keji
perasaan mereka-mereka yang dilanda musibah tanpa diundang. Wahai Rakyat
Malaysia, perhati dengan mata kepala dan akal sendiri, siapa sebenarnya
pemimpin yang membela nasib Negara Bangsa! Hakikatnya walau di dalam keluarga
sendiri, tidak mampu diberikan perhatian atau kasih sayang yang serupa, namun segala
usaha ditingkatkan agar oleh semua barisan kepimpinan negara dapat juga
merasakan nikmat dan sumbangan.
YB Dato' Seri Liow Tiong Lai; Presiden MCA juga selaku
Menteri Pengangkutan yang sekian berhempas pulas
menguruskan peristiwa hitam dua penerbangan negara; MH17 yang masih dalam
siasatan dan MH370 tiada kesahihan di mana hilangnya, turut turun padang mendepani bencana banjir yang terburuk sejak tahun 1988, mengepalai komponen
kedua terbesar Barisan Nasional.
Beratus
sukarelawan dan jentera MCA termasuk pimpinannya seperti YB Datuk Wee Ka
Siong; Timbalan Presiden MCA dan YB Datin Paduka Chew Mei Fun turut berganding tenaga menghulurkan
bantuan ke kawasan yang turut melanda selatan tanahair seperti di Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor. Beberapa aset termasuk bot dan helikopter dikerah
mengagihkan bahan bantuan berupa bekalan air bersih, pakaian, makanan dan
sebagainya ke pusat-pusat perlindungan banjir.
Datuk Wee Ka Siong memaklumkan, empat trak bertolak pada hari Isnin ke Kelantan untuk menghantar bantuan selimut, tilam, minuman, makanan, ubat-ubatan serta keperluan lain.Kesungguhan
pimpinan umpamanya Ka Siong yang sanggup berulang-alik dari
Kelantan-Pahang-Johor, kebetulan adalah Ahli Parlimen Ayer Hitam jelas
membuktikan pemimpin dan rakyat berpisah tiada.
Jika
dibandingkan kesah dan perilaku pimpinan Pembangkang bagai langit dengan bumi.
Mereka akan terus mempolitikkan keadaan semahunya dengan publisiti murahan dan
propaganda mencemar sebuah usaha yang murni.
Buat MCA dan kepimpinannya, cabaran dan dugaan akan terus
mendatang. Tiada faedah melihat belakang dan berhenti melayan kaum yang tidak
akan ATAU pernah ada kejujuran untuk memimpin Rakyat apalagi sebuah pentadbiran
Negara.
Ayuh!…terus maju ke hadapan.
No comments:
Post a Comment