Tuesday, December 30, 2014

Kepimpinan MCA Menabur Bakti Bukan Cakap Sahaja


Sudah jatuh ditimpa tangga. Mungkin tidak seberatnya, namun itulah yang berlaku. Dalam masa negara melalui tempuh musim tengkujuh yang hebat ini, negara kini digemparkan dengan kehilangan pesawat AirAsia QZ8501 di Indonesia. YB Datuk Seri Liow masih sempat berhubungan dengan pihak Kerajaan  Indonesia; kerja-kerja koordinasi operasi cari dan menyelamat di sana.

Selaku Menteri Pengangkutan; YB Datuk Seri Liow Tion Lai turut berhempas pulas menguruskan peristiwa hitam dua penerbangan negara; MH17 yang masih dalam siasatan dan MH370 tiada kesahihan di mana hilangnya, kini mengambil masa mendepani bencana banjir yang terburuk sejak tahun 1988, mengepalai komponen kedua terbesar Barisan Nasional.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada kerajaan Indonesia dan Singapura, menyatakan komitmen Malaysia bagi membantu Indonesia dalam operasi mencari.
"Saya berhubung dengan rakan negara jiran kita, Ignasius Jonan di Indonesia dan Lui Tuck Yew di Singapura bagi menghantar bantuan yang kita miliki di masa yang sangat memerlukan ini," kata Liow pada sidang media di ibu pejabat AirAsia petang Ahad.
Keprihatinan Dato' Seri Liow Tiong Lai jelas terserlah apabila mencuri masa turut sama menghulurkan bantuan kepada mangsa-magsa banjir yang kini mencecah sejumlah melebihi 105,000 ribu orang yang kebanyakannya di pantai timur Semenanjung Malaysia. Turut bersama dalam operasi bantuan banjir, YB Datuk Wee Ka Siong dan YB Datin Paduka Chew Mei Fun berganding tenaga menghulurkan bantuan ke kawasan yang turut melanda selatan tanahair seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Beberapa aset termasuk bot dan helikopter dikerah mengagihkan bahan bantuan berupa bekalan air bersih, pakaian, makanan dan sebagainya ke pusat-pusat perlindungan banjir.


“Bantuan dan sumbangan ikhlas akan melegakan perasaan mangsa banjir. Pembangkang tak patut hanya tahu mengkritik tetapi juga perlu jalankan tugas mereka dengan ikhlas dan tertib. Bagi BN, kita pentingkan hasil dan sentiasa berusaha mencari cara menyelesaikan masalah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang akhbar selepas selesai majlis penyampaian penghargaan MCA kepada 22 Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan orang perseorangan yang menyumbang untuk mangsa banjir Pantai Timur, di Kuala Lumpur, pada Isnin.
Liow turut mengulas mengenai sikap pemimpin-pemimpin pembangkang terutama Lim Kit Siang yang pada mulanya mempertikaikan ketiadaan Datuk Seri Mohd Najib dan apabila Perdana Menteri itu pulang segera ke tanahair diputar pula konon kepulangannya disebabkan tidak percayakan timbalannya boleh buat kerja.
“Tak kira apa kita jawab, mereka akan terus mengkritik. Jadi tak ada gunanya. Mereka akan “mengalihkan tiang gol” dengan mencari salah kerajaan dan menunjukkan konon mereka yang buat kerja. Tak guna kita layan sangat kenyataan mereka. Apa yang perlu kita tunjuk pada rakyat ialah bahawa kita bertangungjawab dan menjalankan tugas. Kita lebih banyak buat kerja dari bercakap.
“Kita juga nak rakyat lihat apa yang pembangkang buat. Kita yakin rakyat mempunyai pandangan yang jelas terhadap usaha-usaha yang dilakukan oleh BN,” katanya.
Pada sidang media itu Liow mengumumkan MCA telah menubuhkan pusat operasi bantuan mangsa banjir 24 jam di Wisma MCA Jalan Ampang. Pusat itu dikendalikan oleh Unit Bantuan Krisis (CSRM) parti itu. Setakat ini unit berkenaan telah berjaya mengumpul hampir RM1 juta dalam bentuk wang tunai dan barangan.
Menurut Liow, MCA juga sedang menyediakan fasa kedua bantuan kepada mangsa bencana, iaitu untuk kerja-kerja pembersihan dan pembinaan semula kawasan yang terjejas bagi membolehkan mangsa banjir kembali menjalani kehidupan yang normal.
Katanya seramai 480 ahli CSRM telah dihantar ke semua kawasan yang terbabit dengan banjir. Turut menyertai mereka ialah sukarelawan termasuk doktor. Katanya, Pemuda MCA pula sedang giat mengumpul sukarelawan-sukarelawan di kalangan golongan muda untuk membantu CSRM.

No comments:

Post a Comment