Showing posts with label Ukhwah. Show all posts
Showing posts with label Ukhwah. Show all posts

Wednesday, December 28, 2016

KERUNTUHAN UMAT, JIKA TIDAK DIBENDUNG

Perbezaan pemikiran dan pendapat yang dipengaruhi emosi dan nafsu tanpa pimpinan menyebabkan manusia hidup dalam keadaan berpuak-puak dan berpecah-belah.

Dewasa ini, percakaran antara Melayu dengan Melayu. Islam sesama Islam semakin berlarutan umpama tanpa kesudahan.

Golongan cerdik Agama pun ada yang pantas menegur secara  terbuka di dada akhbar, menjemput aib dan fitnah berpanjangan.

Sedangkan mereka wajar menganjurkan kesepaduan dan kefahaman yang jelas Amar Maaruf Nahi Mungkar di antara mereka yang berbalah mengikut Al-Quran dan As Sunnah.

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:

وَإِن طَآٮِٕفَتَانِ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱقۡتَتَلُواْ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا‌ۖ فَإِنۢ بَغَتۡ إِحۡدَٮٰهُمَا عَلَى ٱلۡأُخۡرَىٰ فَقَـٰتِلُواْ ٱلَّتِى تَبۡغِى حَتَّىٰ تَفِىٓءَ إِلَىٰٓ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۚ فَإِن فَآءَتۡ فَأَصۡلِحُواْ بَيۡنَہُمَا بِٱلۡعَدۡلِ وَأَقۡسِطُوٓاْ‌ۖ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ 

Mafhumnya:

"Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan) yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, dan berlakulah adil. Sesungguhnya, Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil." ~ Al-Quran, Surah 49 Al-Hujurat: ayat 9.

Diriwayatkan dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W. pernah menjelaskan keutamaan mengurus perpecahan serta bahayanya jika dibiarkan sesuatu perpecahan dan pertelagahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Adakah kamu mahu aku beritahukan suatu perbuatan yang lebih utama daripada keutamaan puasa, sembahyang dan sedekah?
Mereka (sahabat) menjawab: Ya!
Maka Rasulullah SAW bersabda: Iaitu mendamaikan persengketaan yang sedang berlaku. Rosaknya hubungan persaudaraan kerana perpecahan seperti mencukur. Aku tidak bermaksud mencukur rambut, tetapi mencukur yang bermaksud merosakkan agama.” ~ Riwayat al-Tirmidzi dan Abu Dawud.

Oleh sebab itu, amat penting perpecahan di kalangan yang berbalah ditangani. Rumit? Namun ia mesti diusahakan untuk kembali tenang dan aman mentadbir jemaah dan masyarakat amnya.

Sunday, June 07, 2015

Permusuhan Bukan Jalan Penyelesaian

Pepatah Omputih ada menyebut, "Keep your friends close but your enemies, closer".

Pertelingkahan yang kelihatan amat membimbangkan yang sedang dimainkan Saudara-saudara yang mengaku Islam. Terhasut dengan rencana puak Kuffar, Munafiq juga si Fasiq mengetuk untuk merobohkan keselamatan dan budaya yang aman dan harmonis.

Dirujukkan ayat-ayat Al Quran dan Hadis sebagai panduan dan mengajak kembalilah kepada tali Allah SWT.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al Imran, Ayat 103 dengan maksud:
"Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara".

Di dalam Surah An-Nissa, ayat 1:
"Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"

Surah yang sama, ayat 36, Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan Dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"

Rasullullah SAW turut bersabda, dan mafhumnya:
“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)”
Hadis Riwayat Bukhari

Monday, January 26, 2015

Aqidah dan Keimanan Semakin Parah

Ketika kaum Yahudi mendakwa mereka dizalimi dengan keganasan melampau oleh Kristian dari Jerman, mereka memilih untuk berada di Negara Islam Palestin.

Kaum Yahudi Andalusia diberi kata dua oleh tentera Kristian pimpinan Ratu Isabela untuk memilih berpindah keluar atau tukar agama kepada Kristian, mereka memilih berhijrah ke Morocco negara Islam.

Persoalannya, kenapa mereka memilih negara Islam yang hari ini mereka tuduh sebagai agama yang mencetuskan keganasan ...???

Eric Paulsen, pengasas Lawyers For Liberty (LFL) yang mendapat dana khas dari Kongres Amerika melalui National Endowment for Democracy (NED) turut terlibat mengucar-kacirkan kefahaman masyarakat terhadap Kanun Jenayah Islam. Beliau pernah melontar 20 soalan terbuka terhadap PAS berkenaan Hudud. Terbaru, beliau menimbulkan kecurigaan apabila mendakwa JAKIM mempromosikan ekstremisme pada setiap Jumaat melalui laman twitternya.

Bahkan sebelum PRU13 lalu lagi, duta Amerika berjumpa Presiden PAS untuk mengetahui hasrat PAS jika ingin menang pilihanraya. Begitu mendalam kesannya Islam yang dilihat akan menggagalkan pandangan umum yang menjangkakan PR bakal memerintah Negara selepas PRU13.

Perlaksanaan undang-undang Islam terutama di Kelantan bukan sekadar mendapat tentangan dalaman sahaja, malah kini melibatkan campur tangan asing yang taksub dengan Islamofobianya dan masih bersembunyi. Barat tidak takut kepada kumpulan Islam yang sekadar memperjuangkan dari sudut-sudut lain, tetapi yang dibimbangi ialah kumpulan yang bercita-cita menjalankan undang-undang Islam.

Keadaan ini menimbulkan keresahan dan dibangkitkan YBhg Datuk Dr Marshitah, di dalam memperkukuhkan tali Allah SWT dalam urusan seharian umat Islam terutamanya dengan fahaman yang dimuatkan kelompok Ulama dalam memenangi sokongan kepartian.

Kuasa dunia terpaksa melibatkan diri kerana tembok perundangan Barat sejak MERDEKA dilihat tidak mampu menahan kemaraan dan pengaruh Islam. Fasal 3 Perlembagaan telah digunakan semaksimanya oleh PAS hingga akhirnya kerajaan terpaksa akur di Dewan Rakyat. Tindakan itu menyebabkan ramai kaum Kuffar berasa tidak selamat akan Doktrin yang dimainkan merka akan musnah.

Persoalannya, apa kena mengena Kelantan, Malaysia dengan Amerika? Kenapa sampai begitu sekali takutnya dunia terhadap Islam?

Allah SWT telah berFirman dalam Al-Quran:

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan sekali-kali akan berseteju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehinggalah engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka); Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Al-Quran, Surah 2; Al-Baqarah ayat 120

Islam bukan zalim. Bukan Undang-undang Syariah yang menindas. Bukan kolot atau tidak sah di sisi undang-undang Negara. Hakikatnya kerana kebencian dalam diri mereka yang tidak pernah  padam akan kebenaran yang dibentangkan dan mengajak tunduk kepada perintah Allah SWT; Tuhan Sekian Alam. Bawalah 1001 hujah kebenaran sekalipun kepada musuh Islam, pendirian mereka tidak akan berubah terhadap Islam dan perjuangannya.

Mereka akan sentiasa cuba padamkan cahaya Islam, tetapi Allah telah menjamin, cahayanya akan terus bersinar di sebalik kesumat Kuffar. Oleh itu, Allah ajarkan umat Islam menangani karenah musuh dari ayat yang sama dengan maksud:

Katakanlah (kepada mereka); Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.

Al-Quran, Surah 2; Al-Baqarah ayat 120

Bukan dengan memperlahankan kemaraan Islam. Bukan membelakangkan ajaranNya atas nama keadilan atau integriti. Bukan jua menyembunyikan Islam sehingga ke waktu yang entah bila. Tetapi dengan menyatakan, Islam tetap Islam. Jangan gentar walau digertak. Jangan malu dan takut mendabik dada untuk mengaku, 'inilah ajaran Islam'.

Allah SWT menegaskan dalam Firman sebagai amaran kepada yang tidak bertegas dengan Islam:

“dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.”

Al-Quran Surah 2; Al-Baqarah ayat 120

Justeru itu, musuh Islam sedang menyeringai bak Singa yang kelaparan terhadap Islam ini, dengan seluruh jenteranya diaktifkan bagi membatalkan segala hasrat umat Islam.  

Siri-siri bantahan dan amarah BERSIH yang dilaungkan mendesak Kebebasan, Hak Bersuara serta Hak Manusia amat sinis lagi sadis ke atas Islam. Menerima konsep Pluralisme dengan meLiberalkan Islam amat jelas satu usaha yang mendapat sokongan kaum Kuffar di benteng terakhir Islam di Asia Tenggara; Malaysia.

Bukan hanya Kelantan, malahan mobilisasi Muslim Malaysia perlu berlaku di segenap pelusuk juga seantero dunia. Kini tiba masanya umat Islam bersolidariti menjunjung hukum Allah dengan segala semangat dan keringat.


Nahnu Ansarullah! Sesungguhnya kitalah pejuang Allah.