Alkisah sebuah rumah...
renungan untuk semua dari sebuah paparan seorang Saudara.
Petang
itu kedengaran rungutan tangga sudah tidak terbendung lagi . Dia terus
berleter,.
"Penat
letih jadi tangga. Waktu orang naik, aku kena pijak. Waktu turun pun orang
pijak aku. Seronok jadi atap. Tak pernah kena pijak".
Mendengarkan kata-kata tangga, Atap terus bersuara.
"Hoi
tangga. Aku lagi sakit tau. Berpanas berhujan siang malam. Mendidih kepanasan
bila tengahari. Bila hujan aku terpaksa menahan kesejukan. Yang seronok jadi
tiang. Tak kena panas. Tak kena hujan. Tak kena pijak".
Mendengarkan
kata atap, tiang terus bersuara.
"Mana
kamu tahu? Aku dok tahan pikul atap, segala alang rumah bertan-tan siang malam.
Aku terpaksa pikul jugak. Tuhan saja tahu betapa beratnya. Yang seronok jadi
dinding. Tak payah pikul. Tak kena panas. Tak kena pijak".
Mendengar kata-kata tiang, lalu
dinding menjawab.
"Akulah
pelindung khazanah rumah ni. Aku lindung aurat tuan rumah, hartanya bahkan aku
terpaksa jaga sepanjang masa. Kalau aku tak ada semua tak guna".
Wahai
anakku,
Aku ceritakan ini untuk
mengingatkan engkau bahawa setiap manusia mempunyai tugasnya sendiri. Kamu
buatlah kerja yang diamanahkan padamu sebaiknya. Jangan sesekali engkau berdengki
pada orang lain. Sebab mata kamu hanya dikurniakan penglihatan daripada segi
zahirnya sahaja. Sedangkan realitinya mungkin tidak seindah yang kamu lihat di
minda.
Jadilah diri sendiri
jangan cuba jadi orang lain.
Manusia
hari ini suka bersangka-sangka
Ada baik sangka
Ada buruk sangka
Orang
beribadah disangka riak
Orang
rileks disangka malas
Orang
berpakaian baru disangka menunjuk
Orang
berpakaian buruk disangka hina
Orang
makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit
disangka diet
Orang
yang senyum disangka mengejek
Orang yang masam
disangka merajuk
Orang
berbincang disangka mengumpat
Orang
yang diam disangka menyendiri
Orang
yang menawan disangka menggoda
Orang
yang ceria disangka mengada
Orang
yang bertanya disangka menyibuk
Mana
tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana
tahu yang masam itu kerana mengenang dosa
Mana
tahu yang berbincang itu memberi pendapat
Mana tahu yang diam itu
kerana beribadah
Mana
tahu yang menawan itu bersih wataknya
Mana
tahu yang ceria itu cerdas mindanya
Mana tahu
yang bertanya itu perihatin orangnya
Justeru
itu….
Sesuatu
perkara yang kita lihat
Jangan
suka sangka-sangka
Sikap
sangka-sangka akan memusnahkan jiwa
Kerap
sangka-sangka mengundang celaka
Jangan
terlalu bersangka-sangka
Jauhi
sikap sangka-sangka...
************************************************
No comments:
Post a Comment